132 ❃ PERTEMUAN ALAM MIMPI

799 111 68
                                    

***Nak tanya. Dah baca Darah Duri belum? Tak baca lagi? Kalau tak baca, seriously you won't feel this chapter with your heart. Don't forget to pasang earfon and dengar lagu di atas. Enjoy!

Love,

saptember.

🍎


Acantha.

Hanya melalui mimpi, aku mampu raih erti bahagia.

Seolah-olah terdapat air sungai yang jernih mengalir tenang di dalam saliran darah aku.

Ketenangan di dalam jiwa mampu aku selami. Bagaikan tenggelam di udara yang segar.

Namun, menanti waktu malam itu adalah satu kesengsaraan.

Apakah salah aku bermimpi?

Mimpi itu adalah berjaga dan bernafas dengan mimpi yang diimpikan.

Saat aku  bahagia tenggelam di alam mimpi, di dunia nyata aku menitiskan air mata seorang diri. Terkulai di atas geta bersulam dengan jiwa yang merindui.

Merintih bersendirian.
Menyepi dari dunia nyata.

Mimpi aku kosong. Tiap malam aku mimpikan sesuatu yang kosong. Aku lena tanpa sebarang mimpi yang hadir.

Aku jaga dari alam tidur tanpa sebarang memori apa yang aku mimpikan. Apakah aku hilang keupayaan untuk bermimpi di alam beradu.

Acantha.

Acantha tidak lagi hadir di alam mimpi aku seperti selalu.

Kenapa?

Sudah sekian lama aku tidak mimpikan dia.

Tanpa dia aku bagaikan hilang nafas untuk meneruskan hari aku.

"Ignace..."

Aku tersentak. Suara Acantha. Itu adalah suara Acantha. Sayup-sayup kedengaran suara Acantha.

Pandangan mata aku terbuka.

Aku berada di mana?

Sebuah padang rumput luas terbentang berbumbungkan langit yang cerah. Angin yang tenang dapat aku rasa dengan jelas membelai tubuhku.

Aku berada di mana? Aku bermimpi? Akhirnya, aku kembali di alam mimpi.

Aku tidak mahu tinggalkan alam mimpi ini lagi. Aku nak selamanya berada di sini.

Di alam mimpi ternyata lebih membahagiakan.

Aku tidak mahu lagi berpijak di dunia yang nyata.

"Ignace..."

Suara Acantha aku dapat dengar dengan jelas. Suaranya memanggil nama aku. Aku rindukannya.

"Acantha? Keluarlah."

Pandangan mata aku meliar mencari susuk tubuh Acantha namun ia tetap tidak kelihatan. Bibir aku terketar-ketar kerana debaran yang melampau.

"Ignace..saya di sini."

Seketika kemudian pandangan mata aku terpaku. Aku terlihat Acantha berdiri di atas tangga bangunan lama yang sudah terbiar. Berpakaian putih labuh ditiup angin tenang.

Acantha perlahan-lahan melangkah turun menghampiri aku.

"Acantha..."

Bibir aku terketar-ketar. Seluruh tubuh aku menggeletar. Acantha datang menghampiri aku.

Aku melangkah laju menghampiri gadis yang aku kasih dan rindu sentiasa.

Tubuhnya, terus aku dakap erat.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now