147 ❃ DIBUNUH SAHABAT SENDIRI

734 160 45
                                    

Bunyi satu das tembakkan bergema di ruang udara dunia malam.

Tubuh Sylvanoryn terhempas jatuh di atas tanah bersalji yang dibanjiri dengan pekatan darah.

Biji mata biru Sylvan terbuntang luas. Apa yang telah berlaku?!

"Tuan bunian!"

Jantung Dhak berdegup kencang. Mujur dirinya sempat bertindak menolak tubuh Sylvan. Kalau tidak pasti nyawanya akan melayang pergi begitu sahaja.

"Dh-Dhak?"

Sylvan terkedu melihat Dhak yang berada di atas tubuhnya. Si anjing jadian yang telah memecahkan cermin kereta cabriolet kesayangan Beryl. Geniver.  Apa dia buat di sini?

Apa dia buat di sini? Dhak telah selamatkan nyawa kau bunian!

"Itu bukan Tuan Penyangak. Itu Arvius."

Dhak berbisik perlahan dengan penuh debaran. Si anjing jadian bangun dari tubuh Sylvan.

Beryl tersenyum sinis.

"Aku dah lama tak sentuh senjata. Tembakkan aku tersasar."

Pandangan matanya merenung muncung pistol yang  berasap seraya itu pandangan matanya merenung Dhak dengan pandangan sinis. Senyuman terukir di bibirnya.

Dhak meneguk air liur. Sungguh perlian itu ditujukan pada dirinya. Telinga anjingnya tertunduk jatuh.

Sylvan bingkas berdiri. Cis, habis belakangnya kotor dengan kesan darah. Maklumlah, terjatuh di atas lopak darah yang membuak-buak keluar dari medan sihir tadi.

Dhak berundur beberapa tapak ke belakang. Bersembunyi di belakang tubuh Sylvan.

"Liat sungguh kau nak mati."

Sylvan merenung Beryl yang dirasuk roh Arvius.

"Aku adalah roh. Bukannya hidupan. Macam mana aku nak mati?"

Arvius tersenyum sinis.

"Dan sekarang kau berada di dalam jasad Beryl."

Sylvan kekal merenung sahabatnya yang berjiwa lelaki durjana. Seketika kemudian pandangan matanya beralih merenung mayat Arvius yang  terbungkang di atas tanah bersalji merah.

"Aku nak pinjam jasad ni. Jimat sikit waktu aku."

Arvius merenung tangan dan tubuh manusia yang dirasuknya. Tubuh yang sempurna. Tak adalah dirinya perlu buang masa nak telan roh orang lain untuk sembuhkan jasadnya.

"Pinjamlah seberapa lama kau mahu. Kau berada di dalam jasad Beryl itu bermakna kau adalah hidupan."

Sylvan tersenyum sinis.

"Maksudnya, aku boleh bunuh kau!"

Sylvan menghalakan tangannya ke hadapan! Medan sihir muncul di bawah telapak kaki Beryl sekaligus mengunci pergerakkannya.

Sylvan pantas menerpa ke arah Beryl! Bilah pedangnya yang tajam dilibas pada dada Beryl! Darah merah memancut keluar.

Biji mata Beryl terbuntang luas. Arvius tidak sangka Sylvan sanggup cederakan jasad sahabatnya itu!

"Kau serang tubuh dia?"

Arvius menggigit bibir menahan geram.

"Aku dah lama pendam ingin belasah Beryl sehingga lumat namun tiada sebab yang munasabah. Jadi,aku rasa ini adalah masa yang sesuai."

Sylvan tersenyum sinis. Itu jasad Beryl. Apalah sangat? Lagipun mudahlah kerjanya ingin menghapuskan Arvius. Kalau berada dalam jasad sebenar terlalu banyak syarat. Asyik nak harapkan garam sahaja.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now