152 ❃ SENDUK KAYU DAN KUALI

824 116 65
                                    

Dhak tertunduk di sebalik tubuh manusia kerudung.
Beryl dan Sylvan kekal berdiri menghadap manusia yang melindungi makhluk seruan anjing jadian.

Semakin laju kelihatan salji turun  memenuhi tanah Eplé.

"Apa semua ni Beryl?"

Suara seorang gadis kedengaran di sebalik kerudung.

Ek?!

Sylvan dan Beryl tersentak.

Monica menurunkan kerudungnya dan merenung wajah Beryl dan Sylvan.

"Monica?"

Serentak mereka bersuara.

"Sejak bila pandai dera binatang ni?"

Monica merenung tajam pandangan wajah Beryl Yyscadtobleron.

Beryl menjuihkan bibirnya. Beryl mendera binatang? Sejak bila?

"Sejak aku kenal anjing tu."

Jawab Beryl selamba.

"Jangan berani nak sentuh dia."

Monica bercekak pinggang. Kening dijongketkan. Pandangan matanya tajam merenung pandangan mata Beryl.

"Kau ingat aku tak boleh ambik binatang tu daripada kau?"

Beryl tertawa sinis. Merepek apa Monica ni? Ingat Beryl kecut perut dengan amaran dia?

Sylvan mengeluh. Apalah nasib. Satu benda mudah pun susah nak buat. Kenapalah Monica mesti muncul di sini. Bukan mudah nak berunding dengan kaum wanita.

"Jangan ketawa Beryl. Saya tak main-main!"

Monica meninggikan suaranya.

"Apa? Kau ingat aku main-main? Aku lagi tak ada masa nak main-main."

Beryl memutarkan bola matanya.

"Jangan cuba buat apa-apa Beryl. Saya akan beritahu Selwyn nanti."

Ujar Monica dalam nada yang tegas dan penuh amaran keras.

Beryl terus tertawa. Apa? Nak beritahu pada Selwyn? Lawak apa Monica buat ni? Dahlah badan laki dia macam papan. Kering macam lidi. Ingat Beryl seram sejuk ke berdepan dengan Selwyn Hourve tu?

"Kau ingat aku takut dengan senduk kayu dia?"

Ujar Beryl dalam nada memperlekehkan Selwyn.

Monica kekal merenung tajam pada Beryl.

Sylvan berundur setapak ke belakang. Malas nak masuk campur pergaduhan mereka. Biarlah Beryl yang uruskan.

Srapp!!

Monica menarik dengan kasar jubah yang tersangkut di bahu Beryl sekaligus terlibas pada wajah Beryl. Disengajakan. Jubah kerudung yang Dhak cicirkan tadi.

"Jangan sesekali ambik hak orang."

Jubah kerudung itu kemudian diselimutkan pada tubuh anjing yang bersembunyi di belakangnya.

Beryl megusap pipinya. Celaka betul. Boleh tahan juga rasa pedihnya kena libas dengan jubah yang tebal tu.

"Baiklah, Monica. Kami perluk-"

"Ahli rosamund jenis apa ni?"

Monica memintas cakap Beryl.

"Perangai apa yang korang tunjukkan? Pakai seragam Rosamund. Tapi perangai macam sakai. Langsung tak layak pakai seragam tu."

Monica terus membebel.

"Oh, baiklah..sekarang kena bebel dengan bini orang pulazk."

Beryl  merungut. Meluat betul rasa.

"Dan Sylvan?"

Monica mengecilkan biji matanya merenung wajah Sylvan.

"Ya?"

Ujar Sylvan sambil tersenyum seperti kerang busuk. Tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Dah lama kan jadi Rosamund? Umur dah beratus. Mana nilai moralnya?"

Uish.. pedih tertusuk perlian Monica.

"Apa? Saya tidak ada kena mengena dalam persengketaan kalian."

Sylvan mengangkat bahunya. Diam pun kena bebel juga? Ini tidak adil.

"Sylvan. Ahli Rosamund patut halang dan hentikan kekejaman. Bukan biarkan sahaja berlaku depan mata."

Monica menjeling Beryl. Ya, Beryl adalah kekejaman yang dimaksudkannya.

"Maaf Monica. Kami sebenarnya perlukan Dhak untuk selesaikan tugas kami."

Ujar Sylvan mendatar cuba untuk bertoleransi.

"Selesaikan tugas dengan cara kekerasan?"

Monica mencangkung dan terus mendakap Dhak yang tertunduk. Cuba tenangkan anjing jadian itu.

Sylvan menjeling Beryl. Ini kau punya pasal lah ni. Gunakan kekerasan.

Baiklah. Beryl menghembuskan keluhan.

"Monica. Serahkan Dhak atau kau akan menyes-"

Plang!!

Kuali dihentakkan pada kepala Beryl.

"Langkah mayat aku dulu sebelum kau nak buat dia menyesal."

Ujar Selwyn mendatar bersama kuali besinya.

Sylvan menoleh dan terpinga-pinga. Bila masa Selwyn muncul?

Beryl mengigit bibirnya menahan sakit sambil mengusap belakang kepalanya.

"Lagi satu. Apahal buat kecoh dekat kawasan rumah aku?"

Selwyn menyilangkan tangannya.

Sylvan dan Beryl berkerut seribu. Buat kecoh dekat kawasan rumah Selwyn?

Oh. Sedar tak sedar mereka berada di tepi kawasan perkarangan Kafeteria Dulchihourve. Patutlah Monica dan Selwyn ada di sini.

"Kalau nak apa-apa bincang dekat dalam."

Selwyn membetulkan kaca matanya dan terus melangkah masuk ke perkarangan kafeteria coklat. Monica dan Dhak menyusuli melangkah masuk.

"Babi betul."

Beryl berbisik perlahan menahan geram. Tak kena dengan senduk kayu kena dengan kuali besi pulak.

 Tak kena dengan senduk kayu kena dengan kuali besi pulak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now