090 ❃ ARVIUS BANGKAI BERNYAWA

886 146 39
                                    

"Cukup dah luahkan perasaan?"

Arivius tertawa sinis.Kepala Fernand terus dipijak.

"Tak..belum puas. Tak sangka kau pulak yang terkeluar."

Jawab Fernand selamba dalam keadaan masih bersujud.

"Maaflah ye? Matikan suasana jiwang kau."

Dengan angkuhnya Arvius bersuara. Panas hatinya melihat Fernand masih mampu bersahaja. Dia tidak suka dengan keberanian berkata-kata milik lelaki bermata merah tu.

"Aku maafkan. Jangan risau tapi untuk perkara lain aku tak maafkan."

Jawab Fernand diakhiri dengan tawa sinis.

"Oh..bercakap tentang perkara lain.Kalau kau nak tau..semuanya telah aku rancang dengan baik.Aku tau kau akan seru Marira suatu hari nanti. Sebabkan tu aku dah siap-siap ikatkan medan sihir dalam diri aku."

Kaki Arvius menekan kepala Fernand lebih kuat.

"Orang yang jahat akan merancang dengan baik. Aku terlupa benda tu. Apatah lagi yang dayus dan kemaruk seks macam kau."

Tambah Fernand lagi diakhiri dengan tawa sinisnya walaupun dalam keadaan menahan sakit. Sengaja dia memprovok Arvius.

Hati Arvius mendidih mendengar kata-kata daripada Fernand. Terus lelaki itu menendang kepala Fernand dengan kuat!

Wajah Fernand tertumus pada tanah bersalji.

Arvius merengus.Kedua tangannya kemudian di amati.Tangan yang sudah hancur dagingnya.Berbau busuk. Berula-ulat.

"Erhh...aku ingat aku akan berjasad macam  mana aku hidup dulu.Macam mana agaknya muka aku?" 

"Arvius....."

Fernand perlahan-lahan berdiri. Ulat-ulat yang melekat pada kepalanya ditepis. Ulat yang datang daripada kaki Arvius.

Arvius menjongketkan keningnya. Ulat-ulat dan segala macam ulat yang meliuk-liuk pada kulit wajahnya jelas terasa namun diabaikan.

"Walaupun sakit hati...tapi aku gembira pulak bila aku terseru kau. Dapat pulak aku tengok keadaan kau yang begitu hina. Bangkai bernyawa."

Fernand menepuk-nepuk tangannya sambil tertawa.

"Hina lagi dilahirkan dengan mata merah."

Arvius merenung tajam wajah Fernand.

Fernand terbahak ketawa mendengar penyataan Arvius..

"Itu memang betul! Aku tak nafikan."

Arvius kekal merenung Fernand dengan pandangan penuh benci. Kabus hitam dan putih berlegar-legar di ruang udara.

"Macam mana hidup kau dekat alam roh? Seronok? Dapat tak kau puaskan nafsu serakah kau? Jumpa mana-mana bangkai yang spesis macam Marira?"

Ketawa Fernand semakin menjadi-jadi. 

Arvius kekal membisukan dirinya. Dadanya terasa panas mendengar kata-kata daripada Fernand.

"Tak nak kongsikan pengalaman kau dekat sana? Oh! Mestilah kau tak nak kan?"

Fernand melurutkan rambutnya ke belakang. Seronok pulak rasanya sakitkan hati Arvius.

Rahsia alam roh tidak boleh didedahkan kepada penghuni yang tidak pernah singgah di alam roh. Sekiranya seseorang itu mendedahkan rahsia alam roh dengan sepantas kilat dirinya akan ditarik semula ke alam roh dalam keadaan yang begitu mengerikan. Disedut dengan lohong hitam. Segala kulit akan tercarik-carik. Tulang akan menjadi serpihan.

"Aku tengok kau semakin gila. Lebih teruk daripada siluman."

Mata biru Arvius tertacap memerhati gelagat tidak waras Fernand.

Fernand mendepakan kedua tangannya.

"Aku bunuh siluman! Apa yang nak dihairankan? Aku bunuh Marira! Aku bunuh kau! Aku gila!"

Kata-kata Fernand diakhiri dengan ketawa dan ketawa. Hilai ketawa bergema-gema di ruang udara.

Arvius si bangkai bernyawa hanya sekadar berdiri di situ.

Ketawa yang berpanjangan pemilik mata merah tiba-tiba terhenti.

Suasana menjadi jeda dan sepi.

Fernand mengambil nafas. Air mata yang mengalir dilap dengan kain kerudung.

"Aku akan bunuh kau buat kali kedua Arvius."

####

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

####

Hati saya mendidih panas. Human just dont care how hurt I feel.  Simply say painful words. M not a robot. I have heart n feelings n emotions. I know people dont care n yet m tellin here. Why? I have readers to comfort me. wlupun sikit tpi sy hargai. I love u guys m sorry I couldn't give the best. Ampunkan saya atas segala cela dalam penulisan saya. Sy xmmpu lgi nk tulis brsungguh2. Sy sendiri tak pasti bila saya nak update. But thanks guys. Dont go  and stay with me ok? Saya xde comforter. koranglah jdi selimut sy.

The Defenseless
Saptember

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now