111 ❃ MARUAH DUA LELAKI

762 109 66
                                    

"Aku pilih untuk bayar dengan maruah."

Beryl bersuara mendatar.

Sylvan membuntangkan biji matanya. Harap-harap Beryl tidak bertindak kurang waras.

"Kau ada teman wanita, isteri atau anak gadis?"

Calix tertawa sinis.

"Kau rasa aku akan mengaku kalau aku ada?"

Balas Beryl mendatar.

"Aku kenal mereka yang cuba menipu aku.Itu kelebihan aku."

Calix menghunuskan pedangnya pada Beryl.

"Aku tak ada. Aku bujang terlajak."

Beryl mendepakan tangannya.

Sylvan tertawa mendengar pengakuan Beryl.

"Bodoh! Jangan buat lawak."

Sylvan berbisik sambil menahan ketawa.

"Kalau macam tu, tanggalkan pakaian kau."

Calix memberi arahan.

"Gila?! Tak bermaksud aku bujang kau boleh dapatkan aku!"

Beryl dengan pantas menarik kerudungnya kehadapan. Gila. Apa nak main-main tanggal baju ni? Beryl jejaka budiman!

Lagipun, identiti mereka haruslah dirahsiakan!

Calix tertawa.

"Aku boleh layan kau macam perempuan kalau aku nak."

Calix menjilat bibirnya.

"Erh...apa ni?"

Beryl mula terasa mual di tekak.

Beberapa orang anak kapal mula berbisikkan ayat-ayat yang mengandungi unsur seksual.Walaupun mereka hanyalah seramai tiga ke empat orang, sudah cukup buatkan Beryl dan Sylvan meremang.

Sylvan semakin terasa seram sejuk. Adakah lanun-lanun di sini suka meratah kunyit? Wajah Sylvan semakin kemerahan. Jantung berdegup kencang. Pelbagai adegan kotor sudah mengaburi minda Sylvan.

"Sylvan..."

Beryl meneguk airliur. Rasanya rancangan harus ditukar. Tak macam Sylvan, Beryl tidak sanggup membayangkan apa yang bakal terjadi.

"Baiklah.."

Sylvan akur.

Sepantas kilat Beryl menendang tangan Calix! Uncang yang mengandungi kuku banshee terlambung di udara.

Sylvan pantas mencapainya.

Saat anak-anak kapal mula menghampiri dan menyerang Sylvan, bunian itu lebih pantas menggunakan kuasa sihirnya. Medan sihir yang muncul di telapak tangannya terus menghasilkan cahaya dan angin bahang.
Anak-anak kapal semua tercampak kebelakang!

Mujur mereka tidak ramai! Mudahlah kerja Sylvan.

Ada yang terlangkup jatuh di dalam lautan air yang megandungi serpihan-serpihan air batu. Terhempas kepala mereka sehingga tidak sedarkan diri.

Calix cuba megeluarkan pedangnya namun Beryl lebih pantas menendang bilah senjatanya itu sehingga terpelanting jauh!

Dalam masa yang sama Beryl cuba mencapai pistolnya keluar. Kali ini, giliran Calix lebih pantas menghalakan tangannya ke hadapan. Dengan kuasa telekinesis yang dimilikinya senjata itu bergerak sendiri dan terus bertukar tangan!

Picu ditarik dan dihalakan pada arah Beryl.

Beryl mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah diri.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now