096 ❃ MIMPI BASAH BERYL

895 115 45
                                    

"Beryl memalukan! Beryl jahat! Beryl pengkhianat!"

Nymph menjerit-jerit bagaikan kanak-kanak melepaskan amarah.

"BERYL KHIANATI SYLVAN!!! BERYL GORILLA GUNUNG! BERUANG BUSUT! GAJAH GEMUK! BABI HUTAN!! BADAK LAUT!!!"

Nymph menumbuk-numbuk dada Beryl!

Beryl terpinga-pinga. Apahal ni?!

"Nymph! Hentikan!"

Sylvan menarik tangan Nymph.

"Kenapa samakan Beryl dengan binatang?"

Sylvan merenung tajam pandangan mata Beryl.

"Itu kerana Beryl tidak berfikiran waras sama seperti-"

"Tidak Nymph. Beryl berkelakuan kurang waras daripada binatang."

"Apa yang lebih teruk daripada binatang?"

Nymph bercekak pinggang.

"Binatang tidak teruk. Beryl yang teruk."

Sylvan menyilangkan tangannya.

Beryl berkerut seribu. Ternyata dia tidak faham apa yang sedang berlaku.Kenapa Sylvan dan Nymph bagaikan tidak berpuas hati dengan dirinya.

"Jadi? Kita patut gelarkan Beryl apa?"

"Manusia bodoh."

Grisha tiba-tiba datang tampil.

Wanita bunian itu menjeling Beryl dengan pandangan mata merahnya.

"Manusia bodoh. Manusia miang. Manusia hina. Buaya darat! Hidung harimau belang!"

Wanita bunian menunding-nunding jari telunjuknya pada dada Beryl.

"Grisha jangan samakan dengan binatang."

Sylvan memintas.

Hidung harimau belang?

Buaya darah?

"Tapi Nymph setuju."

Nymph tertawa.

"Kita tinggalkan sahaja manusia pengkhianat ni."

Sylvan berjalan pergi meninggalkan mereka.

"Selamat tinggal selamanya dugong laut gemok!"

Nymph berlari pergi tinggalkan Beryl mengiringi Sylvan.

"Nymph, jangan samakan dengan binatang."

"Oh..maaf."

Tinggalah Grisha dan Beryl berdua.

Grisha merenung pandangan mata Beryl.

Lelaki berambut merah turut membalas renungan pandangan mata Grisharadin.

"Manusia bodoh."

Grisha berbisik perlahan. Jari-jemari bunian itu menyentuh leher Beryl.

Beryl meneguk air liur. Degupan jantung kian kencang. Nafasnya semakin deras kedengaran

Grisha perlahan-lahan mendekatkn mulutnya pada leher Beryl.

Beryl membuntangkan biji matanya!

"Oi!!"

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now