014 ❃ MALAM SEGELAP COKLAT

2.3K 227 40
                                    

Monica membuka matanya. Gelap sahaja ruangan kamar tidurnya. Malam segelap coklat. Entah bila dirinya tertidur langsung tidak sedar.

Oh, dan tubuhnya dilitupi dengan selimut yang gebu. Pasti Selwyn yang menyelimutkannya.

Monica masam mencuka. Masih merajuk dengan Selwyn.

Terkenang peristiwa beberapa hari lalu. Selwyn langsung tidak mahu menyambut hari lahirnya. Malah sanggup menerima tempahan istimewa daripada pelanggannya yang pelik. Yang datangnya daripada dunia entah mana.

Siapa? Manusia yang berbahasa purba. Entah siapa namanya. Aiden tak salah. Dengan isterinya Eilya. Wanita separa musang.

Mujur mereka sudah selamat pulang bersama kek kahwin yang ditempah daripada Selwyn. Nasib baik juga mereka tidak cerewet. Minta, tunggu dan pulang.

Tapi.. siapa sangka? Saat nak pulang tu ada porak peranda pula.

Tak guna. Beryl dengan Sylvanlah puncanya!

Suka hati sahaja membawa minuman keras ke kafenya. Habis Aiden mabuk. Malah lagi teruk kafeteria dan dapurnya musnah oleh lelaki mabuk itu!

Mujur Mathilda tidak apa-apa!

Terpaksa mereka menyeru lelaki daripada bangsa logam yang datang dari jauh untuk membaiki kafeteria dan dapur yang sudah musnah.

Bangsa logam mahir bertukang dan menempa besi. Namun, yang mampu menggunakan sihir untuk membaiki hanya segelintir sahaja. Satu dalam seribu. Dan, bayarannya tentulah mahal. Mahal sangat. Terlalu mahal. Mahalnya melampau. Mahalnya tak tertanggung.

Urghhh! Sakit hati memikirkannya. Tunggulah Beryl dan Sylvan.

Lupakan hal tersebut!

Mana Selwyn? Marah lagi ke? Sampai tak mahu tidur di sebelahnya.

Malam gelap-gelap begini terasa amat sunyi. Dan Monica tidak sukakan suasana gelap yang membuatkan dia berasa sunyi. Selwyn sepatutnya berada di sisinya!

Siapa yang patut marah sekarang ni? Monica yang merajuk. Selwyn pula yang bengang. Kalau merajuk pujuklah! Bukan dibalas dengan kemarahan.

Tapi sekarang pukul berapa?

Kali terakhir yang dirinya ingat adalah bermain dengan Moka di dalam bilik ini. Oh, Moka! Kucing berbelang coklatnya masih belum makan!

Selimut gebunya diselak!

Monica bingkas bangun dari katilnya di dalam kegelapan.

Dalam masa yang sama. Selwyn membuka pintu. Cahaya dari ruang dapur terus memasuki ruang kamar itu.

"Selwyn?"

Monica berhenti melangkah.

Di dalam dakapan Selwyn adanya Moka. Si kucing bermata biru itu.

"Moka dah makan."

Ujar Selwyn mendatar. Tahu-tahu sahaja Selwyn kenapa Monica gelabah. Kucing itu dihulurkan kepada Monica.

"Terima kasih.."

Monica menyambut kucing itu. Pelbagai spekulasi kini bermain di minda Monica. Selwyn sememangnya ikhlas ingin membawa Moka ke kamar mereka ataupun Selwyn sebenarnya sedang menyindirnya?

Maklumlah, Apabila Monica merajuk pasti dia hanya akan bersama Moka. Sejak beberapa hari lepas lagi. Selwyn minta tolong rasakan coklat lasagna juga Monica enggan.

Tiada pula sebarang tindak balas daripada lelaki itu setelah Monica ucapkan terima kasih. Seperti biasa. Dingin.

"Selwyn.. "

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ