127 ❃ GANGGUAN FIKIRAN SELWYN

603 108 6
                                    


Di dalam kegelapan kamar. Pandangan mata Selwyn terkebil-kebil merenung siling kayu.

Fikiran pemilik kafeteria coklat itu terganggu.

Monica.

Lelaki itu mengenali ibu Monica. Marira Dulchie.

Monica juga pernah mimpikan lelaki ini.

Dalam masa yang sama, Monica kerap jatuh sakit. Adakah ia berkaitan?

Kata pakar ilmuwan perubatan salah satu puncanya adalah Monica memiliki kuasa yang manusia tidak harus miliki.

Tubuhnya tidak boleh terima.

Saat fikiran lelaki itu berteka-teki, Selwyn berkalih pada arah Monica. Rambut isterinya yang sedang lena tidur itu dibelai.

Entah kenapa naluri Selwyn terasa semua yang berlaku ini berkaitan.

Monica juga rasakan perkara yang sama.Mimpi yang berulang berkenaaan ibunya dan juga lelaki bermata merah. Lelaki ini juga pernah tersalah anggap Monica sebagai Marira.

"Maksudnya awak rasa dia kenal ibu awak?"

"Saya rasa ya dan dia ada kaitan. Semalam saya mimpi..ibu kata jangan cela orang bermata merah. Ibu kata sumpahan mata merah tak wujud. Itu je yang saya mimpi"

Perbualan dirinya dengan Monica diambas kembali. Kini sudah jelas dan nyata. Ia berkaitan. Mimpi itu adalah alamat dan petunjuk. Bukannya permainan.

Sejak kemunculan lelaki ini juga, Monica tidak lagi jatuh sakit. Ataupun semua ini hanya kebetulan?

Dahi Selwyn berkerut. Semua ini menimbulkan seribu persoalan.

Selwyn menghembuskan keluhan.

Dirinya juga pernah mimpikan lelaki ini. Lelaki bermata merah ini.

Lelaki bermata merah yang meratap di dalam hujan yang lebat. Mimpi itu masih segar di dalam minda Selwyn bahkan jiwanya. Semua yang berlaku di dalam mimpi itu masih Selwyn dapat rasakan dengan jelas.

Dada aku terasa sesak menahan sebak. Aku tak tau apa yang aku rasa. Aku menghampirinya. Aku memberanikan diri untuk menghampirinya.

Lelaki bermata merah perlahan-lahan merenung aku.

Aku meneguk air liur. Langkahku terhenti.

Kilat memancar.

Wajah suguh lelaki bermata merah sayu berkaca-kaca merenung aku.

Bibirnya terketar-ketar cuba beritahu aku sesuatu.

kenapa suaranya tak terkeluar?

Gerak bibirnya aku perhatikan......

"A-nak....Ma-ri-ra........"

"Se-la-mat-kan.... A-nak... Marira."

Selamatkan anak Marira. Maksudnya Monica dalam bahaya. Selwyn menggit bibirnya menahan geram.

Ingin sahaja dirinya mendesak lelaki bermata merah itu. Namun,itu semua tidak mendatangkan hasil. Lelaki itu terlalu lemah.

Dhak. Hanya anjing jadian itu sahaja mampu menjelaskan apa yang berlaku. Selwyn akan cuba berbincang dengan Dhak nanti.

Lelaki bermata merah itu perlu pulih sepenuhnya dan jelaskan segalanya.

Rogan.

Lagi satu perkara yang bermain di dalam minda Selwyn.

Siapa Rogan yang dimaksudkan lelaki bermata merah itu?

Rogan.
Perajurit Rosamund.
Rogan adalah perajurit Rosamund yang terkorban.

Monica mimpikan ibunya kerana lelaki bermata merah ni. Aku mimpikan lelaki bermata merah ini juga mungkin adalah kerana Monica adalah isteri aku.

Tapi mungkin juga kerana Rogan yang dimaksudkan dia adalah Rogan Hourve.

** Hola guys! Sihat? ♡'・ᴗ・'♡ How was it? Ada dapat apa-apa petunjuk baru? Don't forget to vomments! Thank you for supporting me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


** Hola guys! Sihat? ♡'・ᴗ・'♡ How was it? Ada dapat apa-apa petunjuk baru? Don't forget to vomments! Thank you for supporting me. Have a nice day!

Love,
saptember

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now