081 ❃ KALUNG MILIK DHAK

869 124 32
                                    


Bunian berambut putih itu menyentuh tanah bersalji. Ribut salji melanda dunia malam. Beryl hanya sekadar berdiri di sisi bersama lampu pelita. Ternyata dunia malam begitu gelap.

Jubah berkerudung tebal mereka beralun laju mengikut rentak rancak angin ribut musim sejuk.

"Aku rasa kita patut pulang sebelum cuaca bertambah buruk."

Beryl bersuara. Kepulan wap sejuk tidak henti-henti keluar dihujung bibirnya.

"Tapi kita sudah semakin hampir. Aku dapat rasakan kuasanya. Kuasanya semakin kuat."

Sylvan ingkar.Dia tidak mahu usaha pencariannya menjadi sia-sia.

"Tapi kita sudah semakin hampir. Aku dapat rasakan kuasanya...."

Beryl mengulangi ayat Sylvan sambil tertawa sinis. Mengejek.

Sylvan bingkas berdiri dan tertawa. Bunian itu faham kenapa Beryl mengejeknya.

"Dah seminggu aku dengar ayat yang sama."

Beryl menjongketkan keningnya.

"Baiklah..baiklah..kita pulang."

Sylvan terpaksa akur. Betul kata Beryl. Cuaca semakin buruk. Pencarian harus dihentikan.

"Sebelum tu.."

Beryl megeluarkan sebilah pisau. Lelaki berambut merah itu mencangkung dan mencacakkan pisau itu di atas tanah.

"Esok kita sambung pencarian kita di sini."

🍎

Sylvan melangkah seorang diri pulang ke kuartersnya.
Letih. Beberapa hari sudah berlalu sejak dia dan Beryl cuba jejaki medan sihir itu. Bunian itu risau. Berdasarkan gerak hatinya, sekiranya medan sihir itu tidak dihapuskan ia mampu membangkitkan roh yang memiliki kuasa kegelapan yang kuat.

Sylvan tertanya-tanya. Siapakah yang agaknya ingin bangkitkan roh kejam itu? Tak ada sesiapa pula kelihatan mencurigakan.

Tombol pintu dipulas.

"Sylvan."

Firth terpacak di hadapan pintu.

"Apa?"

Sylvan terpinga-pinga.

"Ada anjing gila mengekori aku."

"Anjing gila?"

Firth berjalan ke arah jendela. Sylvan mengekori. Jendela dibuka. Angin ribut serta-merta menerjah masuk ke dalam karma.

Sylvan menjulurkan kepalanya ke luar. Kelihatan seekor anjing berbaka husky diselaputi dengan salji sedang terbaring di bawah.

 Kelihatan seekor anjing berbaka husky diselaputi dengan salji sedang terbaring di bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Err? Apa dia buat di situ?"

Sylvan berbisik perlahan.

"Dia cuba untuk masuk."

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now