026 ❃ MATA SEHIJAU EPAL

1.7K 199 23
                                    


GRISHA'S P.O.V Towards Beryl.

Dalam keadaan terpinga-pinga, Grisha pantas berdiri! Malunya. Namun, berusaha dia menebalkan tembok pada wajahnya. Rasanya tiada sesiapa yang perasan.

Mata merahnya kemudian perhatikan keadaan sekeliling. Banyak meja beralaskan kain putih tersusun kemas dengan kerusi yang dirapatkan pada meja. Kemas dan teratur.

Suasananya kelihatan mewah.

"Ini yang dipanggil bar...?"

Grisha berbisik.

"Bodoh...lebih sesuai dipanggil restoren."

Hatinya memberi komen. Tidak mahu mengaku bahawa bar ini bersih dan kemas tidak seperti yang disangkanya. Seperti biasa bunian ini tinggi egonya.

Grisha terus perhatikan keadaan bar dalam suasana yang sunyi. Bar ini tutup bukan? Jadi kenapa tidak dikunci? Bodohnya. Bagaimana jika dimasuk pencuri?

"Manusia bodoh..."

Rungutnya lagi.

"Berambuslah!!"

Jeritan seorang lelaki memecahkan lamunan Grisha!

Grisha terkejut apabila mendengarnya. Orangnya mana? Matanya melilau perhatikan keadaan sekeliling. Adakah hantu? Tapi wujudkah hantu dibar? Tak pernah dengar pula.

"Bunian sila keluar! Urusan perniagaan aku sudah tamat."

Sekali lagi Grisha terkedu! Kurang ajarnya. Dia ada nama dan sesuka hatinya dipanggil bunian!? Lagi satu bagaimana suara tersebut boleh tahu bahawa dirinya merupakan seorang bunian?

Matanya merawang ke kiri dan ke kanan mencari mana datangnya suara itu.

Dibawah meja? Disebalik alas meja? Ataupun dibahagian kaunter? Disebalik kaunter?

Perlahan-lahan Grisha melangkah ke sana.

Kedengaran bunyi hentakkan kasutnya bergema. Terasa seram pula pagi-pagi begini.

Langkahnya diteruskan, sehinggalah Grisha tiba berhadapan dengan kaunter tersebut.

"SYLV-  Jerit seseorang manusia yang kepalanya tiba-tiba muncul daripada bawah kaunter.  Tangannya kuat menghentak meja kaunter itu.

Ditangannya ada gugusan kunci. Gaya manusia itu tak ubah seperti seekor arnab menjenguk keluar kepalanya kalau-kalau ada musang dihadapannya. Musang itu tak lainlah kalau bukan Grisha dirinya. Tapi masalahnya 'arnab' dihadapan 'musang' ini garang mukanya.

Errr.. Kenapa Grisha tiba-tiba merasakan babak yang dilaluinya kini bagaikan sebuah kisah dongeng?!

Tak apa! Abaikan!

Wajah si arnab, Eh?! Silap! Bukanlah!

Wajah si manusia ini ...tak! Rambutnya bewarna merah burgandy. Warna merahnya bagaiman warna minuman wain merah. Termasuklah jambangnya yang juga bewarna merah.

Wajah manusia itu berkerut. Terkejut melihat kehadiram Grisha. Barangkali?

Perlahan-lahan dia berdiri. Matanya tidak beralih memerhatikan Grisha.

Si musang itu tak terkecuali juga. Adakah manusia ini sahabat Sylvan? Bukankah dia sepatutnya boroi? Buncit dan selekeh?

Nanti!

Rasanya Sylvan tidak ceritakan langsung ciri-ciri sahabatnya pada Grisha.

Mata hijau manusia itu galak perhatikannya. Warna hijau itu merupakan warna yang jarang untuk manusia miliki tetapi lelaki ini memilikinya. Mata hijau yang selalunya menjadi milik para bunian jatuh pada manusia ini. Warna matanya begitu hijau. Hijau bagaikan epal hijau.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now