003 ❃ BUKU RESEPI COKLAT

2.8K 277 10
                                    

Monica kelam kabut melangkah keluar dari kamar tidurnya.

Sebaik sahaja dia melangkah keluar semerbak bau coklat menyentuh rongga hidungnya.

Bermakna Selwyn pasti sudah berada di dapur.

Apalah. Sedangkan apabila melangkah keluar daripada bilik tidur, apa yang akan dilihat dulu adalah ruang dapur.

"Belum musim sejuk lagi."

Ujar Selwyn mendatar yang sedang duduk membaca buku resepi di meja dapur.

Monica berkerut. Memanglah belum musim sejuk lagi. Sekarang musim luruhlah.

"Apa maksud awak?"

Tanya Monica keliru. Tak faham dengan sindiran Selwyn.

"Tak akan tak tau?"

Selwyn terus membelek buku resepi coklatnya tanpa menoleh pada Monica. Air coklat panas dihirup.

Monica memutarkan bola matanya. Benci dengan sikap Selwyn yang tidak berterus terang. Pantas gadis itu menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Selwyn.

"Tak..Saya tak tau."

"Abaikan."

Cawan diltekkan di atas meja. Helaian kertas diselak.

Monica menggigit bibirnya. Geram. Buku itu dirampasnya dan ditutup dengan kasar.

Selwyn melirikkan matanya pada Monica. Dan di sebalik kaca mata, lirikkan matanya itu meluat. Pantang betul main rampas-rampas ni. Biadab.

"Saya tak faham sindiran."

Monica memegang buku itu dengan sebelah tangannya. Selari dengan kepalanya. Sebelah tangannya menongkat dagunya.

"Saya kata abaikan..."

Selwyn menyandarkan belakangnya pada kerusi.

"Saya nak penjelasan."

"Saya nak buku saya."

Selwyn menyilangkan kedua tangannya. Matanya tajam merenung pandangan mata Monica.

"Dan saya nak penjelasan."

Monica tidak mahu mengalah. Ingat dia nak takut dengan renungan tajam dia?

"Kalau saya tak nak jelaskan?"

"Awak tahu kan apa yang saya gamak buat?"

Monica menjongketkan keningnya. Senyuman nakal mula terukir di bibirnya.

"Contohnya?"

Selwyn juga tidak terkecuali. Sekarang dah pandai nak sakitkan hati dia. Ingat dia tak boleh nak balas?

"Koyakkan. Rendam dalam periuk pun boleh. Atau masuk dalam ketuhar." 

Monica mengemukakan contoh-contoh tingkah laku yang dirinya gamak lakukan.

"Oh...."

Ujar Selwyn bersama padangan wajah yang kosong. Seolah-olah tidak terkesan pada hatinya. Sedangkan di dalam hatinya punyalah mendidih. Tergamak nak buat? Buku resepi tu ditulis dengan tangannya sendiri. Siapa tak sayang kan?

"Selwyn..."

Monica tidak puas hati dengan tindak balas Selwyn.

Dengan pandangan wajah yang dingin. Selwyn sekadar menjongketkan keningnya. Okey, Selwyn dah marah dah tu.

"Marah ke?"

Hah! Soalan bodohlah Monica tanya.

"Taklah."

Jawab Selwyn mendatar.

Rasanya Monica tidak mahu teruskan perbalahan kecil ni. Buat sakit hati sahaja. Kalau Selwyn sakitkan hati orang boleh. Orang sakitkan hati dia tak boleh.

Tapi tak apa. Monica lebih matang. Monica lebih pandai kawal perasaan. Maka Monicalah yang akan mengalah dan bertolak ansur.

"Baiklah Selwyn, kalau tak nak jelaskan tak apa."

Monica berdiri.

"Ambil buku awak ni." Buku resepi itu diletakkan dia atas meja dan......

tussssshhhhhh.....

Alahai.. bucu buku terkait cawan dan tertumpah..

Habis kertas menyerap air coklat itu.

Habis hancur buku tu!

Biji mata Monica dan Selwyn keduanya terbuntang!

Namun, debarannya Monica yang terasa lebih.

"Monica.....biar saya jelaskan maksud sindiran tadi."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now