149 ❃ FLORA SI GADIS PERIANG

752 144 73
                                    

Suasana di Stesen Kereta Api Raegan sepi. Siapa yang akan sengaja buang masa di luar ketika musim sejuk ini?

Ignace menghempaskan beg sandang di atas kerusi untuk penumpang yang menunggu. Dirnya kemudian duduk melepaskan lelah.
Keluhan dihembuskan.

Lama dirinya merantau  mencari bahan untuk laksanakan satu upacara.

13 butir beras.Daripada Tujuh butir adalah beras hitam, empat butir beras merah, dua butir beras putih.

Sehelai daun kering. Daun yang terakhir gugur daripada satu pohon.

Seurat rambut. Seurat rambut wanita berusia  yang tidak mempunyai zuriat.

Sepuluh serpihan kuku di mana setiap serpihan itu adalah daripada makhluk seruan banshee yang berbeza.

Sehelai pelepah harpyja betina yang sarat bunting.

Sebatang taring harimau jadian berbulu putih.

Sembilan keping sisik duyung sutera jantan yang bewarna hitam.

Setitis darah manusia yang berduka.

Setitis air mata yang meratapi pemergian.

Ya, dirinya telah pergunakan Sylvan dan Beryl bagi memenuhi bahan untuk upacara tersebut. Bahan yang diperlukan untuk upacara menyeru roh ke dunia. Bukannya kembalikan roh ke alam asal.

Dirinya dapat mengesan lokasi yang sesuai untuk menyalakan  medan sihir menyeru roh di Eplé kerana itu dia telah munculkan diri di sana. Namun, semuanya tidak mudah yang disangka. Kemunculan Arvius telah menjadi penghalang utama.

Kerana itu pemuda itu telah membuat keputusan untuk pulang ke Raegan.

Ignace Rainault meraup wajahnya. Entah kenapa saat dirinya berpijak di tanah Raegan, jiwanya menjadi resah seresah-resahnya. Hati bagaikan dihempas ombak hiba. Fikirannya pula bagaikan ditimbus dengan tanah runtuh.

Ignace merenung langit gelap yang kosong. Segelap hatinya. Sekosong jiwanya.

Jam saku dicapai. Ignace membuka lipatan jam itu. Terlihat akan portrait wajah Acantha. Ignace merenung wajah gadis yang amat dirinya kasihkan itu. Gadis yang sudah tiada lagi di dunia Ghais Lavanark.

Acantha.

Tiada lain yang aku impikan, melainkan kepulangan kau.

Seandainya aku dapat lihat sekali lagi wajah kau. Aku yakin aku adalah lelaki yang paling bahagia.

Apa yang aku mahukan? Apa yang aku perlu dapatkan untuk hilangkan rasa derita ini?

Adakah kisah cinta aku dan kau hanyalah sekadar sebuah kisah suatu ketika dahulu?

Adakah aku akan dipertemukan pengganti?

Adakah aku dikira sebagai seorang pengkhianat sekiranya aku dipertemukan pengganti buat diri kau?

Ignace kekal merenung portret lakaran Acantha. Gadis yang amat dirinya cinta. Rasa rindu terlalu menyesakkan jiwa. Setiap kali dirinya merenung wajah Acantha dadanya akan terasa sesak dan sebak.

Aku rindukan Acantha.

Lelaki itu berbisik perlahan.

"Siapa perempuan tu?"

Seorang gadis tiba-tiba menyapa dari belakang.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now