120 ❃ PEMBUNUHAN TANPA BUKTI

738 115 56
                                    

Beryl terdiam seribu bahasa. Eh, silap. Maaf.

Beverly terdiam seribu bahasa. Kini dirinya faham kenapa sihir pertukaran jantina ini diwujudkan. Mencungkil rahsia seseorang. Berpura-pura menjadi individu lain. Hakikatnya sihir ini digunakan untuk penyamaran.

Ignace merenung dalam pandangan mata Beverly. Pertemuan empat mata berwarna hijau.

Gadis berambut merah meneguk air liur. Tak dapat nak fahamkan maksud renungan mata lelaki bernama Ignace. Lelaki berambut emas kelihatan marah dan tidak puas hati.

Lagipun Ignace kelihatan agak berbeza. Tidak seperti Ignace yang dikenalinya.

"Macam mana? Kau suka?"

Stan memecahkan suasana sunyi.

Pandangan mata Ignace beralih pada Stan.

"Aku tak bayar kau untuk buat semua ni."

Dingin sahaja kedengaran suara Ignace Rainault.

"Aku cuma nak berkongsi. Kalau kau tak nak tak apa."

Stan mendepakan tangannya dan mengangkat bahu.

Pandangan mata Ignace tajam merenung wajah Stan. Okey, baiklah. Ini Ignace ke? Tak pernah tengok Ignace macam ni.

"Oh, jangan pandang aku macam tu. Aku cuma nak manfaatkan duit yang aku terima dengan hiburan."

Stan tertawa sinis apabila Ignace merenung wajahnya. Bahu Beverly dipaut.

Beverly berkerut dan memutarkan bola matanya.

Jijik betul. Aku dan Sylvan pun tak macam ni. Sabar Beverly. Ini hanyalah lakonan semata-mata. Kalau meronta dan menggila tak pasal-pasal ada yang mati katak.

"Tugas kau masih belum selesai."

Ignace meneguk air liur menahan amarah. Renungan matanya menyinga. Bagaikan singa yang didera dengan kebuluran yang melampau.

Beverly terpinga-pinga. Apa ni? Apa ni? Bayar untuk apa ni? Ingin sahaja dia menyampuk.

"Bayaran kau tak cukup untuk tugasan yang bahaya macam tu."

Stan tertawa sinis.Ignace lelaki kaya. Tak akan nak sia-siakan.

Tugasan apa ni? Tugasan bahaya? Bahaya macam mana? Boleh tak kalau menyampuk? Jangan Beverly! Jangan! Sila bertenang kalau tak nak pendek umur.

Ignace hanya mendiamkan dirinya.

Oh, baiklah tragisnya. Aku sebagai seorang gadis yang tersepit di antara pertikaman lidah dua orang lelaki. Dramatik betul. Tapi sepatah haram pun aku tak faham.

"Tak payah nak pandang aku macam tu, Ignace Rainault. Kalau nak teruskan perkhidmatan aku. Bayar aku lagi."

Stan bersuara acuh tak acuh.

Dahi Beverly berkerut. Perkhidmatan apa ni? Ignace? Kenapa diam Ignace? Cakaplah sesuatu! Berikanlah aku petunjuk.

"Fikirlah baik-baik Tuan Rainault."

Stan tersenyum. Seraya itu dengan selamba dia menanggalkan bajunya.

Apakah?!

Beverly tersentak saat pinggangnya ditarik menghampiri tubuh Stan yang tidak berbaju.

Bleurghh.. Jijiknya. Aku nak muntah.. Nasib baiklah aku masih berpakaian. Tak dapat bayangkan kalau kulit bersentuh kulit. Aku sanggup siat kulit aku kalau bersentuhan.

"Aku dah lama sekat nafsu aku. Aku nak nikmati gadis ni.Kalau kau tak selesa, sila keluar. Kalau kau tak kisah, duduk jelah kat tepi dan perhatikan adegan lucah aku dan dia."

Stan menjongketkan keningnya sambil tersenyum sinis merenung Ignace. Dengan selamba sahaja dirinya bersuara sedemikian. Jelas lagi nyata Stan merupakan lelaki tidak bermaruah.

Ignace mengalihkan pandangan matanya pada Beverly yang terpinga-pinga.Tajam renungan matanya.

Kenapa pandang aku macam tu, Ignace? Jangan kata kau pun nak sertai?

Baiklah, Beverly masih terpinga-pinga. Mana tak terpinga-pinga. Rasa ingin tahu terhadap agenda Ignace Rainault begitu dalam. Di kesempatan ini misteri Ignace harus dirungkaikan.

Oh,dalam masa yang sama. Beverly mesti jauhkan diri dari lelaki sialan bernama Stan ni! Tolonglah! Sebelum Beverly bertindak agresif! Apa-apa pun Baverly tidak sanggup diperkosakan oleh lelaki!

Oh, Takdir tolonglah... aku merayu.

"Kenapa Ignace? Kau nak sertai?"

Stan tertawa terkekeh-kekeh melihat Ignace yang asyik merenung Beverly. Lelaki tetap lelaki.

Melihat hidangan lazat yang terhidang di depan mata, lelaki mana yang akan menolak? Apatah lagi setelah dipelawa.

Ini kejam. Sampai hati, Takdir tak nak tolong aku. Hanya satu pilihan yang ada. Mungkin dengan mengaku aku adalah lelaki akan membantutkan selera mereka.

"Aku-"

Ktak!

Picu ditarik. Bunyi picu ditarik telah menghentikan mulut Beverly untuk terus membuat pengakuan.

Sekali lagi Beverly tergamam.

Muncung pistol perak ditekapkan pada dahi Stan.

Biji mata lelaki itu terbuntang luas!

Baverly juga. Biar betul? Ignace cuba untuk membunuh Stan?

"Aku tak perlukan kau lagi."

Dunia tidak perlukan lelaki seperti dia.

Satu das tembakkan dilepaskan namun ia tidak langsung mengeluarkan sebarang bunyi. Jarum saat bagaikan kejang untuk terus tertunduk. Waktu bagaikan terhenti.

Darah merah yang tersembur keluar terus ghaib diserap udara sebelum sempatpun mendarat pada dinding mahupun lantai kayu. Jasad tidak bernyawa terus bertukar menjadi debu sekaligus diserap udara.

Asap-asap putih kelihatan berlegar-legar di udara.

Dalam sekelip mata sahaja tubuh Stan lenyap! Tiada sisa daging kelihatan mahupun titisan darah. Walau sekecil zahrah, tiada bukti pembunuhan yang terzahir.

Beverly terkedu.

Terdiam.

Terlopong.

Tercengang.

Tergamam.

Ignace telah membunuh seseorang? Apakah dirinya akan dibunuh setelah menyaksikan pembunuhan yang tanpa sebarang kesan tersisa?!

Baiklah, kesimpulannya. Ignace bukanlah seorang lelaki yang bodoh-bodoh alang seperti yang disangkanya selama ini.

Habislah.

Habislah

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

🍎

😏👉 How do you like it?

Don't forget to vomments! I love reading comments. It makes me happy and blush
♡'・ᴗ・'♡

Love ya!

The Powerless,
saptember

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now