017 ❃ SEJARAH CINTA LARANGAN

1.8K 232 20
                                    

DUA MINGGU KEMUDIAN

Sebut sahaja mengenai cinta larangan, seluruh warga Ghais Lavanark ketahui kisahnya.

Cinta larangan ini tidak dibezakan dengan darjat.Akan tetapi ia dibezakan tentang bangsa, jangka hayat dan juga kuasa sihir.

Cinta itu hanyalah diharapkan oleh dua isi hati yang utuh dambakan kasih sayang.

Dan itu adalah sukar dan menyeksakan.

Cinta larangan yang cukup dikenali ramai tidak lainlah kalau bukan cinta diantara Aedus, si bunian buangan Kerajaan Anril dan Claria, si puteri manusia daripada Kerajaan Disglair.

Pelbagai onak dan ranjau ditempuhi namun cinta mereka tetap utuh. Syukurlah mereka menemui kebahagian pada akhirnya....

Sehingga kini nama pasangan tersebut cukup dikenali sekiranya hal cinta larangan diungkit."

Grisha memutarkan bola matanya. Buku yang mengandungi kisah hikayat cinta larangan dilemparkan di atas katil.

Mata delimanya jelas memaparkan emosi meluat.

"Cinta antara manusia dan bunian? Bodoh. Manusia ternyata bodoh. Sebodoh-bodohnya bangsa adalah manusia."

Dan yang paling buat dirinya meluat adalah kerana dia perlu bertolak ke Daerah Eplé. Ya, sebuah penempatan buat bangsa manusia.

Ada sesuatu yang perlu diselesaikan.

Sylvan mengutuskan sepucuk surat.

"Kehadapan Grisha,

Tolong bawa Nymph pulang! Segera! Nymph mengganggu aku untuk membuat tugasan!

Yang Terdesak
Sylvanoryn"

Surat itu kemudian diramas.

"Bodoh. Tak sangka aku akan menapak di penempatan manusia."

Tas tangan bertali panjang disilangkan melepasi dadanya. Langkahnya laju sahaja keluar dari perkarangan kediamannya.

Sekejap.

Siapa Grisha ni?

Grisharadin Lua Kiharian. Wanita bunian yang angkuh. Kemahiran berpedangnya juga mengatasi kaum lelaki bunian. Dia digeruni. Grisha adalah singkatan namanya. Benci pada bangsa manusia. Terlalu benci.

Hatinya kini terlalu hitam. Sehitam coklat hitam.

🍫

"Boleh atau tidak Nymph tambahkan susu?"

Nymph tersenyum dengan manisnya.

"Susu? Tambah susu kat mana?"

Monica terpinga-pinga.

"Air coklat ni. Hitam sangat. Nymph tidak suka!"

Nymph menjuihkan bibirnya.

"Tambahlah..."

Monica tersenyum. Monica terhibur dan gembira dengan kehadiran Nymph. Nymph sangat comel dan periang. Sudah hampir dua minggu mereka bersama di dapur.

Inilah sahabat pertama Monica!

Akan tetapi di satu sudut dapur. Seolah-olah dapat rasakan satu aura yang hitam sedang berusaha disekat. Aura yang sehitam coklat. Datangnya daripada Selwyn.

Selwyn menyilangkan kedua tangannya dengan pandangan mata tidak puas hati. Sejak bunian pendek ni datang mengunjungi dapurnya, segala bahan dapur cepat sangat habis! Sakitnya hati. Ingin sahaja dia menghalau bunian bantut itu.

Tapi niatnya itu dibatalkan semata-mata hanya kerana Monica. Hanya kerana senyuman dan ketawa Monica.

Kau patut berterima kasih pada Monica.

Tapi semua tahu kan kesabaran Selwyn ada had?

Tapi semua tahu kan kesabaran Selwyn ada had?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now