048 ❃ VRYKOLAKAS, BERYL & SYLVAN

1.3K 176 27
                                    

Beryl menghembuskan keluhan. Mujur. Mujur rasa muntahnya mampu ditahan. Inilah akibatnya terlalu kenyang dan kembung. Kenyangkan spaghetti berbola daging. Kembungkan air jus delima.

Vrykolakas itu tersenyum. Rasanya dia begitu berselera. Darah. Dia mahukan darah.

"Apa pandang-pandang?"

Beryl bersuara lemah. Perut memulas bukan kepalang. Rasa mual kian menjalar ke anak tekak. Makhluk vrykolakas ni pula? Main dengan air ludah berdarah. Siap main cekek-cekek pula. Sengaja mencari masalah!

Aduh. Sebelum muntah. Rasanya lebih baik dia selesaikan makhluk kebulur ni.

Beryl menghalakan tangannya ke hadapan. Menghala ke arah Vrykolakas itu. Cincin permata genma milik Beryl kian bercahaya.

Satu medan sihir muncul di bawah kaki makhluk itu.

Vrykolakas itu tersentak. Pergerakkannya terkunci. Tidak. Manusia ini tahu menggunakan sihir? Dia tersilap mangsa. Tak guna! Rata-rata manusia tidak ada kebolehan untuk menggunakan sihir. Malangnya!

"Mintak maaflah... Aku akan bunuh kau dulu.."

Beryl tersenyum sinis. Wajahnya semakin pucat. Manusia hakikatnya tidak mampu menggunakan sihir walaupun dengan permata genma. Tubuh mereka akan menjadi lemah. Amatlah jarang seorang manusia mahir dan mampu menggunakan sihir dengan permata genma.

Kerana itu Beryl gemar menggunakan senjata yang disatukan dengan permata genma. Biarkan senjata itu menjadi punca kuasa genma. Bukan dirinya!

Namun, malangnya senjatanya yang telah dirampas oleh Pihak Rosamund masih lagi tidak dipulangkan. Kerana itu Beryl terpaksa menggunakan dirinya sebagai punca kuasa genma.

Itulah perkara yang paling Beryl benci. Menjadikan diri sendiri sebagai punca kuasa genma untuk menggunakan sihir.

Vrykolakas itu semakin gelabah.

Beryl sudah bersiap sedia ingin melenyapkan makhluk itu.

Cahaya yang terik tiba-tiba muncul di bawah telapak kaki vrykolakas itu. Ia semakin kelam-kabut. Cuba melepaskan diri.

Beryl tersenyum.

"Ucapkan selamat ting--"

Cahaya yang terik tiba-tiba lenyap. Kata-kata Beryl tergantung. Dahinya berkerut seribu.

Alamak..rasanya Beryl terlupa tentang corak medan sihir.

Mana tidaknya? Sejak meninggalkan alam persekolahan, Beryl langsung tidak mempraktikkan penggunaan sihir pada diri sendiri. Asyik bergantung kepada senjatanya sahaja.

Vrykolakas itu ketawa kecil. Memperlekehkan Beryl.

Beryl mencebik. Mampuslah aku....

Beryl menurunkan tangannya. Medan sihir lenyap di bawah kaki Vrykolakas itu. Aduh. Kepala otaknya diperah bersungguh-sungguh. Corak medan sihir yang bagaimana ya?

Beryl berpeluh dingin. Risaunya. Tak semena-mena nanti dia muntah.

Vrykolakas yang sedang ketawa kecil itu kemudian merenung bumbung. Di mana dia muncul sebentar tadi.

"Apa khabar sahabat...."

Vrykolakas itu menyapa seseorang.

Beryl menjeling ke arah bumbung. Memutarkan bola matanya. Malangnya nasib. Ada lagi seekor vrykolakas rupanya.

"Khabar baik sahabat..."

Seekor lagi vrykolakas melompat turun dan berdiri di arah satu lagi. Mengepung jalan keluar Beryl, Baru selesai kerjakan Dhak.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ