078 ❃ IBU YANG BODOH

1K 138 22
                                    

(Sila dengar lagu di atas untuk penghayatan yang lebih baik. Happy reading guys ♥)

Tidak diduga dia tertewas. Tidak mampu dia melindungi ibunya. Tiada upaya yang dia miliki.

Tewas.

Kali terakhir yang mampu dia dengar sebelum dirinya rebah adalah jeritan ibunya.

"Berhenti... "

Itulah yang didengarinya sebelum dirinya benar-benar rebah ketika dibelasah dengan teruk empat orang lelaki.

Wajahnya penuh dengan kesan lebam dan bengkak. Kesan darah jelas kelihatan pada hidung dan tepi mulutnya.

Perlahan-lahan mata merahnya melihat dunia.
Dunia yang kelam dan kejam.

Masih terbaring di atas tanah.

Sepi suasana di dalam hutan.

Sekali-sekali kedengaran bunyi burung-burung pulang ke sarang.

Suasana senja ini begitu tenang dan damai.

Arus sang angin membelai perlahan daun pohon.

Tidak jauh dari situ. Dia terlihat tubuh wanita terbaring di atas tanah. Cukup hampir dengan dirinya. Kosong pandangan matanya merenung belakang tubuh wanita yang bergelar ibu itu.

Perlahan-lahan tangannya dihulurkan ke hadapan. Terketar-ketar jarinya cuba mencapai tubuh wanita itu.

Bahu ibunya disentuh perlahan. Tidak mahu ibunya terbangun dari lena kerana sentuhannya.

Lama dia sentuh.

Dengan kudrat yang tersisa, berusaha dia merapatkan tubuhnya dengan tubuh ibunya.

Pemuda bermata merah itu akhirnya mendakap tubuh ibunya dari belakang.

Tanah ini telah menjadi geta buat dirinya. Ini kali pertama dia mampu merasai dakapan seorang ibu. Berbantalkan serpihan batu bata.

"Maafkan aku .."

Bisiknya perlahan. Memohon maaf atas kelahirannya.

Untuk seketika dia menyepi begitu.

... Masih hangat tubuh ibunya.

Inilah dakapan yang sering dia impikan.

Begitu lena ibunya. Pasti sudah terlalu letih dan lesu dengan penulisan sandiwara dunia.

"Aku gagal....."

Pemuda bermata merah itu berbisik perlahan.

Perlahan-lahan dia bangun dan melutut di sisi ibunya. Rambut ibunya diselak.

Sayu dia merenung wajah ibunya yang dikotori dengan sisa tanah dan kesan darah. Melekat-lekat daun kering pada wajah ibunya.

Lama dia merenung wajah ibunya.

Dengan sentuhan yang lembut dia membersihkan kotoran pada wajah wanita itu.

Perlahan-lahan dia mengangkat tubuh ibunya. Dia mendukung wanita yang telah melhirkan dia ke dunia dan seraya itu dia berdiri.

"...Aku hantar mak balik.."

Bisiknya perlahan. Bibirnya menyentuh dahi ibunya.

......

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now