044 ❃ SESEKSI RASA DELIMA

1.4K 190 13
                                    

Malam begitu lewat dan sepi. Suasana di bandar Eplé ternyata menenangkan. Beryl dalam perjalanan pulang ke kediamannya.

Beryl memegang perutnya.. kenyangnya bukan kepalang. Kenyangnya begitu melampau seolah-olah rasa seperti ingin muntah.

Perut Beryl mula rasa kurang enak. Agaknya kenapa ya?

Sylvan terpinga-pinga merenung Beryl.

"Kenyang... Terima kasih Sylvan."

Sudu dan garfu disilangkan dan diletakkan dalam keadaan terbalik di atas pinggan kosong  sebagai tanda sudah habis makan.

"Sekarang Nymph faham kenapa Beryl macam gorilla gunung..." 

Nymph menekup mulutnya dan ketawa kecil.

"Nymph... jaga percakapan.." 

Sylvan berbisik geram.

Nymph mencebik.

Beryl mencapai botol air jus delima yang pekat dan dituang ke dalam gelas.

"Beryl...itu gelas yang ketujuh barangkali?"

Sylvan risau melihat Beryl yang terlalu banyak minum.

"Mungkin.."

Beryl mengangkat bahunya.

"Kenapa tiba-tiba mahu minum jus delima? Ini kali pertama kau memesan jus delima."

Sylvan merenung Beryl dengan penuh syak wasangka.

Mungkin kerana rindukan pandangan mata delima wanita bunian itu?

Tak! Mengarutlah....

"Sylvan.. kau ikhlas ke tak belanja aku?"


Beryl membuat muka bosan apabila diajukan dengan pelbagai soalan.

"Err...ikhlas."

"Bagus.. aku ingat tak ikhlas tadi.."

Jus delima dihirup perlahan.

"Tak masam ke Beryl? Aku tengok pekat semacam."

"Masam..."

Jawab Beryl bersahaja.

"Masam? Masam macam mana. Aku tengok kau minum macam biasa sahaja."

"Rasa masam yang seksi...."

Sylvan berkerut.

"Beryl kau mabuk ke?"

"Mustahil...ini bukan minuman arak.."

Lagipun Beryl imun dengan arak. Soalan apa tu?

Tak. Sylvan bukan lupa Beryl kebal dengan arak. Cuma... Sylvan syak sesuatu. Adakah beryl mabukkan sesuatu yang lainnnn?

Beryl tiba di hadapan pintu bar. Tangannya meraba-raba saku seluar. Dah kenyang rasa mengantuk pula..

Tangannya mula meraba seluruh tubuhnya.

Biji mata Beryl terbuntang luas.

Tidak...

"Kunci aku mana?"

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now