107 ❃ GADIS PENJUAL BERAS

757 110 55
                                    

"Mahalnya."

Beryl berkerut seribu merenung tanda-tanda harga pada beberapa guni beras.

"Saya tak jual secupak. Kalau nak beli mesti sekurang-kurangnya setengah kilo."

Si gadis berkaca mata tersenyum manis.

Kurang ajar betul. Perniagaan yang ada unsur paksaan.

"Berapa kalau setengah kilo?"

Beryl bertanya.

"30 keping syiling emas."

Jawab si gadis sambil menongkat dagu merenung wajah Beryl. Tak kisahlah kalau tawar-menawar berapa lama pun dengan jejaka kacak berambut merah. Tak rugi. Boleh cuci mata.

Berkerut-kerut dahi Beryl. Kepala otak dia. Mahal nak mampus.

Beryl merenung harga beras merah dan beras hitam. Beras hitam 50 syiling emas untuk setengah kilo. Beras merah pula 40 syiling emas.

Sedangkan nak beberapa butir sahaja. Duit dahlah banyak habis dengan membaiki barnya yang dimusnahkan lelaki bangkai bernyawa tu.

"Aku ambik beras putih setengah kilo."

Beryl memasukkan beberapa cupak beras putih kedalam karung guni kecil. Sambil itu jari-jemarinya cuba mencuit dan menyembunyikan beberapa butir beras merah dan beras hitam di sebalik tapak tangannya.

Err...alamak.. berapa butir ye? 2 butir beras putih. Merah 7 butir atau 4 butir? Ke hitam yang 7 butir? Lupa pulak. Kalau ambil banyak-banyak nanti perasan pulak.

Pak!

Si gadis menampar perlahan tangan Beryl. Berterabur beberapa butir beras dari telapak tangan si pencuri tidak berbakat.

"Tuan buat apa? Sila ambil karung guni yang lain untuk jenis beras yang lain. Tak boleh campur. Macam mana saya nak kira nanti."

Si penjual mula terasa bengang.

Beryl memutarkan bola matanya. Terasa jelik. Pandangan matanya langsung tidak beralih.

Mentang-mentanglah aku kacak.

"Kenapa mahal sangat?"

Beryl bertanya sekali lagi.

"Beras saya berkualiti tinggi. Lagipun sekarang musim sejuk, jadi harganya tinggi sedikit."

Ujar si gadis penjual beras sambil tersenyum manis menampakkan barisan pendakap giginya. Hati pelanggan tetap harus dijaga. Lebih-lebih lagi yang kacak bergaya.

Beryl merengus.

Melampau. Harganya tinggi sedikit? Kepala bana kau. Harga melambung tiga kali ganda. Mentang-mentanglah musim sejuk ni perniagaan beras lain tutup. Ambil kesempatan betul.

"Aku suka perempuan berpendirian tetap."

Puji Beryl langsung tidak ikhlas. Bagaimana pula dengan teknik mengurat? Boleh dapat murah tak?

Si gadis tersentak. Wajahnya mula kemerahan.
Biar betul? Lelaki sekacak dia terpaut pada dirinya?

"Tuan ke sini nak beli beras atau-"

"Rasanya kalau tengok wajah gadis secomel ni dah boleh kenyang.Sampai musim bunga pun boleh tampung."

Haihh..untung betul dilahirkan kacak. Senang nak pancing perempuan.

"Ja-jangan mengarut.."

Si gadis penjual beras kian berdebar. Rasanya ini kali pertama dirinya dipuji oleh seorang lelaki. Bukan sebarang lelaki. Lelaki kacak pulak tu.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now