070 ❃ CUBAAN MENGURAT BERYL

1.2K 160 85
                                    

"BERHENTI!!!"

Jeritan Grisha bergema di ruang udara.

"TURUNKAN AKUUUUUU!!"

Suasana yang sepi habis musnah dek suara bunian bermata merah.

"MANUSIA BODOHHHHH!!!"

Terlalu kuat suaranya. Silap-silap boleh mengundang salji runtuh

"KAU CELAKAAA!!"

"AKU AKAN BUNUH KAU!!"

Beryl membuat muka meluat.

"TAK GUNA!!!"

"TURUNKAN AKU!"

"MANUSIA BODOH!"

Grisha mula menumbuk-numbuk dada Beryl.

"GILA!"

"BODOHHHHH!"

"TURUHKAN AKU SEKARANGGGG!!"

"Oi, perempuan kau tau diam tak?" 

Beryl berkerut-kerut menahan pekikkan wanita bunian itu. Baru dukung! Tak sempat pun melangkah!

Grisha terdiam.

Bising! Terpekik lolong! Cium nanti baru tahu. Beryl tersenyum nakal.

Ya, panggilan perempuan itu telah buat dia terdiam.

Bukan apa. Seumur hidupnya semua yang mengenalinya menggelarnya jantan!

Tapi manusia ni .. manusia ini telah memanggilnya dengan panggilan perempuan ....

Adakah dia tidak menganggap aku jantan?

"Tau pun diam.."

 Perlahan-lahan Beryl menurunkan Grisha. Kalau ikutkan hati nak je campak. Timbuskan dengan salji. Baru puas hati.

Boleh pekak telinga Beryl dibuatnya.

Grisha memalingkan wajahnya. Rona merah mula memenuhi wajah gadis bunian yang angkuh.

Cuba dia untuk melangkah.
Wajah Grisha berkerut menahan sakit.

Namun, langkahnya terkaku. Bisa datang menyerang.

Sakitnya kakinya terkehel.

"Tak payalah beriya-riya sangat nak berambus. Rehatkanlah kaki tu dulu." 

Beryl sempat menyindir Grisha. Benci sangat sampaikan kaki sakit pun tak peduli nak rawat.

"Diam. Aku tidak perlukan pendapat kau." Grisha merengus.

"Perlu atau tidak... kau kena rawat jugak. Kalau tak macam mana nak berambus pergi?"

 Beryl kekal tersenyum. Haiihh..seronoknya membalas dendam.

Grisha geram. Sakit hatinya tak mampu nak melawan. Ada benar kata-kata manusia bodoh ni.

Terus dia duduk di atas bangku berhampiran.

Beryl hanya sekadar mengekori.

"Apa lagi manusia?"

 Mata merah Grisha merenung tajam pandangan mata Beryl. Beryl tersenyum sinis sejak tadi. Seolah-olah sedang meraikan kemenangan dan Grisha pula sedang menanggung kekalahan. 

"Sekiranya aku tidak mampu untuk berambus pergi... kau berambuslah.." 

Grisha memberi arahan.

Beryl hanya sekadar menjongketkan keningnya. Luar biasa betul betina ni punya baran.

"Tolonglah jangan ingat aku nak ikut cakap kau."

 Beryl perlahan-lahan melutut di hadapan Grisha.

Grisha tergamam.

Kaki Grisha dipegang perlahan. Sebelah kasut but kulit wanita itu dibuka.

"Alihkan tangan kau.." 

Grisha bersuara mendatar. Nafasnya mula kencang. Jantungnya berdegup kencang dan ligat.

Beryl hanya mengabaikan. Kain pembalut yang dibawanya dikeluarkan dan perlahan-lahan dia ingin membalut kaki wanita bunian tu.

Terasa tenang pula ada seorang lelaki memberikan perhatian sepenuhnya kepada dirinya.

"Manusia..." 

Suara Grisha berbisik perlahan.

"Apa?"

"Bukan kaki kanan. Tapi kaki kiri." 

Grisha memberitahu. Tak sampai hati pulak nak marah atas perbuatan mulia Beryl.

Beryl menjongketkan keningnya.

"Alamak salah kaki ke?"

 Beryl menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malunya

"Kau bodoh.." 

Grisha bersuara dalam nada tenang. Wajahnya dipalingkan. Entah kenapa kemarahannya tiba-tiba lenyap. Grisha pasti kini wajahnya sudah bertukar warna. Semerah warna matanya.

Barangkali hatinya sudah mula terbuka untuk menerima kehadiran Beryl?

"Lantaklah.. aku bukan tau pun nak balut. Kau ingat balut semata boleh hilang bengkak?" 

Ujar Beryl bersahaja. Kain pembalut dileraikan.

"Apa? Jadi apa yang kau cuba buat?"

Grisha berkerut seribu mula tidak puas hati.

"Aku nak mengurat kaulah." 

Jawab Beryl selamba.

***You have to follow me and add this book in your library in order to read the rest of next chapters

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***You have to follow me and add this book in your library in order to read the rest of next chapters. Thank you.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now