137 ❃ RANTAI SISIK DUYUNG

671 111 74
                                    

Kita pernah berjumpa ke?

Baiklah.

Itu soalan maut!

Kita pernah berjumpa ke?

Oh! Tolonglah!

Kita pernah berjumpa ke?

Mestilah pernah gila! Tapi Ignace tidak boleh tau!

Baiklah Ignace. Rasa macam nak campak sahaja kau keluar daripada kereta api ini. Tidurlah kau atas landasan kereta api
! Selamanya!

Ataupun hentak kepala kau dengan mana-mana besi keluli. Moga kau akan hilang ingatan. Selamanya!

"Stesen Kerajaan Uldorin!"

Laungan daripada konduktor kereta api kedengaran bergema dengan lantang. Inilah peluangnya!

"Yay! Dah tiba!"

Sylvyen menjerit riang dan lantas berlari keluar! Kononnya teruja.

"Nah! Buku kau!"

Beverly menekapkan buku ilmiah milik Ignace pada dada lelaki itu dan terus berlalu pergi sepantas kilat. Terkial-kial lelaki itu mengambil semula bukunya itu.

Ignace menghembuskan keluhan. Pernah berjumpa ke dengan mereka? Entahlah. Perasaan sahaja kot. Abaikan sahajalah.

🍎

Di tengah-tengah kota ternyata begitu sepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di tengah-tengah kota ternyata begitu sepi. Seorang penghuni pun tidak kelihatan.

"Mana festival dunyungnya?"

Beverly memeluk tubuh di tengah-tengah pekan Uldorin yang sepi. Pandangan matanya melilau. Ya, pekan ini sepi. Ternyata sepi.

Sejuk terasa mengigit-gigit tulang apabila ribut salji seakan-akan bakal melanda.

"Musim sejuk rasanya bukanlah musim yang sesuai untuk pamerkan ikan duyung."

Sylvyen turut memeluk tubuhnya. Nafas dingin dihembuskan. Kenapa tak terfikir daripada tadi? Minda gopoh dan terdesak.

"Lagipun, siapa yang begitu bodoh akan keluar waktu ribut salji macam ni?"

Beverly mula merungut.

"Aku rasa ada yang tersalah tengok tarikh."

Ignace mengemukakan pendapatnya sambil menyilangkan tangan di dada.

"Mana notis itu?"

Sylvyen berbisik perlahan.

"Mana aku tau."

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now