063 ❃ KONFLIK ANTARA BUNIAN

1.2K 175 49
                                    

Seorang lelaki menapak keluar daripada stesen kereta api Eplé. Berambut gelap dipenuhi dengan hiasan manik. Kelihatan begitu berselirat. Bertelinga runcing dihiasai gelinga yang berjuntai-juntai serta berkilauan.

Sah! Bunian kolot daripada lubok dunia.

Kehadirannya di situ ditemani oleh seorang wanita bunian.

"Jadi berpuluh-puluh tahun selama ini, Sylvan hanya sekadar menetap di sini?"

Dagunya diusap perlahan.
Jelas kedengaran dialek baku buniannya.

"Mungkin..."

Wanita bunian bermata merah hanya sekadar memutarkan bola matanya. 

"Aku benci tempat ini."

Wanita bunian itu merungut.

"Tunjukkan aku arah. Cepat! Aku ingin mengheret Sylvan pulang ke Anril."

Lelaki bunian itu memberi arahan.

"Harap-harap aku mampu ingat selok-beloknya.."

Sylvan membuntangkan matanya. Kepala otak! Beryl masih tidak melapor diri! Lupa yang dirinya sekarang merupakan sebahagian daripada Rosamund?!

Rosamund yang tidak berdaftar secara sah. 😛

"Beryl!"

Pintu bar kecil itu dihempas kuat Sylvan! Loceng yang tergantung pada pintu bertalu-talu kedengaran.

Semua mata pelanggan yang hadir memandang Sylvan.

Bertambah terbeliak biji mata Sylvan. Beryl membuka perniagaannya saat khidmatnya sebagai rosamund diperlukan?!

"Sylvan.. marilah minum! Aku belanja."

Beryl melambaikan tangannya sambil tersenyum menampakkan giginya.

Sylvan hanya sekadar menghembuskan keluhan. Dia melangkah laju menuju ke arah kaunter bar.

"Wine? Whiskey? Absinthe? Cider?"

Beryl mempelawa Sylvan. Asap paip rokok dihembuskan pada wajah Sylvan.

Biadab.

"Beryl.... sila ikut aku sekarang. Kita ada tugasan lain."

Sylvan merenung tajam pandangan mata Sylvan.

"Pelanggan aku masih ada."

Beryl khusyuk menggilap gelas kacanya sehingga berkilauan.

"Tutup bar kau sekarang..."

Sylvan menggertak.

"Mana boleh.... mereka pelanggan tetap aku..."

Beryl  bersikap acuh tak acuh.

"Dalam kiraan tiga.... atau aku akan gunakan kekerasan."

Sylvan tersenyum.

Beryl memutarkan bola matanya.

"Yelah..yelah.. nanti aku datang. Kau geraklah dulu."

Beryl terpaksa mengalah. Sylvan kalau mengugut melampau.

"Terima kasih."

Sylvan tersenyum dengan manis lantas bunian itu melangkah keluar.

Beryl berjaya menghalau semua pelanggan-pelanggannya. Bukan halau biasa-biasa akan tetapi setiap daripada mereka dihadiahkan sebotol minuman wine merah sebagai tanda minta maaf.

Tak guna. Rugi betul. Tapi tak apa. Itu semua masuk dalam senarai hutang Sylvan.

Beryl menggigit paip rokok. Tangannya mengunci pintu utama bar kecil Yyscadtobleron.

Sambil mengorak langkah, Beryl menyarungkan kot musim sejuk pada tubuhnya.

Beryl menikmati perjalanannya ke bangunan Rosamund pada malam yang sepi serta indah itu.

Asap paip rokok dihembuskan.

Lelaki berambut merah itu sedang berfikir.

Entah kenapa sejak dua menjak ni Beryl terasa jelik dan jemu ingin meneruskan rutin hariannya. Ya, ternyata jemu.

Rutin yang sama seringkali berputar.

Mungkin tiba masanya Beryl mulakan hidup yang baru.

Ya, hidup yang baru....

Sebuah rutin yang ternyata berbeza.

Mungkin ini masanya untuk berumah tangga????

Beryl tersenyum sinis sendirian.

Tak guna. Sejak bila Beryl mengimpikan semua ini? Lelaki berambut merah itu mempersoalkan soal perasaannya sendiri.

Gila.

Semuanya bermula sejak kemunculan wanita bunian itu. Kemunculannya hanya pada satu hari namun telah memberi kesan yang mendalam buat Beryl.

Mabuk betul.

Sejak peristiwa itu, Beryl tidak henti-henti memikirkan tentang dia.

Wanita bunian itu.

Kenapa ya?

"Aku rasa... aku cintakan dia.."

Beryl berbisik perlahan seraya menghembuskan asap rokok melalui tepi bibirnya.

"Bangang ..."

Beryl menjuihkan bibirnya. Ini permainan perasaan. Mungkin perasaan cinta ini adalah spekulasi kepada perasaan aneh ini.

"Benci betul perasaan bodoh ni."

Beryl tidak henti-henti merungut.

"Mengganggu betul!"

Macam mana nak sahihkan perasaan pelik ini? Nak tau sama ada ia adalah benar-benar cinta... ataupun sekadar PERASAN!

"Oh, Takdir... tolonglah jawab soalan aku. Seandainya ini adalah cinta..kau temukanlah aku dengan dia pada hari ini jugak! Sekiranya tak .. Tak payah!"

Beryl tersenyum seperti kerang busuk. Cuba menafikan perasaannya dengan permainan kolotny berserta dengan doa merepeknya pada Takdir.

Tak jumpa.. Bermakna ini bukan cinta. Tapi hanya PERASAN.

Beryl tersenyum puas.

Langkahnya laju belok ke kiri dan.

GEDEBUKKK!!!

Tubuh Beryl berlaga dengan seseorang!

Si pihak yang berlaga hilang keseimbangan badan.

Sempat Beryl menarik lengannya.

Lengan seorang wanita.

Wanita bunian..

Bunian berambut hitam berkilauan.

Bunian bermata merah yang memukau.

Pandangan matanya merenung wajah Beryl.

Maka terjatuhlah paip rokok daripada hujung bibir manusia itu.

Ini bukan mimpi..

Adakah Takdir telah menjawab soalannya? ♥

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora