076 ❃ ARVIUS BERIKANKU NYAWA

1K 134 6
                                    

"FERNANDD!!!"

Arvius merentap keluar pisau daripada dada Fernand.
Pisau yang disaluti darah itu dilemparkan!

Fernand tersentak!

Selimut yang kotor dengan kesan darah direntap dan dialihkan daripada tubuh Fernand.

"Apa kau cuba buat gila?!"

Arvius merentap kolar baju Fernand! Wajah Fernand dirapatkan pada wajahnya.

Jantung Fernand berdegup kencang. Arvius sedang memarahinya? Sungguh jelas di hadapan matanya?

Dan kenapa? Kenapa dirinya masih bernafas? Darah sudah banyak mengalir keluar. Namun, namun...

Apa yang sedang berlaku..?

Bukankah sepatutnya dia akan rebah pengsan? Ataupun lebih patut mati sahaja.

"Apa yang kau fikirkan Fernand?! Jawab!"

Arvius mengherdik.

"Aku..aku.. aku masih hidup?"

Terketar-ketar suara Fernand mengutarakan soalan.

"Apa maksud kau masih hidup? Kau cuba nak bunuh diri?"

Dahi Arvius berkerut. Wajahnya bertukar menjadi lebih bengis.

"Aku tak nak hidup...."

Tanpa rasa sedikit pun gentar dan bersalah Fernand membuat pengakuan. Mata merahnya merenung dalam pandangan mata Arvius yang tajam merenung wajahnya.

Darah pekat masih mengalir keluar daripada dadanya.

"Fernand.. jangan sia-siakan usaha aku untuk hidupkan kau."

Arvius berbisik geram.

Fernand terpinga-pinga.

"Dengar sini Fernand... kau tak boleh mati. Aku telah berikan kau nyawa dengan kuasa sihir aku."

Arvius menghembuskan keluhan. Cuba untuk menenangkan dirinya. Kolar baju Fernand yang digenggam dileraikan.

"Aku tak boleh mati? Aku tak nak hidup!"

Fernand meninggikan suaranya.

"Diam Fernand! Kau sepatutnya hargai peluang yang ada ni untuk terus hidup! Kau nyaris mati! Dan kau sepatutnya mati! Tapi aku dah korbankan tenaga aku untuk berikan kau nyawa! Jangan kau berani nak cuba bunuh diri kau lagi!"

Arvius kembali meradang. Suaranya tinggi mengherdik.

Untuk seketika Fernand terdiam.

"... Tak ada siapa hargai kelahiran aku.."

Fernand meneguk air liur. Rasa sebak kian menular pada jantungnya.

"Aku dan Marira hargai kau.."

Fernand tertunduk.

"Tolong bertenang Fernand.. dunia memang kejam..Tapi kau tak boleh menyerah kalah."

Arvius kemudian berdiri.

Fernand masih tertunduk.

"Aku ambil pembalut luka.."

Arvius melangkah kelusr dari ruang kamar itu.

"Kau sepatutnya biarkan aku mati..
Hidup ni menyeksakan."

Fernand berbisik perlahan.

Fernand membuka matanya. Langit yang gelap berhamparkan taburan bintang berkilauan menjadi Tatapan mata.

Suasana yang sunyi dipecahkan dengan bunyi percikkan kayu api kedengaran jelas.

Tenang sahaja suasana.

Dingin musim sejuk mencengkam tulang.

Fernand kini sudah kembali terjaga daripada igauan kenangan lalu.

Dhak lena di sisinya.

Fernand mengeluh.

Macam mana boleh mimpikan kisah lalu ni?

Menganggu betul.

Fernand menghembuskan keluhan.

"Aku patut cari orang yang boleh bunuh akulah..."

Fernand ketawa kecil.

Bukan sekarang.

Tetapi selepas bertemu Marira.

Sekejap!

Fernand berkerut seribu.

Berusaha mengimbau kembali kenangan lalu.

Aku nyaris mati dan dihidupkan ?

Atau aku sememangnya dah mampus dan dihidupkan semula oleh Arvius?

Aduhai! Satu persoalan dah timbul.

Celaka kau Arvius. Menyusahkan hidup aku je.

Hidupkan aku dan menyusahkan aku!

Tak guna. Penyihir gila.

Tapi tak apa.

Sekurang-kurangnya Arvius pun dah mampus.

Padan muka.

Fernand menghembuskan keluhan sekali lagi. Dalam sehari entah berapa kali dia mengeluh.

Bila nak pagi ni? Bosannya menunggu.

Fernand kembali memejamkan matanya. Cuba memaksa dirinya untuk tidur kembali.

Esok pagi hidup . Fikir macam mana nak mampus.

Mana tak gila?

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now