089 ❃ MAAFKAN AKU MARIRA

812 125 28
                                    

*SILA DENGAR LAGU DI ATAS UNTUK LEBIH PENGHAYATAN*

Kabus putih mula bertukar hitam. Lutut Fernand mula terasa terketar-ketar.

Bayangan hitam membentuk tubuh manusia mula kelihatan. Pandangan mata merah Fernand mula berkaca-kaca. Dadanya semakin sebak.

Marira...

Bertenang Fernand....bertenang...semuanya akan berakhir.. Hati Fernand berbelah bahagi. Namun, sudah terlewat untuk berundur.

Ribut kian menghilang.

Bayangan lembaga bediri di atas medan sihir semakin jelas kelihatan.

Perlahan-lahan lutut Fernand menyentuh tanah. Fernand mengigit bibirnya. Berusaha untuk mengawal dirinya.
Kawal perasaannya.

Luahkan segalanya. Luahkan segalanya..

Fernand kekal menundukkan pandangan wajahnya. Salji pada tanah digenggam.

Suasana semakin sepi. Jelas terasa kedinginan malam mengigit-gigit kulitnya.

Nafas seseorang mula kedengaran...

Nafas Fernand...

Dan juga nafas seseorang...

Fernand tak sanggup untuk mengangkat kepalanya.

"Marira......."

Pandangan mata biru seseorang merenung Fernand dengan pandangan kosong.

Ya,dia telah hadir. Fernand dapat rasakan kehadirannya.

"Maafkan aku Marira kerana seru kau.... Aku cuma .."

Nafas Fernand tercungap-cungap.

Jasad yang baru tiba dari dunia ghaib kekal berdiri merenung Fernand.

"Aku...aku cuma nak beritahu...segala apa yang berlaku bukan salah aku Marira.. Bukan aku yang berniat untuk bunuh kandungan kau...bukan aku yang bunuh suami kau... aku mengaku aku cemburu tapi...tapi itu bukan aku yang buat......."

Fernand meneguk air liur. Perasaan sebak berusaha di tahan. Namun semuanya harus diluahkan.

"Ya, aku marah dan tersinggung sebab kau percaya pada tuduhan tu semua...Ya... Aku telah merosakkan kediaman kau tanpa sengaja...aku mengaku ...cuma masa tu aku tak mampu kawal perasaan aku.. Aku sedar aku hina...aku amalkan sihir kegelapan... Kuasa sihir aku tak mampu kawal saat aku marah..aku tak sengaja musnahkan harta-benda kau. Tapi aku tak bunuh sesiapa... Aku tak bunuh suami kau..aku bukan dalang kepada keguguran anak kau... Aku tak cuba untuk bunuh anak kau..."

Air mata Fernand menitis jatuh di atas salji. Bunyi nafas mereka berdua jelas kedengaran. Lelaki bermata merah meneguk air liur.

"Ya, aku marah kau...kenapa kau lebih percaya kan Arvius? Aku sangat terkilan..Arvius yang lakukan semua tu...bukan aku Marira..bukan aku...tapi Arvius...Arvius yang buat."

Seluruh tubuh Fernand kian mengigil menahan sebak. Tangannya terasa lemah.

"Marira....maafkan aku sebab terpaksa buat kau dengar semua ni Marira....aku tak sanggup nak seru kau Marira...aku tau kau akan terseksa Marira.."

Perlahan-lahan kepala Fernand menyentuh tanah bersalji. Tangannya menggenggam salji erat.

Air mata semakin deras mengalir.

"Cuma...aku perlukan kemaafan daripada kau Marira.. Aku perlukan maaf daripada kau Marira... Tolong maafkan aku...."

Dalam keadaan yang penuh hina Fernand memohon kemaafan.

"Kalau kau tak maafkan aku Marira...aku akan terus dikuasai dengan sumpahan ni. Sumpahan mata merah... Sumpahan ke atas manusia bermata merah yang hina.. Aku tak nak hidup yang abadi...aku tak nak kuasa sumpahan ni... Aku tak rela...maafkan aku Marira....tolong maafkan aku. Hanya dengan maaf daripada kau sumpahan ini akan berakhir...."

🍎

Hanya dengan maaf daripada Marira kuasa sumpahan aku akan lenyap. Sumpahan yang telah dikenakan oleh Arvius. Arvius telah berikan aku nyawa. Nyawa yang kekal abadi. Arvius lakukan semua ini kerana cuba ingin memenangi hati Marira.

Arvius cintakan Marira. Bukan cinta...tapi gilakan Marira.

Setelah dia tahu bahawa Marira telah berkahwin dengan seorang lelaki Rosamund, Arvius mula hilang kawalan. Dalam diam dia telah bunuh suami Marira... Kandungan Marira sudah gugur...malahan dia cuba untuk membunuh anak Marira.

Apabila Marira menyedari akan hakikat bahawa anak gadisnya terancam... Aku telah dituduh Arvius..

Aku tau Arvius cuba lakukan sesuatu tidak baik terhadap anak kecilnya.

Aku cuba selamatkannya. Malangnya aku telah terperangkap dengan helah Arvius.

Aku telah dituduh. Aku dicemuh oleh Marira. Dihamun.. Aku naik gila. Semakin aku cuba selamatkan dia dan anaknya semakin aku diragui dan dibenci.

Kisah lalu aku terlalu merumitkan.

Aku akhirnya telah bunuh semuanya. Kuasa gelapan yang aku miliki tanpa rela menguasai jiwa aku....aku bunuh Arvius. Aku secara tak sengaja telah bunuh Marira.....

Aku menyerah diri pada pihak Rosamund. Aku dipenjarakan atas kesalahan yang aku tak lakukan. Aku semakin gila. Aku mengaku segala yang aku tak lakukan.

Jiwa aku terseksa apabila aku dapat tau aku memiliki keabadian dan hanya dengan maaf dari Marira sahaja mampu hapuskan sumpahan aku ni.

Kerana itu aku terpaksa menyeru Marira....

Memohon maaf darinya. Setelah itu aku akan kembalikan Marira ke alam roh..

🍎

"Maafkan aku Marira...."

Fernand masih dalam keadaan bersujud pada tanah bersalji.

"Teruskan bersujud pada aku manusia kotor..."

Suara garau seorang lelaki berbisik perlahan.

Fernand tersentak. Sebelum sempat dia mengangkat wajahnya..kepalanya sudah pun dipijak dengan kuat.

"Ucapkan selamat pulang kepada Arvius...."

🍅

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍅

Hi guys... I forced myself to update. Hope u guys enjoy this chapter. Camne setakat ni? Was it surprising?????  Well,what ever it is.....

Happy reading guys.

The Powerless,
saptember

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now