138 ❃ AIR MATA DAN DARAH

780 119 59
                                    

Sylvyen tertunduk menahan malu. Telinga runcingya terasa hangat yang melampau. Nasib baiklah tak sempat menggedik. Baru sahaja dirinya ingin gunakan kuasa kecomelannya bagi mempergunakan Ignace namun Ignace telahpun bertindak terlebih dahulu menawarkan pertolongan.

Wajah Beverly jelas mempamerkan ekspresi bengang.Celaka betul. Menyesal sungguh dirinya menggedik di hadapan Ignace. Paling menyesal dia tak humbankan Ignace di landasan kereta api. Atau sekurang-kurangnya hantuk kepala Ignace Rainault dengan apa-apa besi. Baru puas hati. Tapi, macamlah dirinya mampu.

Nak salahkan siapa?

Salahkan Sylvan! Si bunian bodoh!

Kata Ignace kalau bukan kerana si Sylvyen kerap-kali menyebut nama Beryl, Ignace tidak akan perasan.

Beryl, mana notis tadi.

Beryl, janga merungut.

Beryl, jangan lupa.

Beryl, jangan putus asa.

Beryl, jangan main-main.

Beryl, jangan itu. Beryl jangan ini.

Beryl! Beryl! Beryl!

Urgh! Rasa macam nak sula sahaja mulut si Sylvyenoryn ni dengan mana-mana pedang.

Beverly menghembuskan keluhan dengan kasar.
Tak apalah. Sekurang-kurangnya Ignace akan mencari lebihan bahan tersebut.

🍎

Beverly, Sylvyen dan Ignace menapak turun di stesen kereta api Eplé. Sepanjang perjalanan mereka bertiga hanya berdiam diri sahaja. Adalah sedikit perbualan berkenaan permansuhan sihir pertukaran jantina.
Namun, perbualan tidaklah serancak sewaktu perjalanan ke Uldorin tadi.

"Beryl. Sylvan."

Ignace menepuk bahu mereka mereka berdua.

Mereka berdua menoleh menghadap Ignace bersama wajah yang masih kemerahan. Malu bercampur bengang.

"Atau...patut ke aku panggil korang Sylvyen dan Beverly buat masa ni?"

Ignace beseleroh.

"Ha.ha. Lawaklah sangat."

Beverly memutarkan bola matanya.

"Mana-mana sahaja."

Sylvyen tersenyum seperti kerang busuk.

"Aku ada benda penting nak beritahu korang."

Ignace menyilangkan tangan di dada.

Dua orang gadis menumpukan perhatian pada Ignace Rainault. Ye, dua orang 'gadis'.

"Lelaki dari alam roh tu, dia dah mula berkeliaran. Tapi tak secara sepenuhnya. Hanya melalui mimpi.Itu tanda yang tak baik."

Ignace memberitahu.

"Baguslah, satu bijik peluru pun susah nak hasilkan. Sekarang dia dah mula bangkit."

Beverly menghembuskan keluhan.

"Jangan risau. Peluru tu aku boleh siapkan secepat mungkin. Dua bahan tu aku boleh dapatkan. Empat bahan asas memang dah ada. Jangan risau. Cuma sebagai langkah berjaga-jaga siapakan peluru garam sebanyak yang mungkin."

Ignace menghembuskan nafas dan mengalihkan pandangan matanya pada tanah bersalji.

Entah kenapa Ignace kelihatan begitu resah dan gelisah.

Beverly dan Sylvyen hanya sekadar menanti bait kata daripada pemuda berambut emas itu.

Wap dingin kelihatan berkepul-kepul keluar di hujung bibir mereka bertiga. Salji hanya tenang sahaja turun menyentuh tanah.

"Arvius. Nama lelaki tu Arvius. Dia cuba hidupkan seseorang. Satu jasad akan dijadikan bekas untuk roh yang bakal diserunya. Itu matlamat utama dia."

"Kau tahu siapa Arvius?"

Dahi Beverly berkerut merenung wajah Ignace.

"Tak. Aku tak pernah tau siapa dia."

"Jadi? Macam mana kau boleh tau?"

Tanya Beverly lagi.

"Urm...sejujurnya dia cuba bunuh aku. Jadi erm..ketika itu aku berjaya korek rahsia dia. Ya, dia muncul di alam mimpi aku. Mujur aku dapat selamatkan diri aku."

Sebahagian daripada kata-kata Ignace adalah dusta. Acantha yang telah beritahu dirinya tentang Arvius.Namun, tidak akan sesekali dia mendedahkan rahsia dirinya dengan Acantha terhadap sesiapa.

Beverly berkerut dan terangguk-angguk. Macam ada sesuatu yang mencurigakan namun gadis berambut merah itu tidak mampu terjemahkan dalam bentuk kata-kata.

"Baiklah, kita sudah kehabisan masa. Dalam berapa hari kau boleh siapkan peluru itu?"

Sylvyen bertanya.

"Err...mungkin dua atau tiga hari? Aku cuba siapakan secepat mungkin."

Ignace menggosok batang hidungnya dengan jari telunjuk. Agak ragu-ragu dengan jawapannya.

"Bagus, kami terhutang budi dengan kau."

Beverly menepuk-nepuk bahu Ignace Rainault.

"Baiklah, Beryl! Sementara Ignace siapkan perluru tu kita akan dapatkan jasad kita semula."

Sylvyen bersemangat.

"Ingat Ignace! Pastikan siapakan peluru tu atau kau akan rasa penangan Beryl. Sebab tak lama lagi Beverly akan pergi."

Beverly berseleroh dan ketawa besar.

"Buat kali terakhir tolonglah jangan ketawa macam tu."

Sylvyen menumbuk bahu Beverly.

Ignace hanya sekadar tersenyum.

"Baiklah, pergi dulu Ignace."

Sylvyen meminta diri.

"Aku bagi kau masa tiga hari untuk siapkan Ignace Rainault. Tiga hari."

Beverly memberi arahan sambil menepuk-nepuk bahu Ignace.

"Dapatkan jasad kau dulu sebelum mengarah aku."

Ignace tertawa. Banyak mengarah betul betina ni.

"Baiklah, tak ada masalah. Jumpa lagi"

Ujar Beverly sambil menjongketkan keningnya seraya itu dirinya terus melangkah pergi mengiringi sahabat gadis buniannya Sylvyen.

Ignace hanya kekal berdiri di situ merenung mereka berlalu pergi. Senyuman manis yang terukir di bibirnya perlahan-lahan terhakis.

Tiga hari?

36 jam?

Mampukah dirinya manfaatkan masa sebaiknya?

Tidak.

Masa yang perlu diambil tidak akan menjadi sebegitu lama. Semuanya mampu dilangsaikan dalam sekelip mata.

Air mata yang meratapi pemergian.

Titisan darah manusia yang berduka.

Ignace sudahpun memilikinya malah sentiasa memilikinya.

Semuanya kerana pemergian gadis yang amat dirinya kasih.

Acantha.

Acantha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now