128 ❃ PERSINGGAHAN DI BRYNMOR

801 120 80
                                    

"Semoga bersemadi dengan aman. Sesungguhnya di sana tiada titisan darah yang akan mengalir. Sesungguhnya di sana hanya wujud ketenangan. Terima kasih kepada seluruh keturunan mardyakhor yang telah mengurniakan ilmu membentuk dan mengawal debu genma buat bangsa djinn."

Perlahan-lahan Lakhan membuka matanya. Ucapan buat jasad harimau yang sudah dipusarakan dilafaz dalam bentuk bisikkan.

Makhluk yang bernyawa mati dibunuh buat bangsa manusia demi kulit berbulunya bagi dijadikan sebagai perhiasan alas kaki.

Hinanya makhluk lain. Dibunuh. Disiat kulitnya semata-mata untuk dijadikan alas kaki.

Daun-daun yang gugur sugguh tenang. Kerajaan Brynmor merupakan kerajaan kecil yang terbina di dalam hutan. Di Brynmor tidak bermusim. Hanya panas, hujan dan berangin sepanjang tahun.

Segala rumah kediaman dibina di dalam hutan sama ada di atas tanah mahupun di atas pohon. Di waktu malam diterangi dengan cahaya obor mahupun ratusan pelita minyak tanah yang tergantung di pokok-pokok.

Tidak lama lagi waktu malam akan menjelma. Para penghuni kerajaan Brynmor akan mula menyalakan pelita minyak tanah.

Dengan langkah yang tenang, berkaki ayam Lakhan mula memijak tanah menuju ke air terjun. Di situ dirinya ingin mendapatkan ketenangan.

🍎

"Bodoh, kenapa kita tiba di Kerajaan Brynmor? Adakah kau lakukan kesilapan?"

Sylvyen merungut. Pandangan mata Sylvyen meliar. Yang kelihatan cumalah penghuni Brynmor yang sibuk menyalakan lampu minyak tanah di kediaman  masing-masing.

Pak!

Beverly menepuk kepala Sylvyen.

"Berhenti cakap aku bodoh."

Sylvyen merengus.

"Hakikatnya kau memang bodoh. Kita sudah kesuntukan waktu dan kau bermain-main."

Gadis bunian memutarkan bola matanya.

Di Brynmor dua ekor sahabat tersebut tidak menyembunyikan lagi wajah mereka di sebalik kain kerudung. Siapa yang akan kenal mereka?

"Medan sihir aku buat tak silap. Ada djinn dekat sini."

Ujar Beverly penuh yakin.

"Oh, maafkan aku. Aku sangka kita akan terus menghadap djinn tersebut. Tak sangka pula medan sihir yang kau hasilkan tidak begitu hebat."

Dalam pada memohon maaf, Sylvyen sempat mengutuk Beverly.

"Aku lapar."

Beverly terus melangkah tanpa mempedulikan Sylvyen.

"Beryl! Kita perlu jejaki djinn tersebut. Aku khuatir sekiranya dia tinggalkan tempat ini. Kita tidak boleh berlengah lagi"

Sylvyen menarik jubah berkerudung Beverly.

"Sylvan..."

Dahi Beverly berkerut.

"Apa?"

Pandangan wajah Sylvyen turut berkerut merenung gadis berambut merah.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now