034 ❃ IRAMA BOTOL ARAK

1.5K 180 20
                                    

Ting..

...ting.. ting..tung. ..tung....

ting..tung..ting...tung...ting...ting...tung.
.tung...ting..ting..tung....tung....

Nymph ketawa kecil. Seronok! Nymph duduk berhadapan dengan Beryl di salah satu meja pelanggan. Disusunnya empat biji botol kaca tidak berpenutup yang mempunyai ketinggian air yang berbeza berhadapan dengan Beryl. Diketuknya dengan sudu sehingga menghasilkan bunyi.

Ting!

Setiap botol mengeluarkan ketinggan bunyi yang berbeza. Dan itu membuatkan Nymph seronok.

Oh,ya! Air vodka telah diganti dengan air suling. Beryl dipaksa oleh Nymph supaya mencuci botol-botol kaca tersebut dengan air sabun sehingga hilang bau alkohol. Nymph tak suka bau alkohol. Busuk! Beryl hanya menuruti kehendak Nymph. Dengan harapan Nymph akan berdiam.

Namun, ia seolah-olah tidak berhasil dan sia-sia.

Ting...ting..Ting! Tung...ting! Tung..ting..ting!!!

"Nymph sudah lama mahu bermain dengan ini!"

Nymph tersenyum sambil mengetuk-ngetuk botol kaca dengan sudu.

"Mainlah tapi mulut jangan bercakap."

Beryl menjeling Nymph.

"Baiklah!"

TIIIIIIINNNNNNGGGGG!

Serentak suara Nymph dan bunyi botol kaca kedengaran. Sengaja diketuk dengan kuat!

Beryl berdecit. Bingit telinga Beryl mendengarnya.

Beryl kemudian meneliti kertas kosong itu kembali. Cuba menumpukan perhatian. Daripada tadi dirinya tidak tulis apa-apa. Baiklah Beryl. Tumpukan perhatian! Kuatkan semangat! Dan tulis! Ditulisnya sesuatu dengan pena dengan pantas.

Jawatan Kosong....

Akhirnya! Dapat juga Beryl tulis. Satu hembusan nafas lega dilepaskan.

"Beryllll~~"

ting..ting..tung....

"Apa?!"

Beryl terganggu. Baru sahaja lelaki itu ingin menumpukan perhatian. Nymph telahpun mengganggunya!

"Apa yang apa?"

Tanya Nymph selamba.

Ting..ting!

Gadis genit menjongketkan keningnya sambil tersenyum.

"Kau panggil aku tadi. Apahal?"

Beryl membuat muka meluat.

"Nymph menyanyi. Bukan panggil Beryl. Perasan."

Lidahnya dijelirkan.

Ting..ting.. ting..tung....

Diketuk botol air cider mengikut irama.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now