049 ❃ DHAK SEPARUH JADIAN

1.3K 166 2
                                    

Beryl menghembuskan nafas lega.

"Sekarang aku nak balik!"

"Apa ni Beryl! Kau mahu pulang begitu sahaja?"

Sylvan tidak puas hati.

"Apahal?"

"Kau lihat sendiri! Vrykolakas ni berkecai! Darah tersembur! Uruskan bangkainya. Kau sepatutnya kawal tahap kuasa kau. Bersihkan sekarang."

Sylvan membebel.

Beryl menjongketkan keningnya.

"Kau cuba mengarah aku ke?"

Ujar Beryl acuh tak acuh.

"Atas arahan Rosamund!"

Sylvan bernada tegas.

Beryl ketawa sinis. Terasa lucu pula.

"Itu bukan tugas Rosamund ke?"

"Kau bunuh dia bukan? Uruskanlah! Tolong bertanggungjawab!"

Sylvan berdalih.

"Aku tak sengaja bunuh dia..."

"Beryl! Jangan bantah!"

"Apa?"

Beryl berpura-pura tanya.

"Aku kata uruskan dia..."

"Sylvan..."

Beryl menjeling bangkai Vrykolakas yang sudahpun berkecai itu.

"Apa?"

Sylvan tidak puas hati.

"Dia dah mati kan?"

Beryl melirik matanya pada Sylvan.

"Ya. Sudah mati. Jadi?"

Sylvan mencebik. Beryl tanya soalan bodoh.

"Jadi, pergi mampuslah dia. Apa nak peduli lagi."

Beryl ketawa dan terus melangkah pergi.

"Beryl! Biadab betul Beryl ni! "

Sylvan mengomel.

"Sylvan.. Kau tak boleh paksa aku. Itu tugas Rosamund. Aku bukan Rosamund."

Beryl ketawa sinis. Dia tahu sebenarnya Sylvan malas.

"Kau sebenarnya malas kan?"

Sylvan terkedu lantas tersenyum seperti kerang busuk. Sah! DASAR PEMALAS!

"Kalau malas. Jum. Aku belanja minum."

Beryl memaut bahu Sylvan. Lega sikit selepas muntah.

"Kau patut cadangkan awal-awal."

"Jangan risaulah. Rosamund bukan seekor. Ada ramai kan?"

"Hmm..betul juga..Lagipun aku tidak bertugas hari ini."

🍻

Seekor anjing berbaka husky kelihatan berlumuran dengan darah. Barangkali dia tersesat. Tidak. Dia bukan tersesat. Dia ingin mencari tempat untuk berehat seketika.

Dia adalah Dhak. Dhak telah hilang keupayaan untuk menjadi separa manusia. Tak guna. Vrykolakas itu cuba mempermainkannya.

Saat kalungnya direntap, tubuhnya tiba-tiba berubah kepada rupa haiwannya. Ia sungguh menyeksakan.


Dhak meredah malam yang sepi diiringi dengan kesakitan yang dipikul. Bahagian perutnya berdarah teruk. Dicederakan oleh vrykolakas itu.

Bulunya yang gebu habis berlumuran dengan darah.

Ke mana dia harus pergi?

Dia tidak mahu kecewakan Fernand.

Dia tidak boleh pulang dalam keadaan begini.

Pandangan mata Dhak semakin kabur.

Rasanya musim luruh hampir tiba ke penghujung.

Angin dingin pasti akan mencengkam tubuhnya.

Dia kini menyusuli di bawah pagar kayu. Memasuki sebuah perkarangan rumah. Dia ingin menumpang berteduh. Mungkin hanya seketika. Sebelum pagi tiba.

Oh tidak.

Dhak tidak mampu bertahan.

Bau yang kurang enak tiba-tiba menyengat rongga pernafasannya.

Sebagai seekor anjing, bau yang dihidunya kini menjadi berpuluh kali ganda.

Bau yang cukup dibencinya.

Bau yang membuatkan dia menjadi tidak keruan.

Bau coklat.

Ini kawasan apa?

Kenapa bau coklat begitu kuat.

Dhak cuba ingin melangkah keluar.

Tidak tahan dengan bau yang cukup menyeksakan.

Coklat bagaikan dadah yang mengkhayalkan. Dhak tidak mahu mendekatinya.

Namun, Dhak tidak mampu untuk terus melangkah.

Akhirnya dia rebah.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now