054 ❃ SI GILA DAN SILUMAN

1.2K 163 27
                                    

"Kau tak gunalah Dhak... Macam mana kau boleh hilangkan kalung kau. Tak pasal-pasal aku hamun orang lain. Bini orang pulak tu."

Fernand merungut di sisi Dhak.

"Buat malu aku je.."

Dhak hanya duduk tegak berhadapan dengan Fernand.

Mereka berdua berada di puncak bukit stesen kereta api Eplè. Menanti kehadiran seseorang.

Ya, kereta api berwap sudah pun tiba.

Ramai orang berpusu-pusu keluar masuk daripada kereta api. Sehinggalah seorang lelaki menapak keluar. Berpakaian megah. Bermata biru memukau. Rambutnya keemasan. Sungguh bergaya.

Fernand menjuihkan bibirnya. Rasanya dia meluat. Tapi tak salah lagi. Dia adalah siluman yang dinanti-nantikan oleh Fernand.

Siluman adalah bangsa yang terkenal dengan ketidakwarasan mereka. Semua tahu semakin biul kepala otak siluman semakin kuat kuasa telekinesis yang mereka ada. Ya, siluman memiliki kuasa telekinisis kerana debu-debu genma menyelubungi kepala otak mereka. Mereka mampu mengawal pergerakkan sesuatu hanya dengan menggunakan minda mereka.

Tapi kenapa Fernand memanggilnya?

"Damascus Cletus Danae.."

Lelaki siluman itu memperkenalkan dirinya.
Tangannya dihulurkan.

"Boleh panggil aku Cletus."

Lelaki itu tersenyum saat memperkenalkan dirinya.

Fernand berdiri.  Tangannya disambut.

"Fernand.."

Ringkas sahaja Fernand memperkenalkan dirinya.

"Baiklah Fernand, kau ni siluman ke apa?"

Cletus menyilangkan kedua tangannya. Merenung mata merah milik Fernand. Siluman itu tertanya-tanya kerana majoriti bangsa siluman adalah bermata merah. Bangsa lain tak adalah sangat.

Fernand lantas menarik kerudungnya ke hadapan.

"Perlahankan suara kau. Kau tak tahu ke manusia benci dan  menindas orang bermata merah."

"Eh? Kenapa pulak?"

Cletus mengusap dagunya. Tertanya-tanya.

"Bermata merah dianggap membawa malapetaka dan nasib malang."

"Oh, ye ke? Aku lupa pulak manusia ni bangsa kolot dan bodoh."

Cletus terangguk-angguk.

"Aku manusia.."

Cletus tergamam seketika dan lantas tertawa.

"Maafkan aku. Harap-harap kau tak tergolong dalam spesis manusia bengab."

Selamba sahaja siluman itu mengkritik bangsa manusia.

Fernand memutarkan bola matanya. Terasa jelik pula dengan sikap berterus-terang Cletus. Tapi nak buat macam mana? Siluman kan?

"Baiklah Fernand. Bagaimana aku boleh bantu kau?"

Fernand kemudian berkalih pada Dhak yang kekal duduk setia di sisinya dari tadi.

Fernand kemudian berkalih pada Dhak yang kekal duduk setia di sisinya dari tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ini Dhak dan aku pewaris dia. Makhluk separa jadian yang dah hilangkan kalung genma dia."

Fernand memperkenalkan Dhak sekaligus menjelaskan tentang kecuaiannya. Diakhiri dengan satu hembusan keluhan.

"Jadi?"

Ujar Cletus acuh tak acuh

"Aku nak mintak tolong kau terjemahkan apa yang dia menyalak tak sudah-sudah."

Semua sedia maklum, siluman juga adalah bangsa yang dikurniakan kelebihan untuk memahami bahasa alam. Rata-rata bangsa siluman mampu bertutur dengan haiwan.

"Baiklah, tak jadi masalah. Aku boleh tolong."

"Baguslah macam tu. Kerja aku akan jadi lebih mudah. Aku perlukan maklumat daripada Dhak."

"Tapi jangan lupa ya?"

Cletus tersenyum.

"Lupa? Lupa apa?" Fernand berkerut.

"Setiap penjelasan akan dikenakan bayaran tau."

Fernand tersentak.

"Apa? Bukan bayaran 100 emas ke?"

"Itu untuk tambang aku ke sini."

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now