060 ❃ UPACARA SIHIR LARANGAN

1.2K 164 32
                                    

SEBULAN KEMUDIAN

Dia yang sudah sekian lama lena akan bangkit dari alam mimpi.

Alam mimpi yang bagaikan nyata akan lenyap.

Upacara sihir larangan kini boleh dilaksanakan.

Musim sejuk kini sudah berkunjung tiba di Daerah Eplé.

Dan kini semuanya sudah lengkap.

Syarat-syarat bagi menyeru si mati kini sudah mencukupi.

Cuma hanya tinggal adalah menghitung hari.

Sebaik sahaja tiga hari selepas salji menyentuh tanah Eplè, apa yag perlu dilakukan adalah...

titiskan darah di atas medan sihir.

Sembilan hari kemudian, titiskan pula darah yang dilarutkan dengan salji. Salji yang belum lagi menyentuh tanah di atas medan sihir.

Tiga belas hari berikutnya pula, titiskan darah yang dilarutkan dengan salji bersama-sama titisan air mata di atas medan sihir.

Maka akan bangkitlah dia yang sudah mati

Bangkit bersama-sama satu nafas yang baru.

Fernand melangkah keluar dari pintu belakang rumahnya.

Malam yang sepi.

Kepulan wap tidak henti-henti keluar dari hujung mulutnya.

Salji mula memenuhi tanah Eplé.

Musim sejuk.

Dinginnya mencengkam tulang.

"Dhak..."

Fernand berbisik perlahan.

Anjing berbaka husky itu muncul di sebalik pintu.

"Hari ini...akan bermula upacara menyeru si mati."

Fernand tersenyum hambar. Lelaki itu mencangkung dan membelai kepala anjing itu.

"Mari... kita pergi.."

Salakan Dhak kedengaran perlahan tanda akur. Anjing itu kemudian berlari-lari anak memijak tanah bersalji menuju ke arah selatan Eplé, di mana bertapaknya dunia malam di situ.

Monica membuka matanya. Wajahnya pucat. Kepalanya terasa berpinar.
Jantungnya entah kenapa berdegup dengan kencang.

"Monica..."

Selwyn bersuara perlahan.
Terjaga dari tidur seraya melihat isterinya tidak keruan.

Monica kemudian mengalihkan pandangan matanya pada Selwyn yang baru sahaja terjaga dari alam mimpi.

"Selwyn...."

"Kenapa bangun? Mimpi buruk ke?"

Tangan isterinya digenggam kemas.

Monica mengangguk perlahan.

"Mimpi macam mana?"

Selwyn bertanya.

"Ibu.."

"Ibu?"

"Saya...mimpikan ibu.."

Suara Monica kedengaran tenggelam.

Selwyn hanya sekadar merenung wajah isterinya dalam gelap. Menanti jawapan daripada Monica.

"Dia beritahu saya...berhati-hati.."

Monica merenung wajah Selwyn. Matanya terkebil-kebil.

"Dia risaukan saya.."

Selwyn sedikit berkerut.
Rambut Monica dibelai.

"Hati-hati?"

Selwyn bertanya dalam nada mendatar namun perasaan risaunya itu disembunyikan.

"Saya dapat rasakan macam.. sesuatu yang tak elok bakal berlaku."

Monica meneguk air liurnya. Entah kenapa tiba-tiba terasa sebak.

Apa yang dirasa Monica, begitu juga dirasai Selwyn.

Selwyn perlahan-lahan mengucup dahi Monica.

"Saya ada sini."

Kepala Monica dirapatkan sehingga menyentuh dadanya.

Seraya itu Monica terus mendakap tubuh suaminya. Air matanya gugur.

"Tidurlah.. awak perlukan rehat yang cukup."

Selwyn mengusap perlahan belakang Monica. Selimut gebu ditarik dan menutupi tubuh mereka.

"Mungkin awak terlalu letih..."

"Ya...mungkin.."

.Matanya dipejamkan. Terasa tenang apabila berada di dalam dakapan suami.

"Tidur..."

"Terima kasih Selwyn...."

"Jangan risau..dah. tidur..."

"Semoga bermimpi indah."

"Saya nak mimpi basah.."

"Bodohlah awak ni Selwyn........"

***You have to follow me and add this book in your library in order to read the rest of next chapters

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***You have to follow me and add this book in your library in order to read the rest of next chapters. Thank you.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now