113 ❃ ANAK DARA SUNTI

850 111 59
                                    

Beverly duduk tersandar di atas kerusi dengan kaki yang terbuka luas di hadapan pendiang api. Asap rokok dihembuskan.

Pak!

Sylvyen menampar tangan Beverly. Paip rokok bergolek jatuh di atas lantai.

"Apahal?!"

Beverly merenung tajam mata biru milik Sylvyen.

"Kau berbau asap! Seorang anak dara sunti tidak akan berbau seperti seorang lelaki!"

"Oh. Sekarang kau nak ajar aku jadi anak dara sunti lah?"

"Ya!Sekarang kau bukan lagi seorang bujang terlajak!"

Sylvyen bercekak pinggang.

"Sylvan. Aku risau kau akan bertukar jadi perempuan jadian bila kau dah jadi laki balik. Kau bersiap pun dah lama."

Beverly tersenyum sinis.

"Beryl, jangan lupa. Kita tidak mempunyai pakaian dalam. Jadi, aku telah membalut payudara aku dengan rapi supaya tidak menjadi perhatian orang ramai dan dicabuli."

Sylvyen melambung satu gulung kain pembalut pada Beverly.

Beverly menyambutnya dengan pandangan yang jelik.

"Erh, rumit betul jadi perempuan ni."

Gadis berambut merah merungut.

"Pergi balut sekarang! Dan tolong jangan buat di sini."

Sylvyen menyilangkan kedua tangan di dada.

"Cukup ke satu ni nak balut?"

Tulus Beverly bertanya.

"Aku cukup."

"Aku punya besar."

"Bodoh."

🍎

"Dah! Aku ambik masa sejam nak balut dua bijik buah betik yang melekat kat dada aku ni. Sekarang apa lagi?"

Beryl berjasad seorang gadis merungut melangkah turun tangga sambil menyarung jubah kerudung pada tubuhnya.

"Untuk jadi seorang anak dara sunti kau harus jadi lebih teliti dan peka tentang setiap inci tubuh kau."

Sylvyen datang menghampiri Beverly.

"Jangan asyik nak tatap payudara sahaja."

Sesuatu dihulurkan kepada Beverly.

Beverly menyambutnya dengan penuh kerutan di dahi.

"Kau tercicir cincin genma kau."

Beverly menghembuskan keluhan. Cincin genma ini merupakan satu-satunya harta peninggalan keluarganya. Bagaimana dia boleh alpa? Jarinya kini menjadi semakin halus dan runcing. Cincin pun dah longgar. Sampaikan tercicir pun tak sedar.

"Terim kasih. Aku mula benci jadi perempuan."

Cincinnya itu dimasukkan pada rantai besi dan dijadikan loket.

"Jangan risau, Beverly. Ia cuma sementara. Hidup terlalu singkat untuk mengeluh. Jadi hayatilah setiap saat sisa hidup yang ada. Terutama sekali manusia."

Sylvyen ketawa terkekeh-kekeh.

Beverly berkerut seribu. Biadab betul Sylvan ni. Mentang-mentanglah jangka hayat bunian  jauh lebih lama.

Sekejap.

Jangka hayat bunian lebih lama?

Plak!

Dengan selamba Beverly mencabut sehelai rambut Sylvyen.

"Aduh! Kenapa kau cabut rambut aku!"

Sylvyen menggaru-garu kepalanya.

"Sehelai rambut wanita berusia yang tidak mempunyai zuriat. Aku dah jumpa."

Beverly menjongketkan keningnya sambil tersenyum sinis.

"Oh...betul juga."

Sylvyen menjuihkan bibirnya. Tapi entah kenapa terasa terhina pula. Yelah kan? Dirinya dilabelkan sebagai seorang wanita berusia. Tambahan pula, rambutnya bewarna putih.

🍎

"Urgh!!! Masalah lagi!"

Beverly merungut saat kakinya disarungkan pada kasut butnya.

"Ini kasut gergasi ke apa?!"

Beverly secara tak langsung telah mengutuk dirinya sendiri.

"Itu kasut Beryl."

Sylvyen terkekeh-kekeh ketawa.

"Kau ingat kau comel ketawa macam tu?"

Beverly menumbuk bahu Sylvyen. Geram!

"Aduh, kau cemburu!"

Sylvyen mengusap bahunya.

"Aku meluat! Bukan cemburu."

Beverly mengalihkan rambut merahnya yang panjang berjurai kebelakang. Mula terasa rimas.

"Sebagai seorang anak dara sunti, kalau meluat tampar bahu aku. Jangan tumbuk-tumbuk. Nanti pecah tembelang."

Sekali lagi Sylvyen tertawa.

"Diamlah."

"Baiklah!"

Sylvyen menahan ketawa.

"Jum curi kasut orang sebelah."

Beverly memberi cadangan.

"Mari!"

Sylvyen bersorak riang.

🍎

Macam mana? I hope kehadiran Beverly dan Sylvyen mampu buat anda tersenyum!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Macam mana? I hope kehadiran Beverly dan Sylvyen mampu buat anda tersenyum!

Dont forget to vomments for more.
(/•/ᴗ/•/)❤ I love reading comments. *blush* it makes me heppi...

Powerless,
saptember

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now