013 ❃ SI BUNIAN GENIT

2.3K 221 39
                                    

Dhak merebahkan tubuhnya di atas tilam yang empuk. Satu hembusan nafas diluahkan. Penat. Penat sungguh. Daripada subuh hingga ke tengahari baru dia selesai mengemas.

Dan kini dia diberi arahan untuk melipat selimut tidur pemilik bar tersebut. Beryl namanya. Tapi Dhak tahu dirinya tidak bermaya. Letih dan penat. Dan tilam ini terlalu menggoda.

Biarlah. Dia nak tidur. Dhak mahu tidur selena-lenanya sehinggalah tiba saat Beryl menyergahnya barangkali?

🍻

"Sylvaaaaaaaaaaannnn!"

Si bunian genit terus merengek. Gadis bunian itu terus mengekor Sylvan. Nymph namanya. Singkatan kepada Nymphanyx Nuran.

Tengahari ni terik. Sangat terik!
Lagi terik lagi bila suara bunian genit ni menyengat lubang telinga Sylvan.

"Apa..."

Sylvan membuat muka bosan. Menyusahkan orang. Datang mengejut. Lepas tu menghilang dan akhirnya menyibuk.

"Nymph mahu jumpa pembuat coklat!!"

Si bunian genit merangkap pasangan buat Sylvan menghentak kakinya. Nymph sangat teruja ingin berjumpa dengan Monica. Lagipun Kerajaan Anril sangat bosan. Tiada coklat di kerajaan bunian. Kerana itulah Nymph bertegas ingin bejumpa dengan Monica.

Sylvan menggelengkan kepalanya.

"Tak peduli! Nymph nak jumpa sahabat baru Nymph!"

Sylvan menyesal. Sungguh kesal. Macam mana Nymph boleh terlepas sampai ke Eplé?

Selepas peristiwa gelap sumpahan coklat Sylvan bercadang untuk membawa Nymph ke Eplé untuk menemani Monica. Kononnya Selwyn akan selamanya terperangkap di dunia sumpahan. Bila Selwyn dah selamat pulang jadi tak perlulah Nymph ke sini. Semaklah! Semak. Nymph bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikawal.

Dia bunian becok.

Dia bunian lincah.

Dia menjengkelkan.

Sepanjang perjalanan Sylvan hendak ke bar Beryl, Nymph asyik merengek sahaja.

"Nymph mahu buat apa jumpa dia? Bosanlah. Bukan ada apa-apa yang menarik hendak dibuat."

Sylvan mencebik. Sylvan kalau boleh dia tidak mahu pergi ke sana. Sylvan apa-apa pun tidak suka bergaul dengan Selwyn.

Selwyn terlalu dingin dan Sylvan akan berasa kekok. Terlalu kekok. Sylvan tak akan boleh sekepala dengan Selwyn. Ia mustahil!

"Nymph mahu main tanah liat!"

Nymph ketawa kecil.

"Apa tanah liat?"

Sylvan berkerut.

"Tanah liat coklat."

Nymph tersenyum.

"TAK BOLEH!"

Sylvan berkerut seribu. Mengarut sahaja! Itu kotor.

Nymph mencebik. Kena tengking. Tak guna.

Pintu bar kecil Yyscadtobleron dibuka.

"Selamat tengahari!"

Ucap Sylvan.

Beryl yang sedang menyusun gelas kaca di meja kaunter menjongketkan keningnya.

"Oh, Sylvan. Kau bawa Nymph sekali?"

Beryl tersenyum sinis.
Dia tahu Sylvan sedang kusut fikirannya.

Sylvan hanya tersenyum kelat.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Där berättelser lever. Upptäck nu