131 ❃ AIR MATA BEVERLY

668 116 44
                                    

"Maafkan aku Djinn Lakhan."

Suara Beverly kedengaran tenggelam dan tersekat-sekat. Bibirnya digigit. Pandangan matanya mula berkaca-kaca.

"Aku amat perlukan taring harimau jadian berbulu putih. Aku sangat perlukannya."

Beverly meneguk air liur. Jantungnya ligat berdegup dan akhirnya air matanya mengalir jatuh. Tangisannya tidak mampu disekat lagi.

Beverly sendiri tidak faham kenapa dirinya mampu mengalirkan air mata. Tekanan perasaan barangkali?

Sylvyen terpinga-pinga. Beverly menangis? Eh tak.. maksudnya Beryl menangis? Kenapa kelihatan terlalu benar? Ataupun ini sebahagian daripada permainannya? Lakonan seorang raja mahupun ratu sandiwara.

Tidak. Tak mungkin. Sylvyen amat mengenali Beverly. Bukan. Maksudnya Sylvan amat mengenali Beryl dan kali ini dirinya ternyata menimbulkan persoalan.

Ataupun jiwa seorang wanita telah mula megambil alih jiwanya?

Lakhan hanya kekal merenung wajah Beverly tanpa sebarang emosi.

"Aku dah letih hadap semua ni. Aku cuma perlukan taring tu untuk hapuskan roh dari dunia gelap."

Air matanya terus menitis. Bibirnya terketar-ketar. Lututnya terasa menggigil.

"Aku tau semua ni berat buat kau. Tapi..semua ni untuk kebaikan. Bukan untuk peralatkan atau menghina mereka."

Lutut gadis berambut merah rebah di atas tanah.

"Aku merayu. Memohon jasa baik kau untuk fikirkannya. Mardyakhor akan berbesar hati. Mereka akan berjasa."

Air mata terus mengalir bahkan hingus juga. Kain kerudung di capai dan menekup wajahnya. Air liur diteguk.

"Tanggungjawab ni terlalu berat untuk aku. Aku tak sanggup pikul."

Beverly merenung wajah Sylvyen.

"Kau yang heret aku dalam masalah kau."

Higus dikesat dengan lengan baju. Tak guna punya bunian.

Sylvyen berkerut seribu. Pandangan mata yang dilemparkan pada dirinya jelas mempameekan kebencian. Tidak. Ini bukan Beryl. Bukan lakonan mahupun sandiwara.

Barangkali ini adalah jiwa Beverly yang sudah mula bangkit. Habislah.

Lakhan kekal berdiri dan merenung Beverly.

Debu genma yang berkilauan tiba-tiba muncul di hadapan Beverly.

Beverly tersentak. Tangan gadis berambut merah perlahan-lahan menyentuh debu genma.

Seketika kemudian muncul sebatang taring harimau jadian di atas telapak tangan Beverly.

"Pergi.."

Ujar Lakhan mendatar.

Sylvyen dan Beverly berkerut seribu merenung wajah djinn itu. Dia serahkan taring milik harimau jadian berbulu putih?
Pemuda djinn itu telah ubah fikiran?

"Aku kata pergi. Sebelum aku ubah fikiran."

🍎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍎

Pandangan mata Ignace terkebil-kebil merenung siling. Sudah berminggu Sylvan dan Beryl tidak muncul. Bar Beryl pula sentiasa berkunci.

Adakah mereka ditimpa masalah?

Dirinya perlu berangkat pulang ke Raegan. Lambat lagi ke mereka akan dapatkan bahan-bahan itu semua?

Ignace menghembuskan keluhan. Rasa tak sedap hati pula. Fikirannya bercelaru. Jiwanya tidak tenang. Terlalu resah.

Ignace datang ke Eplé hanya kerana dunia malam. Di mana segala medan sihir amatlah mujarab untuk digunakan. Lokasi yang tepat perlu dijejaki. Stan telah diupahnya dengan harga yang tiggi bagi menjejaki lokasi yang bersesuaian.

Namun, risikonya terlalu tinggi. Dunia malam adalah kawasan yang diselubungi dengan sumpahan bertaraf tinggi. Sekiranya tersalah lokasi ia mungkin akan melibatkan makhluk kegelapan.

Roh lelaki yang muncul di Bar Kecil Yyscadtobleron tempoh hari adalah roh yang telah merancang untuk bangkit sebelum dirinya mati. Roh yang ketika hidup mengamalkan ilmu larangan.

Ilmu menentang Takdir.

Roh yang keluar dari alam kegelapan.

Barangsiapa yang mengamalkan ilmu larangan akan ditempatkan di alam kegelapan roh.

Keluhan demi keluhan dihembuskan di hujung bibirnya. Air matanya perlahan-lahan mengalir.

"Kenapa kau dah tak datang lagi jumpa aku?"

Apakah untuk berjumpa dengan mereka yang sudah mati juga merupakan satu sifat yang menentang Takdir?

Barangkali Ignace Rainault juga bakal menghuni alam kegelapan roh.

"Mana kau pergi. Aku rindukan kau."

Lelaki itu berbisik perlahan.

"Rindu sangat..."

Tanpa disedari, dirinya terlena di alam mimpi yang kosong.

Suasana kamar sewa rumah tumpangan Dalakwa begitu sepi. Yang hanya kedengaran cumalah bunyi percikkan pendiang api.

Tanpa disedari, di sudut ruang kamar itu kelihatan satu bayangan kabus yang muncul secara perlahan-lahan. Semakin lama bayangan tersebut mula memenuhi dinding dan naik ke siling.

Beralun-alun bayangan kabus merangkak dan memenuhi seluruh sudut ruang kamar itu mengikut irama sepi.

Seketika kemudian, satu susuk lembaga yang gelap muncul di sebalik kabus bayangan tersebut.

Susuk tubuh seorang lelaki.

Pandangan mata birunya tajam merenung lelaki yang sedang terlena di atas geta.

Pandangan mata yang hanya mempunyai satu erti.

Bunuh.

***All media used © to the respectful owner

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***All media used © to the respectful owner.
I do not own any of these images.

(͡° ͜ʖ ͡°) Don't forget to votes if you enjoy ma storeh.

Thank you.

Love,
saptember.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now