155 ❃ MARIRA DAN ROGAN

793 118 47
                                    


Dia dilahirkan dengan mata yang bewarna merah.


Dia dicemuh dan dihina.

Kelahirannya di dunia ini seolah-olah adalah satu dosa.

Kewujudannya ibarat satu musibah dan ancaman.

Kehadirannya bagaikan satu ancaman.

Dirinya adalah seperti nasib malang yang perlu dijauhi.

Kerana kelahirannya, ayahnya telah terbunuh.

Ibunya mengalami tekanan jiwa kerana kewujudannya. Beberapa tahun selepas kematian ayahnya, ibunya turut terbunuh.

Dibunuh kerana dirinya yang bermata merah.

Atas segala musibah yang menimpa dirinya, dia percaya bahawa memilki mata yang bewarna merah ini ibarat satu sumpahan.

Hidupnya bagaikan ancaman juga permainan buat orang ramai.

Ketenangan jiwa tidak pernah dirinya raih sebelum dia ditemui dengan Marira. Wanita yang telah memberi seorang lelaki bermata merah cahaya kehidupan setelah maut hampir menyambarnya.

Marira mengenali seorang penyihir. Penyihir yang memiliki kelebihan untuk menguasai ilmu perubatan dengan bantuan kuasa debu genma.

Arvius.

Arvius telah sembuhkan lelaki bermata merah yang nyaris mati. Semua itu dilakukan demi memenangi hati Marira.

Tanpa diduga Arvius hakikatnya telah menggunakan ilmu larangan ke atas dirinya. Arvius telah berikan dirinya nyawa. Bukan sebarang nyawa. Namun, nyawa yang abadi.

Rahsia tersebut Marira tidak tahu. Semuanya kerana dirinya tidak mahu merosakkan hubungan di antara Marira dan Arvius.

Tanpa diduga. Dirinya telah mula jatuh cinta pada Marira.
Namun, dia sedar kedudukannya sebagai orang ketiga.

Kerana itu dia menarik diri. Dia menghormati Arvius.
Sangkanya Marira juga mencintai Arvius.

Namun,cinta Arvius hakikatnya ditolak oleh Marira.

Arvius sakit hati. Panas hati. Sekiranya Arvius tidak mampu memiliki kebahagiaan bersama Marira maka tiada sesiapa pun mampu memiliki kebahagiaan bersama Marira.

Marira tersenyum melihat seorang lelaki berpakaian lengkap seragam Rosamund melangkah turun dari kereta api berwap. Setalah berbulan menjalankan misi kelas tertinggi akhirnya lelaki itu berjaya pulang ke tanah Eplé.

Namun begitu, senyuman tidak langsung kelihatan bahkan mampu terukir di bibir lelaki itu.

Entah kenapa dia bermuram. Kerana itu, senyuman Marira perlahan-lahan terhakis. Dadanya mula terasa cemas dan berdebar.

Angin tenang bermain-main di setiap helaian rambut mereka.

Lama lelaki berambut hitam itu tertunduk. Langkahnya terasa begitu lemah menghampiri Marira.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu