043 ❃ AKU INGIN MATI

1.4K 178 5
                                    

Imbas Kembali

30 tahun yang lalu

Diri ini tidak pernah minta untuk hadir ke dunia. Anugerah menghirup udara itu bukanlah sesuatu yang diri ini inginkan.

Mati...

Mati itulah hanya satu-satunya permintaan yang ingin dipersembahkan kepada Takdir.

Dicipta sama rata,

Namun sesama penciptaan itu, diri ini dihina dan dicela.

Salahkah apabila seorang manusia memiliki mata yang bewarna merah.

Bunuh..

Bunuh adalah ganjaran yang harus diterimanya kerana dilahirkan bermata merah.

Manusia bermata merah. Lambang kuasa kegelapan.

Lambang penghuni alam kegelapan.

Setiap langkahnya, diiringi dengan musibah.

Kenapa tidak sahaja bunuh aku...
Bunuhlah aku.. aku ingin mati. Tolong matikan aku.. aku tidak mempunyai kekuatan ingin membunuh diri aku sendiri.

Pemuda itu hanya duduk tersandar pada dahan pokok.

"Dia semakin lemahlah... Kesiannya.."

Satu suara kedengaran mengejek dirinya.

Nafas pemuda itu singkat namun degupan jantungnya laju berdetak.

Tubuhnya yang tidak berbaju penuh dengan kesan lebam-lebam.

kesan kelar luka yang segar memenuhi tubuhnya .

Kesan luka yang ditoreh berbentuk huruf-huruf yang mengejakan perkataan 'Sampah' pada bahagian dadanya.

Berbau busuk. Disimbah dengan air sisa kotoran, segala jenis najis.

"Patutnya bagi dia minum. Kenapa kau simbah semua?"

Satu suara kedengaran membebel.

"Jangan risau..aku ada minuman yang lebih sesuai untuk dia.."

"Racun rumput...."

Dirinya ibarat sebuah permainan para remaja seusianya. Mereka dianggap sebagai wira yang perkasa seandainya mampu menyeksa dan mendera seseorang yang bermata merah.

Rambutnya ditarik kasar. Mulutnya dingangakan luas dengan kasar. Rahangnya kedengaran berdetak.

Namun, ternyata jelas dia terlalu lemah untuk mengaduh sakit.

Racun rumput lantas dicurahkan ke dalam mulutnya. Bau racun yang kuat serta-merta menyengat dan menyucuk rongga pernafasannya.

Ia menyeksakan.

Dirinya tersedak. Darah merah merecik keluar dari mulutnya. Tubuhnya kian menggeletar. Mulutnya berbuih becampur dengan darah.

Pandangan matanya semakin gelap dan kabur. Namun, pendengarannya begitu jelas mendengar bunyi hilai ketawa mereka yang telah menyeksa dirinya.

Adakah diri ini dicipta sebagai alat bagi menghiburkan mereka yang lain?

Aku hanya ingin mati...

Aku hanya ingin mati...

aku ingin mati..

............

Berdegup lemah bunyi jantung ini.

Berdegup dengan rentak irama yang hiba.

Perlahan-lahan air matanya menitis..

Kecewa dan hampa apabila dirinya dapat tahu bahawa dia masih lagi bernyawa dan masih lagi bernafas..

Bernyawa..namun hakikatnya dirinya bagaikan bangkai.

Bernafas...namun udara yang mengalir masuk itu penuh dengan bau sisa buangan dan racun.

"Bila aku akan mati...."

Suaranya perlahan merintih dalam bisikan.. Perlahan-lahan air matanya mengalir.

"Jangan risau.. awak akan selamat.."

Kepalanya diusap perlahan oleh tangan seorang wanita.

Perlahan-lahan dirinya menoleh.
Pandangan matanya begitu lemah sahaja, merenung wajah seorang wanita.

Wajah yang manis dan memberi ketenangan.

Siapakah wanita ini...

Wanita itu tersenyum. Seolah-olah mengerti persoalan yang bermain di dalam mindanya.

"Saya Marira...."

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora