099 ❃ CINDY DAN KASSANDRA

749 101 32
                                    

GEDEGANG!!!

Kting!

Beryl menjeling bunian yang baru sahaja menghempas pintu bar kecilnya.

"BERYL!!!!!"

Sylvan melangkah masuk dan terus mendapatkan Beryl. Kolar baju Beryl ditarik.

"Kau! Ke mana kau menghilang?!"

"Hilang? Apa kau merepek? Aku dah ada dekat sini lebih kurang seminggu dah."

Ujar Beryl bersahaja.

Dahi Sylvan berkerut-kerut merenung pandangan wajah Beryl. Sudah seminggu Beryl di sini?! Sylvan pula bagaikan si ibu ayam mencari anak itik yang hilang!

"Kenapa kau tak lapor diri, gila?"

"Nak minum? Aku belanja. Lagipun sekarang aku tengah kaya. Musim sejuk macam ni memang laku bukak bar."

Beryl menjongketkan keningnya.

Sylvan merengus. Rengkuhan pada kolar baju Beryl dileraikan. Pandangan matanya memandang sekeliling. Suasana bar sememangnya riuh.

Selamba badak je Beryl bukak bar. Sedangkan dirinya masih dalam tempoh menjalankan misi sebagai unit pembantu Rosamund.

"Aku nak cider."

"Vodka."

"Cider?"

"Wine merah. Nah, jangan banyak songeh. Aku tak boleh buat cider dalam keadaan macam ni."

Sylvan melirikan pandangan matanya pada lengan Beryl yang bersimen.

"Oh, patutlah aku tidak nampak kau menggilap gelas kaca."

Sylvan tertawa sinis.

"Buat masa ni aku yang menggilap gelas kaca dia."

Ignace menyampuk sambil menyusun gelas yang sudah digilap dengan penuh rapi.

"Siapa kau?"

Sylvan menjongketkan keningnya.

"Aku Ignace."

"Untuk pengetahuan kau. Dia adalah pereka senjata I.Rainault."

Beryl menghempas botol wine merah di atas meja kaunter.

"Oh, jadi kau sudah tahulah? Senjata yang aku berikan kepada kau adalah palsu?"

"Dah."

Penutup botol ditarik dengan sebelah tangan.

Biji mata Sylvan terbuntang luas.

"BER-!!"

Tussshhhh!!!!

Wine merah tersembur pada wajah Sylvan!

"Itu bayaran dia. Aku hampir mampus gara-gara perbuatan kau. Bunian bodoh."

Lebihan wine merah dituang ke dalam gelas dan dihulurkan kepada Sylvan.

"Jemput minum."

Seorang lelaki berkerudung kelihatan sedang meneguk laju minuman keras rum di hujung bar.

"Hai, wahai jejaka tampan."

Seorang gadis datang menghampiri dan tanpa segan silu dirinya duduk di atas riba lelaki itu.

Si lelaki berkerudung melemparkan botol kosong pada lantas dan terus memaut pinggang gadis murahan.

"Apa khabar perempuan sundal?"

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now