100 ❃ RIBUT DI DALAM BAR

871 121 39
                                    

Sylvan melangkah dengan penuh yakin menuju ke arah orang panik. Bangga seolah-olah dirinya diperlukan.

Pandangan mata Sylvan merenung dua mayat yang terkaku di atas lantai.

Pedangnya ditundingkan tepat pada seorang lelaki buncit.

"Katakan wahai lelaki buncit! Apakah niat kau membunuh gadis suci yang tidak berdosa!"

Lelaki buncit membuntangkan biji matanya.

"Bukan saya tuan! Dia!"

Jari lelaki itu terketar-ketar ditundingkan pada arah lelaki berkerudung lantas dia melarikan diri!

Suasana bar semakin lengang. Tiada sesiapapun kelihatan melainkan Beryl, Ignace, Sylvan dan Arvius.

"Gadis suci yang tidak berdosa?"

Arvius tertawa sinis.

Sylvan berkalih dan merenung lelaki yang berkerudung.

"Katakan wahai lelaki berkerudung! Apakah niat kau membunuh gadis kotor yang berdosa!"

Sylvan menghunus pedang pada dada Arvius. Arvius tertawa terbahak-bahak! Adakah lelaki mabuk ini cuba menumpaskan dirinya?

"Jangan jadi bodoh Sylvan! Kau fikir dia akan jawab soalan daripada orang mabuk macam kau."

Beryl terasa geram. Muncung pistol ditekan pada belakang kepala Arvius.

Arvius terdiam.

"Kenapa aku perlu menjadi bodoh? Menjadi diri aku sendiri sudah memadai."

Sylvan menghembuskan keluhan.

Beryl memutarkan bola matanya.

"Sekarang beritahu aku, apa tujuan kau membunuh? "

Beryl menarik picu.

"Kau rasa aku akan dedahkan niat aku pada orang lain?"

Arvius tertawa sinis. Geli hatinya dengan ragam mereka.

"Dia nak kembalikan jasad dia kepada asal."

Ignace menarik picu pistol.

Arvius tersentak.

"Dia adalah bangkai bernyawa. Dihuni oleh roh yang telah ditarik keluar dari alam kegelapan roh."

Sekali lagi Ignace membuat penjelasan.

Wajah Arvius bertukar bengis. Manusia yang berada di hadapannya adalah bukan manusia yang bodoh-bodoh alang.

"Tak payahlah nak amik tau apa pasal dia nak bunuh. Sekarang siapa nak bayar duit pelanggan aku yang lari?"

Detekan-tekannya muncung senjata pada belakang kepala Arvius.

Arvius hanya kekal mendiamkan diri.

Dahi Beryl berkerut. Tekanan kuasa dapat dirasainya. Sebelum mereka diserang dengan pantas Beryl melepaskan satu tembakkan!

Daging busuk dari kepala Arvius berkecai. Peluru tertembus keluar dan sipi-sipi terkena pada wajah Sylvan! Kaca tingkap pecah berderai!

Biji mata Beryl terbuntang luas. Arvius masih berdiri dengan teguh. Pelurunya langsung tidak berkesan.

Biji mata Ignace turut mebulat. Beryl nyaris terbunuh Sylvan.

"Apa ni Beryl? Kau cuba bunuh aku?"

Bunian mabuk bersuara sedih.

Kemarahan Arvius mula memuncak. Dia berkalih dan melibaskan bayangan gelap yang berbisa pada arah Beryl. Beryl bertindak lebih pantas membongkok.

Saat Arvius berkalih Sylvan dengan pantas melibas pedangnya pada belakang Arvius. Daging tersiat dan berkecai!

"Errrr...rapuh sungguh kulit kau."

Sylvan meremang menahan geli. Wajahnya memerah dek mabukkan wine merah.

Arvius mengangkat kedua tangannya ke atas. Bayangan hitam mula memenuhi lantai kayu. Botol-botol arak yang bersepah di atas lantai berlaga-laga. Getaran kuasa kegelapan amat kuat. Bayangan hitam mula meliliti kaki Beryl dan Sylvan.

Beryl melepaskan dua tiga das tembakan tepat pada dada Arvius. Dagingnya bersepai-sepai namun, Arvius masih kelihatan bersahaja.

"Macam mana nak bunuh puaka ni!"

Beryl merengus.

"Ak-"

Pandangan mata Sylvan terbuntang. Pedang yang tergenggam erat terlepas dari tangan. Sylvan memegang kedua lehernya.

"Sylvan?!"

Beryl berteriak. Dahinya berkerut. Pergerakkannya menjadi kaku disekat oleh kabus bayangan hitam.

Kabus hitam seakan-akan mengalir keluar dari mulut Sylvan.

"Jiwa kalian adalah santapan aku. "

Arvius tersenyum sinis.

"Nampaknya kau dah lupakan aku."

Ignace melepaskan satu das tembakan!

Satu peluru terbenam di dalam dahi Arvius. Wajahnya berasap. Arvius menjerit kesakitan.
Kedua tangannya meraup wajahnya.

Sylvan jatuh melutut. Cuba untuk kembalikan pernafasannya. Kepalanya terasa berpinar.

"Apa yang telah berlaku?"

Sylvan berbisik perlahan. Kepalanya terasa berpusing.

Bayangan gelap kian menghilang.

Sekali lagi Ignace melepaskan satu das tembakan! Tepat terkena pada dada Arvius. Jeritan Arvius semakin lantang! Dagingnya kian mencair. Tulang-tulang mula kelihatan.

Beryl tergamam! Bagaimana peluru Ignace boleh berkesan?

Ignace menarik picu. Sekali lagi Ignace ingin melepaskan satu tembakkan!

Namun, gelombang hitam tiba-tiba muncul menyelubungi Arvius. Peluru tiba-tiba lenyap. Bagaikan ribut taufan yang melanda, tubuh Beryl, Ignace dan Sylvan tercampak jauh!

Kerusi meja habis terbalik! Botol-botol kaca dan gelas kaca terlambung dan pecah berderai!

Disebalik kegelapan bayangan kabus hitam, Arvius menghilangkan diri begitu sahaja.


Ignace memegang kepalanya. Sedikit berdarah. Barangkali terkena hentakkan botol arak .Terasa berpinar. Tubuhnya terhempas dengan kuat. Kuasa musuh mereka sungguh luar biasa.

Beryl cuba untuk bangun. Rasanya tangannya semakin parah. Tak guna. Tangan hancur tak apa..apa yang lebih malang...sudut barnya sudah hancur. Ini adalah kerugian besar dalam sejarah.

Pandangan mata Beryl merenung keliling barnya. Seketika kemudian biji mata hijaunya terbuntang luas!

"Sylvan!?"

Darah merah jelas kelihatan. Serpihan kayu kelihatan tertusuk pada perut Sylvan.

***You have to follow me and add this book in your library in order to read the rest of next chapters

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***You have to follow me and add this book in your library in order to read the rest of next chapters. Thank you.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now