144 ❃ PEDIH BELAKANG DITIKAM

741 121 17
                                    

Sylvan tersenyum puas. Baiklah.Kejayaan bakal hidungnya hidu.

Perangkap untuk menyeru roh berjasadkan bangkai telah berjaya dihasilkan. Medan sihir yang kononnya mampu melepaskan Arvius daripada perangkap Ignace.

Arvius pasti akan sangka medan sihir yang dihasilkan mereka adalah jalan keluar bagi segala-galanya namun sebaik sahaja Arvius merangkak keluar satu das tembakkan akan dilepaskan!

Maka roh Arvius akan terus disejat masuk kembali ke alam kegelapan roh.

Pintu antara dunia Ghais Lavanark dan alam kegelapan roh akan tertutup sepenuhnya buat Arvius! Tiada jalan lain lagi yang membolehkan dirnya merangkak keluar semula.

Dengan ini, maka terbuktilah kebolehannya bagi menangani misi kelas pertama tanpa bantuan ahli Rosamund yang lain! Walau sukar,walau penuh pancaroba dirinya masih dapat melangsaikan tugasnya dengan jaya.

Pasti Glen Nikolai tidak akan lagi memandang rendah Sylvanoryn Arul Valden, satu-satunya bunian yang serba-serbi berkemampuan.

Sekarang ini, hanya perlu tunggu Beryl tiba bersama peluru keramat tersebut!

🍎

Beryl menghembuskan asap paip rokok. Sudah hampir satu jam lelaki berambut merah itu berdiri di hadapan perpustakaan.

Ignace sudahpun tetapkan lokasi dan waktu untuk berjumpa dengan dirinya bagi mendapatkan peluru tersebut.
Kata Ignace peluru itu dijamin akan berada di tangan mereka menjelang waktu tersebut.

Tapi mana Ignace?! Mungkir janji betul. Apa? Dia membuta ke? Berani dia buat Beryl tunggu di dalam salji yang membeku!

Beryl merengus bersama asap rokok. Lelaki itu mengambil keputusan untuk melangkah pergi ke Rumah Tumpangan Dalakwa dan berjumpa dengan Ignace.

Rasa tak sedap hati pula.

Entah-entah Ignace mengalami masalah untuk membentuk peluru tersebut. Ataupun.. jangan kata Ignace telah hilangkan bahan-bahan tersebut.

Kepala otak dia.

Alamak. Barangkali bahan-bahan yang dikumpul mereka tidak menepati syarat.Debarannya mula terasa.

Risau betul.

Beryl mengambil masa hampir 20 minit melangkah untuk menuju ke rumah tumpangan tersebut. Sebaik sahaja tiba terus dirinya melangkah masuk dan bergerak ke kaunter.

Rasanya Beryl ingat lagi angka bilik yang disewa Ignace ketika diriya dijemput masuk sebagai Beverly.

"Bilik 15."

Ujar Beryl ringkas bersama asap rokok yang terhembus keluar dari mulutnya.

Dahi wanita selaku penjaga kaunter itu berkerut dengan tingkah-laku Beryl. Biadabnya.

"Oh, maaf."

Beryl terus mencabut paip rokok dari bibir dengan tangannya dan disembunyikan pada belakang tubuhnya. Gemuruh punya pasal. Terlupa nak berhenti sedut sekejap.

"Encik nak sewa berapa malam?"

Tanya wanita itu.

"Eh, bukan. Saya nak jumpa kawan saya."

"Bilik 15 kosong, encik."

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें