019 ❃ SEBOTOL CIDER EPAL

2K 206 25
                                    

7:30 , Bar Kecil Yyscadtobleron

Beryl baru sahaja selesai menyapu gelas kaca yang pecah berderai di serata lantai Bar Kecil Yyscadtobleron. Sekarang tiba masa untuk cuci alas meja pula. Bau pelbagai jenis minuman memabukkan banyak melekat. Mop lantai? Err.... Banyak lagi rupanya kerja. Kadang-kadang menyesal pula tak upah tukang cuci.

Masalah utama sekarang ni bukan sebab tak nak upah tukang cuci. Anjing jadian tak guna tu! Larikan diri! Tak guna!

Jumpa anjing tu siaplah. Beryl akan paksa dia cari wang untuk baiki cabriolet tercintanya.

Bengang betul. Bertambah bengang lagi dengan pelanggannya.

Pergaduhan pelanggannya malam tadi betul-betul menambahkan lagi kepenatannya. Nama sahaja Bar Kecil Yyscadtobleron, namun bar 'kecil' itu sebenarnya sudah diubahsuai menjadi besar dan luas. Menyapu sahaja sudah memakan masa lebih setengah jam.

Bukan sahaja gelas-gelas kaca pecah berderai. Habis meja terbalik. Kerusi tercampak sana-sini. Semuanya makan masa yang lama untuk mengemas.

Ingat bar ini gelanggang ahli gusti ke? Nak datang minum buatlah cara nak minum. Ini siap betumbuk-tumbuk. Baling kerusi meja. Sesudahnya Beryl terpaksa menghalau mereka. Bukannya mudah. Tidak semena-mena terpaksa mengeluarkan pisau yang panjang dan besar ukurannya itu.

Hilang sudah kesabaran Beryl. Siapa suruh cari masalah? Beryl dahlah bengang dengan Dhak! Tak semena-mena Beryl melepaskan amarahnya pada pelanggannya.

MELAMPAU!

"Aku bukan lanun!"

Beryl bengang.

Dulu Beryl boleh mengugut dengan pistolnya. Malangnya lesennya dirampas. Dirampas oleh ahli Rosamund yang tinggi juga pangkatnya, Glen Nikolai. Rakan sejawat Sylvan.

Kenapa dirampas? Salah Beryl juga. Menayangkan pistol ajaib itu di khalayak ramai.

Salah satu pistol Beryl direka khas dengan gabungan sihir dimana pelurunya tidak mampu menembusi beberapa objek seperti botol kaca. Ditembak pada botol kaca. Tetapi peluru akan terperangkap di dalam botol kaca. Botol kaca tidak akan pecah. Tetapi hanya retak sahaja. Pistol itu selalunya diguna untuk menakutkan pelanggannya yang bermasalah.

Namun...alahai. Begini ceritanya.

Satu hari seorang pelanggan muda telah mencuri guna pistol tersebut kerana tertarik dengan rekaannya. Pemuda yang mempunyai daya ingin tahu yang tinggi itu telah berdusta pada Beryl. Katanya pada Beryl ingin mebelek sahaja. Tetapi tidak! Dia ingin mencubanya secara senyap-senyap.Malangnya cara penggunaannya salah. Ditembaknya pada kaca tingkap jiran seperniagaan Beryl. Habis retak seluruh tingkap dan dinding kedai itu!

Cemas dan gelabah, pemuda itu pantas pulangkan pada Beryl. Tanpa memberitahu apa-apa. Berpura-pura tiada apa yang berlaku. Pemuda itu terus melesapkan dirinya.

Apa lagi! Si jiran ini membuat aduan pada Organisasi Rosamund! Katanya Beryl ingin sabotaj perniagaannya.

Beryl pula terpinga-pinga. Aku kaya! Buat apa nak dengki dengan perniagaan orang lain.

Bila dikenang semula baru dia teringat peristiwa budak yang kononnya ingin membelek pistolnya itu. Celaka punya budak. Kalau jumpalah dia. Nahas Beryl kerjakan.

"Aku nak cekek dia!"

Tetapi malangnya budak itu tidak lagi kelihatan. Ragam manusia sememangnya menyakitkan jiwa.

Disebabkan itu, Si Glen Nikolai telah merampas lesen senjata api yang dimiliki Beryl. Segala koleksi pistolnya juga turut dirampas. Bukannya koleksi sebarangan. Semua pistol yang dimilikinya direka khas oleh pereka cipta terkenal daripada Kota Raegan, iaitu Ignace Rainault. Lihat sahaja jenama I.Rainault pasti orang ramai tahu bahawa ia bukan sebarang rekaan.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant