115 ❃ MISI MENGGODA GLEN

749 105 66
                                    

"Oh!Oh!Maafkan saya!"

Beryl berjasad seorang gadis menekup mulutnya dengan telapak tangan.

Bhaha! Baru aku letak kaki celah peha dah gelabah. Belum aku tekan harta keramat kau tu dengan kaki wanita aku ni.

"Biar saya uruskan."

Beverly berjalan menghampiri Glen.

"Tak apa. Tak perlu."

Glen mengeluarkan sapu tangan dari saku seluar.

Beverly merampas sapu tangan itu dari tangan Glen. Perlahan-lahan tangannya menekap kain sapu tangan pada bahagian dada Glen yang basah.

Glen hanya sekadar terdiam dan merenung gadis berambut merah. Inilah kuasa wanita. Lelaki akan sentiasa goyah.

"Abang Nikolai gemuruh?"

Beverly bersuara dengan nada manja.

Terasa meremang bulu roma Glen mendengar bisikan halus penuh godaan itu.

Tubuh Glen ditolak sehingga terduduk semula di atas kerusi.

Beverly menarik rambutnya ke hadapan menutupi bahagian dada dengan gaya menggoda.

"Saya rindukan awak, Glen. Sampai hati awak lupakan saya."

Beverly bermain kata dengan nada menggoda. Kain jubah diselak dan diangkat tinggi sehingga menampakkan pehanya yang gebu lagi mulus.

Mula terasa seronok kenakan Glen, lelaki berjasad gadis mula bertindak luar batasan dan lebih ekstream.

Glen meneguk air liur. Pandangan matanya cuba dialihkan.

Kedua kaki Beverly dibuka luas diantara peha lelaki berambut hitam.

"Saya tau awak pun rindukan saya juga."

Beverly dengan selamba duduk di atas peha Glen dengan gaya bagaikan si gadis penunggang kuda.

Nafas Glen mula terasa kencang.

"Maafkan saya, cik. Saya rasa kit-"

"Shhh...pintu dah terkunci."

Sebelum sempat Glen menghabiskan ayatnya, Beverly terlebih dahulu telah meletakkan jari telunjuknya pada bibir Glen Nikolai.

Perlahan-lahan Glen memegang tangan Beverly dan diturunkan.

Pandangan mata Glen kini dialihkan pada wajah gadis anggun bermata hijau dan berambut merah. Tidak dinafikan gadis ini sungguh lawa dan menawan.

Beverly tersenyum puas hati menampakkan lesung pipitnya apabila berjaya meraih perhatian dan menimbulkan nafsu syahwat lelaki itu.

Jari-jemari Beverly perlahan-lahan mengelus dada lelaki yang penuh berkarisma itu.

Nampak gaya Glen macam layan je. Bhahaha! Dah mula hanyut lah tu.

Jari-jemari Glen kini perlahan-lahan menyentuh dagu Beverly. Pandangan mata Glen lama merenung pandangan mata hijau muda milik Beverly.Redup sahaja kelihatan pandangan mata lelaki itu. Asyik lelaki itu merenung pandangan mata seorang gadis.

Beverly turut membalas renungan mata Glen Nikolai.Senyuman wanita jalang terukir di bibir merah jambunya yang halus.

Lama mereka berpandangan. Waktu bagaikan terhenti.

Fuh, berdebar pulak! Jangan kau berani nak cium aku! Aku tumbuk muka kau nanti.

"Beverly?"

Glen bersuara dengan nada berbisik. Pandangan matanya masih merenung pandangan mata gadis itu. Renungan mata seorang lelaki yang tenang namun mengancam.

"Hurmm?"

Jari-jemarinya kini beralih pada belakang tengkuk Glen Nikolai.

"Aku rasa aku dah ingat kau."

Lelaki itu berbisik perlahan. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

Beverly hanya sekadar tersenyum sinis.

Sah! Penipu! Banyak tidur dengan perempuan lah ni. Sampai perempuan tak wujud pun disangka wujud.

"Saya tak sangka awak akan ingat saya."

Kedua tangan Beverly kini beralih pada peha Glen dimana tubuhnya duduk menunggang.

"Aku pun tak sangka aku akan ingat kau, Beryl Yyscadtobleron."

Ujar Glen dalam nada mendatar dan geram. Raut wajahnya bertukar dingin.

Si gadis tersentak. Biji mata Beverly terbuntang luas! Alamak, pecah tembelang!

Beverly tersenyum seperti kerang busuk.Malu sendiri.

Pundek betul. Macam mana dia boleh tau?

"Apa niat kau sebenarnya?"

Glen menyilang kedua tangannya sambil tersenyum sinis merenung gadis berjiwa lelaki yang masih berada di atas ribanya.

Tak apa Beverly, Masalah boleh diselesaikan. Kau tumbuk muka dia sampai dia pengsan dan terus hilang ingatan. Walaupun tidak mudah seperti yang disangka, namun, apa salahnya mencuba kan? Darurat ni.

Beverly cuba menumbuk wajah lelaki itu namun, Glen lebih pantas menangkap tumbukan gadis itu hanya dengan sebelah tangan sahaja.

"Jangan lupa Beryl. Tenaga aku sekarang ni lebih kuat daripada kau. Kalau sebagai lelaki, ya mungkin kau lebih kuat tapi sekarang tidak. "

Ujar Glen dalam nada mendatar.

"Oh, betul ke? Kau rasa macam tu?"

Beverly bangun dari peha Glen namun tumbukkan buku limanya masih tergenggam kemas dalam tangan seorang lelaki.

"Kenapa? Kau rasa kau boleh lawan aku dengan tubuh seorang gadis?"

Glen tersenyum sinis.

Beverly membalas senyuman sinis Glen Nikolai.

"Jangan pandang rendah pada Beverly."

Dengan pantas Beverly menghentak satu tendangan padu pada harta keramat di celah peha lelaki itu!

Glen tersentak! Terasa senak yang luar biasa. Lelaki itu terus terduduk di atas kerusi menahan sakit.

"Bahaha! Jumpa lagi Abang Nikolai! Bersemadilah dengan aman."

Beverly ketawa besar dan terus berlari keluar dari kamar pejabat Glen Nikolai.
Lagak gadis yang menggoda hilang terus dan kembali bertukar menjadi lagak seorang lelaki.

"Celaka betul! Kenapa Sylvan pilih kau sebagai pembantu dia!"

Ujar Glen geram dalam nada yang begitu bersungguh-sungguh menahan sakit.

Ujar Glen geram dalam nada yang begitu bersungguh-sungguh menahan sakit

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.
SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن