143 ❃ JANGAN PANDANG BELAKANG

745 157 49
                                    

POFFF!!!

Berkepul-kepul kabus putih memenuhi ruang kamar berangka 110.

Pandangan mata Grisha terbuntang luas. Kening hitamnya berkerut seribu.

Jantungnya berdegup kencang. Debaran yang dirasanya kini sungguh melampau.

Apa yang berlaku?

Apa telah berlaku?

Tidak!  Bukan.

Maksudnya...

Apa yang sedang berlaku?

Jari-jemari gadis bunian tidak lagi menggenggam rambut Beverly yang panjang mengurai. Perlahan-lahan rambut merah Beryl terlerai dari genggaman jarinya.

Sekali lagi.

Perlahan-lahan rambut merah Beryl terlerai dari genggaman jarinya.

Beryl.

Bukan Beverly.

Beryl  tergamam. Wajahnya pucat-sepucatnya. Air liur diteguk.

Jasad lelaki kini telah dimilikinya semula.

Bukan tak nak bersyukur kembali kepada rupa asal tapi kenapa sekarang? Punyalah lama tunggu tadi tapi kenapa sekarang?

Kenapa sekarang?

Semuanya telah tertulis oleh Takdir. Jadi, jangan pertikaikan.

"Ma..manusia?"

Grisha gemuruh! Jantungnya gemuruh! Terasa seolah-olah organ degupan itu menendang-nendang dadanya dari dalam.

Ini gila. Sungguh gila. Paling gila. Terlalu gila. Amatlah gila. Gila yang melampau. Segila siluman yang kepala otaknya berbungkus dengan debu genma!

"K-kau duduk duduk atas perut aku."

Ujar Beryl dengan penuh gemuruh. Silap cakap tak pasal-pasal kepala dia kena penggal.

Perlahan-lahan Grisha menundukkan pandangan matanya.

"Ahh-!"

Grisha tersentak! Jeritannya tersangkut!

MANUSIA BODOH TIDAK BERBAJU!!!

Sepantas kilat yang menyambar dunia, Grisha terus menekup wajahnya dengan  kedua telapak tangan.

Penglihatan matanya dicabuli! Tidak! Kenapa semua ini berlaku?!

"Bodoh! Kenapa kau tidak berbaju, bodoh!"

Grisha meninggikan suaranya saat telapak tangannya masih menutup wajahnya. Seluruh tubuh gadis bunian itu terasa menggeletar dan terkaku.

Janggal nak mampus!

"Aku nak pakailah ni!"

"Pakai sekarang! Pakai sekarang!Pakai sekarang!!"

Grisha hilang kawalan. Oh, tidak. Tubuh seorang manusia telah mencabuli penglihatannya! Rasa seolah-olah ingin sahaja mencurahkan peluntur pada matanya! Juga memorinya. Itu yang paling penting!

"Bangunlah kalau macam tu!"

Beryl meninggikan suaranya. Wajahnya turut kemerahan. Terasa lenguh tubuhnya menampung badannya.

Oh,ya! Oh, ya! Bangun Grisha! Kelam-kabut Grisha melurutkan rambutnya yang kian masai. Bertenang Grisha.
Sila bertenang!

"Grisha, hati-hati."

Ujar Beryl bersahaja.

"Apa maksud kau?"

Tanya Grisha cemas.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now