077 ❃ IBU KEPADA SYAITAN

1K 128 42
                                    

(Sila dengar lagu untuk lebih penghayatan)

Fernand terkebil-kebil merenung salji yang gugur.

Dhak sudah menghilang entah ke mana.

Tinggal dia bersendirian tersandar pada pohon yang mencengkan tanah bersalji.

Sepi sahaja suasana pada pagi itu.

Tersenyum sendirian. 

Dia tahu hidup tidak mudah.

Namun, tidak pernah dia menduga hidup sebegini sukar.

Tidak dia pinta lahir ke dunia dalam keadaan cela.

Namun Takdir telah memilihnya.

"Dia bukan anak aku...."

Tergiang-giang suara seorang wanita di dalam jiwa dan mindanya.

"Aku kata dia bukan anak aku.. bukan anak aku.."

Fernand tertawa kecil. Senyuman tawar terukir pada bibirnya. Terukir dengan pemahat jiwa yang majal.

"Aku kata dia bukan anak aku!"

Kata-kata yang munusuk hatinya.

Fernand merenung tanah bersalji. Teringin dia mendengar pengakuan yang benar daripada seorang yang bergelar ibu. Bukannya penafian.

.....

....................

"Perempuan! Kau kena berambus. Kami tak akan alu-alukan keluarga syaitan."

Seorang lelaki menarik tangan seorang perempuan yang berusia dalam awal 40-an ke hujung pekan dengan kasar.

"Lepaskan aku! Dia bukan anak aku! dia bukan!"

Wanita itu menjerit-jerit bagaikan wanita gila.. Meronta untuk melepaskan dirinya.

"Bising betul..kalau boleh aku nak je bunuh dia.."

Seorang lagi lelaki bersuara.

"Kau gila? Kalau sumpahan tu terkena pada kita macam mana?"

"Sebab tu aku nak halau perempuan tua ni berambus dari Eplé!"

Lelaki yang menarik kasar tangan wanita itu bersuara. Dia adalah selaku ketua kepada tiga orang yang membawa wanita itu ke hujung hutan.

Hilda. Wanita yang hilang kewarasan kerana tekanan jiwa itu bernama Hilda. Suaminya mati dibunuh kerana dituduh mengamalkan ilmu sihir larangan yang mampu memudaratkan masyarakat.

Kini disisih dan di hina masyarakat. Pada pandangan mata masyarakat, Hilda adalah wanita yang melahirkan zuriat syaitan.

Tubuh Hilda ditolak dengan kasar sehingga rebah di atas tanah.

"Jangan..jangan buat aku macam ni.. dia bukan anak aku!"

Hilda menafikan siapa dirinya. Dia tidak sanggup menanggung penghinaan yang dilemparkan ke atas dirinya.

"Ikat dia. Biarkan dia mereput dalam hutan."

Salah seorang daripada mereka memberi arahan.

"Sekejap.. "

Si ketua menghalang.

"Kenapa,Tuan?"

"Aku rasa aku tak nak siakan dia."

Senyuman sinis bergayut pada bibirnya. Mata jalangnya merenung tubuh Hilda.

"Oh, baiklah.." 

Konco lelaki itu turut tersenyum.

"Aku rasa tubuh dia masih bergetah lagi."

Si ketua melutut seraya itu tangannya menggenggam erat rambut Hilda yang masai.

Hilda mula merintih kesakitan.

"Aku nak lapah tubuh dia dulu. Lepas tu, korang nak buat apa..terpulanglah."

Si ketua mula ingin membuka tali pinggang.

"Lepaskan dia..."

Satu suara tiba-tiba hadir. Menghalang mereka.

Keempat-empat mereka menoleh memandang seorang pemuda bermata merah yang galak merenung mereka.

"Alamak..dia dah datanglah.."

Salah seorang daripada mereka bersuara sekan-akan berbisik.

"Kau takut apa? Dia sorang!"

Si ketua mula naik angin. Keinginan memuaskan nafsunya terganggu.

Dahi Hilda berkerut. Pandangan wajahnya bertukar bengis.

"Pergi! Kau bukan anak aku! Pergi!"

Hilda tiba-tiba menjerit kerana hilang kewarasan.

Pemuda bermata merah itu hanya sekadar merenung wajah ibunya dengan padangan mata yang kosong. Melihat keadaan ibunya membuatkan hatinya sakit.

Berkaki ayam. Penuh dengan luka-luka.
Dia diperlakukan seperti barang permainan. Ibunya dihina.

"Kau boleh hina aku.. tapi kau tak boleh hina dia."

Pemuda bermata merah itu menghampiri mereka.

"Kau siapa nak bagi arahan kat aku?"

Salah seorang daripada mereka bertanya dalam nada sinis dan sombong.

Pemuda itu kini berdiri menghampiri mereka. 

"Aku tak akan biarkan kau hina mak aku."

Nada suara pemuda itu kendengaran halus namun tegas.

"Berambus kau sial!"

Hilda tiba-tiba menjerit.

"Kau punca aku jadi macam ni!"

Seraya itu wanita itu meludah pada wajah anaknya yang bermata merah.

Air ludah menyentuh wajah pemuda itu. Air ludah seorang ibu. Dia tidak menyeka. Namun, membiarkan sahaja.  Matanya hanya sayu merenung ibunya yang galak merenung wajahnya dengan penuh rasa benci.

Saat itu hilai tawa daripada lelaki lain mula kedengaran.

Pemuda bermata merah itu hanya kekal berdiri. Perlahan-lahan dia kembali merenung manusia yang ketawakannya itu.

"Aku nak pinjam mak kau sekejap."

Si ketua berhadapan dengan pemuda bermata merah itu.

Hati pemuda bermata merah itu mula terbakar.

"Mak kau lawa. Badan dia pun mengiurkan. Aku nak sental dia puas-puas dulu."

Lelaki itu tersenyum sinis. Mereka yang lain tertawa.

Pemuda bermata merah itu mula meradang. Jantungnya berdegup dengan kencang menahan sakit hati.

Penghinaan terus dilemparkan.

"Selesai urusan aku pulangkan dia. Aku nak lubang dia je. Yang lain tak nak. Jadi jangan risa--"

Pemuda itu tidak mampu menyekat kemarahannya. Satu tumbukkan padu tepat dihentak pada wajah lelaki itu.

Namun,

Apakah daya yang dia miliki? Tidak mampu dia bertindak lebih daripada upayanya.

Mereka lebih ramai....

Dia tidak mampu memperjuangkan maruahnya malah maruah  ibunya.

...... ... kehidupan ini menyakitkan..

Fernand tertewas dengan sandiwara dunia.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now