046 ❃ TITISAN BEWARNA MERAH

1.3K 180 8
                                    

Perutnya memulas. Usus di dalam perutnya bagaikan dipulas dan dipintal-pintal.

Tandas.

Itu sahaja bayangan yang wujud di dalam kepala otak Beryl.

"Ini semua gara-gara jus delima...tak guna..."

Beryl merungut.

Namun, masalah jus delima itu bukanlah satu isu yang besar cuma...

di manakah kuncinya?!

Tak guna.

Malam-malam begini Beryl terpaksa berkeliaran seorang diri meneliti sepanjang tanah dengan harapan kunci yang entah ke mana hilang akan muncul semula.

Beryl menghembuskan keluhan. Terbongkok-bongkok mencari kunci di sepanjang laluan yang dipijaknya tadi. Ke mana dia telah berjalan, ke situ jugalah dia pergi.

Macam datuk-datuk si bongkok tujuh. Siang membuta, malam berjaga, mencari kuncinya yang hilang....

Apahal?!

Beryl terasa dirinya sendiri begitu bodoh.

Eh, lantaklah. Putus asa! Malas lagi nak mencari kuncinya. Rasanya boleh bermalam dengan Sylvan malam ni.

Beryl mengangkat wajah. Mengalihkan pandangan matanya daripada tanah yang diteliti sejak tadi.

Uishhh..terasa begitu lenguh pinggang ini apabila membongkok terlalu lama.

Oh, baru sedar. Kini Beryl sedang berdiri di lorong yang gelap dan sepi.

Sejak bila dia pernah jejak kaki dekat lorong sepi ni?

"Apalah aku buat sampai ke sini...Macam orang mabuk.."

Beryl mengeluh dan mengutuk dirinya sendiri.

Mabuklah sangat...

Tup!

Satu titisan air tersentuh di atas hidung Beryl. Hujan ke?

Tapi, kenapa pekat semacam?

Perlahan-lahan Beryl menyentuh hidungnya..

Titisan bewarna merah...

Air delima ke?

Tapi, kenapa Delima ni semerah warna darah?

Oh, tidak...Ini sememangnya darah.

Perlahan-lahan Beryl mengangkat wajahnya.

Kelihatan seekor makhluk penghisap darah yang mirip manusia sedang bertenggek di atas bumbung yang tidak terlalu tinggi sedang menyeringai merenung Beryl.

Taringnya yang agak panjang jelas kelihatan. Pada bahagian sekitar mulutnya penuh dengan kesan darah yang segar.

"Vry...kolakas??"

Beryl terkedu seketika saat dirinya terpaku melihat makhluk itu sehinggalahh..... darah bercampur air liur yang mengalir dari dagu makhluk penghisap darah itu menitis dan meleleh pada wajah Beryl.

Nampaknya, ia sedang kebulur.

Sungguh menjijikkn.

Bagus betul. Saat ketika nak cirit pulak dia terpaksa berdepan dengan makhluk spesis kuntilanak ni.

Dan masalahnya kenapa Beryl begitu lama terpaku melihat makhluk bergelar Vrykolakas itu?

Suasana pagi yang indah! Namun, ia tidaklah seindah perasaan bunian genit yang comel itu.

Nymph mencebik. Wajahnya masam mencuka. Sungguh masam. Masam semasam masamnya!

"Nymph merajuk!"

Kedua tangannya disilangkan. Punggungnya dihempaskan di tempat penumpang kereta api yang ditempah khas oleh Grisha.

Kenapa pagi-pagi buta dah bertolak?! Matahari belum pun terpacak lagi.

Grisha hanya memekakkan telinganya. Pandangan matanya hanya dilemparkan di luar jendela. Benci betul. Pengalaman selama satu hari di Eplé adalah sesuatu yang paling tidak indah!

"Nymph tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Monica.."

Nymph merungut bersendirian.

Grisha mengabaikan segala rungutan Nymph. Kepalanya ditongkatkan. Lebih baik merenung permandangan di luar. Walaupun gelap gelita.

Kereta api berwap sudahpun mula bergerak.

"Nymph tidak sempat ucapkan selamat tinggal pada Mathilda..."

Grisha menghembuskan keluhan.

"Nymph juga tidak sempat ucapkan selamat tinggal kepada Selwyn....walaupun Selwyn sombong.. dia baik.."

Grisha memutarkan bola matanya.

"Nymph juga tidak sempat ucapkan selamat tinggal kepada Bery----"

"NYMPH!"

Grisha tiba-tiba meninggikan suaranya.

Nymph lantas terdiam.

"Jangan

berani

sebut

nama

manusia

bodoh

tu.

FAHAM?"

Pandangam mata Grisha tajam menikam pandangan mata Nymph.

Nymph perlahan-lahan mengangguk.

"Maaf.."

Nampaknya Grisha betul-betul bencikan Beryl.

"Bagus..."

Grisha menyilangkan kedua tangannya. Pandangan matanya kembali tertumpu pada permandangan di luar. Yang gelap gelita.

Entah kenapa degupan jantung Grisha terasa laju menumbuk dadanya. Rona pada pipinya perlahan-lahan bertukar merah.

Agaknya entah apa yang bermain di dalam fikiran Grisha.

"Manusia bodoh...."

Setelah sekian lama, satu bisikan kedengaran di hujung bibir Grisha.

Nymph berkerut.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Kde žijí příběhy. Začni objevovat