072 ❃ RAGAM TIGA BUNIAN

1.1K 142 15
                                    

"Sylvannnn!!!!"

Grisha membuka pintu dengan kasar!

Tersentak Sylvan dan Firth yang sedang lena tidur di atas geta yang empuk.

"Kau dari mana Grisha?"

Terpisat-pisat Sylvan menggosok matanya.

Firth menguap.

"Grisha..sila cuba belajar untuk menjadi wanita yang lebih berhemah."

Sempat bunian berambut gelap itu mengkritik tingkah laku Grisha yang kasar.

Terbuntang biji mata merah Grisha melihat dua ekor bunian jantan itu lena dibuai mimpi sementara dia terencot-encot mencari jalan pulang ke kuarters Rosamund.

Panas radang hati dibuatnya!

"Firth! Bagaimana kau boleh terlena bersebelahan dengan Sylvan begitu sahaja!!!!"

Grisha mengherdik.

"Bisingnya kau Grisha.. Adakah kau cemburu?"

Firth mengomel saat matanya masih terpejam.

Sylvan pula masih terpisat-pisat. Tersenyum dengan lawak bodoh Firth.

"TIDAK!"

Grisha meninggikan suaranya.

"BUKAN ITU YANG AKU MAKSUDKAN!"

"Jangan risau Grisha.. Sylvan adalah adinda aku... aku tidak akan melakukan sebarang hubungan sulit."

Ujar Firth sambil memeluk bantal.

Sylvan terkekeh sedikit akan jenaka kekandanya. Ya, Firthala adalah kekanda Sylvan. Lain bonda. Firth adalah kekanda tiri Sylvan.

Dengan langkah kaki yang tercedera pantas Grisha menarik bantal daripada kepala Firth dan memukul kepalanya dengan bantal itu sekuat hati!

"GRISHA!!"

Firth tersentak!

"Firth!!!! Bukankah kau ke sini untuk mengheret Sylvan pulang! DI MANAKAH JANJI KAU!"

Grisha melenting tidak puas hati.

"Jantan..kau sudah datang bulan ke?!"

Firth mula meraup wajahnya. Pening kepala. Dah lah bangun mengejut. Lepas tu kena hadap pulak pekik lolong bunian jantan jadian gila ni! Sengaja dia memanggil Grisha dengan gelaran jantan. Geram betul!

Sylvan hanya sekadar tersengeh seperti kerang busuk melihat mendengar telatah mereka berdua. Terpejam mata rapat sambil menongkat dagu bersila di atas katil.

"Sejak bila Grisha? Sejak bila kau bersikap seperti seorang wanita? Terpekik lolong begini?"

Tambah Firth lagi.

"Tiba-tiba sahaja meradang!"

Sakit hatinya tatkala lenanya diganggu masih tersisa. Pantang betul!

"Sejak hatinya mula terpaut.."

Sylvan sengaja mengusik.

"Apa?!"

Grisha tersentak. Tiba-tiba terbayang akan wajah manusia bodoh itu! Terutama sekali saat dia merapatkan wajahnya pada wajah Grisha!

Jantung Grisha kembali menggila.

Celaka betul!

"Apa? dengan siapa?"

Firth menjongketkan keningnya.

"Adalah...dengan seorang manusia tu..."

Sylvan sambung mengusik. Keningnya dijongketkan bersama senyuman mamai baru bangun tidurnya.

Tiba-tiba Firth terbahak ketawa.

"Baru sekejap tiba di Eplé sudah terpaut!? Biar betul?"

Grisha semakin geram! Jantungnya berdegup semakin kencang.

"Malangnya manusia itu!"

Firth terkekeh-kekeh ketawa.

"Ya, sungguh malang.."

Sylvan menongkat dagunya. Sedikit tersengguk-sengguk.

"Jadi manusia malang itu dapat menandingi Bahtiar yang selama ini kau dambakan Grisha?"

Firth tersenyum sinis.

"Manusia bodoh itu tidak wujud! Berhenti bercakap tentang dia!"

Grisha semakin geram. Dadanya berdegup kencang. Semakin kencang!

"Ada... manusia itu wujud.. aku amat mengenali manusia 'bodoh' tu.."

Sylvan sempat mencelah saat dia menongkat dagu tersengguk-sengguk.

PAK!!!

Firth menepuk kepala Sylvan kasar!

Terus hilang rasa mengantuk Sylvan.

"Dan kau pula bodoh biarkan manusia bodoh itu cuba merampas pasangan kau?" 

Firth mula membebel.

"Aku cuma bergurau.. "

Sylvan mencebik. Belakang kepalanya diusap perlahan.

"Sebenarnya aku terlupa yang Grisha adalah pasangan aku.."

Grisha mengepal buku lima.

"Firth! Sekali lagi aku bertanya! Bukankah kau ingin mengheret Sylvan pulang ke Anril.. "

Ya, Grisha tidak sabar ingin pulang ke Anril! Semuanya kerana manusia bodoh itu!

"Sabarlah Grisha.. Aku ada tugasan penting perlu diselesaikan di sini. Selesai sahaja aku pulanglah ke Anril."

Sylvan menghembuskan keluhan.

"Sementara tu.. bolehlah kita luangkan masa di Eplé.. "

Firth tersenyum dan terus merebahkan tubuhnya di atas tilam yang empuk.

"Tidak! Aku tidak setuju!"

Grisha membentak!

"Lantak kaulah..."

Sylvan turut merebahkan kepalanya di atas tilam yang empuk.

Dengkuran kedengaran.

Grisha menarik nafasnya sedalam-dalam dan dihembuskan dengan kasar! Tubuhnya dihempaskan di atas sofa panjang.

Harap-harap dapat tidur dengan lena!

Sakit hati bertambah saat bertekak dengan Sylvanoryn dan kekandanya Firthala!

Urghhhhh!!!

Grisha tertewas malam ini! Terpaksa mengaku kalah!

Pagi Esok

"Oi..Grisha..kasut sebelah kau mana perginya?"

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now