159 ❃ SI DALANG DAN BONEKA

723 107 39
                                    

Bunyi aliran anak sungai memecahkan kesunyian di waktu pagi. Pandangan mata Fernand  tenang sahaja merenung air sungai. Ketenangan ini tidak pernah dirinya rasa seumur hidup.

Marira. Wanita yang berikannya kebahagiaan dalam diam.
Tidak pernah jiwanya dibelai dengan perasaan tenang sehinggalah dirinya bertemu dengan Marira.

Patutkah dirinya meluahkan rasa bahagia ini pada Marira?

Tidak. Jangan.

Fernand menepuk dahinya sendiri. Satu keluhan dihembuskan.

Perasaan ini mengaibkan. Sekiranya diluahkan pasti dirinya akan kesal apabila Marira tidak menerimanya. Rasa bahagia yang kini dirinya rasa pasti akan lenyap.

Lagipun, Marira agak tua untuk usianya. Apatah lagi dirinya yang bermata merah. Pasti Marira akan dicemuh.

Jadi, biarkan rasa bahagia ini dipendam. Mungkin itu yang paling baik.

"Fernand... "

Arvius membongkok dan menyentuh bahu Fernand.

Fernand terpinga-pinga merenung wajah Arvius. Lelaki yang telah berikannya nyawa. Lelaki yang telah mengajarnya erti bersyukur dan pengorbanan. Lelaki yang telah membantu dirinya mengenali dunia di bahagian yang cerah. Dakarai Arvius.

"Aku rasa aku cintakan Marira."

Lelaki penyihir meluahkan perasaannya. Mata birunya merenung langit.

Fernand tersentak. Namun, raut wajahnya dipalsukan dengan seulas ukiran senyuman yang ditoreh dengan pemahat. Ngilu dan pedih.

Kenapa perasaan ini terasa di dalam jiwanya?
Rasa kebahagiaan yang dipendam di dalam hati kini bercelaru.

Aduan luahan perasaan Arvius sedikit sebanyak meninggalkan kesan pada hati Fernand. Rasa bahagia mula terhakis apabila rasa cemburu mula merangkak di dalam jiwa.

Arvius sudah dianggap sebagai abang kandung walaupun berlainan bangsa. Arvius bersungguh-sungguh ingin menghidupkan Fernand supaya dirinya mengenali dunia di bawah cahaya yang cerah.

Pengorbanan Arvius tidak boleh dibayar dengan segala kekayaan dunia. Tidak boleh. Arvius terlalu banyak berjasa terhadap dirinya.

Arvius adalah seorang lelaki yang amat disanjungnya. Namun, adakah dirinya rela saat Arvius mengaku bahawa dia cintakan Marira.

Aku pun cintakan Marira.

Perasaan itu dipendam.
Fernand kembali merenung air sungai yang mengalir. Tiada lagi kebahagiaan dan ketenangan yang dirasainya.

Arvius hanya sekadar tersenyum sinis merenung perubahan raut wajah Fernand dari tepi. Cemburu?

Marira kini adalah miliknya.

Janganlah ingat kau boleh miliki Marira atas rasa simpatinya.

Fernand adalah boneka untuk memenangi hati Marira. Arvius adalah lelaki yang mengawal tali boneka. Jadi siapakah yang akan Marira pilih? Si boneka? Atau si dalang yang mengawal boneka.

"Aku nak lamar Marira."

Arvius berbisik perlahan seraya itu lelaki itu berlalu pergi. Sengaja menyakitkan hati Fernand. Sudah lama Arvius menantikan saat ini.

Kematian Nyle Dulchie. Dan kini Arvius Darkarai akan menggantikan tempat perajurit Rosamund yang maut ditelan ombak saat bertempur dengan puaka lautan.

"Aku nak lamar Marira..."

Suara Arvius tergiang-giang di dalam mindanya.

Fernand hanya tertunduk. Apa perasaan yang menganggu di dalam jiwanya? Kenapa terasa begitu sakit?

Cemburu.

Cemburu adalah perasaan yang mengundang kegelapan di dalam hati. Cemburu adalah benih kepada rasa benci dan dengki. Seandainya akar pohon kebencian dan rasa dengki mula mencengkam jiwa pasti segala kebahagiaan akan lenyap.

Pemuda bermata merah tidak mahu kehilangan rasa bahagia di dalam hatinya. Apa yang dirinya perlu lakukan untuk menghapuskan rasa cemburu ini?

Marira adalah wanita yang amat ikhlas menerima kehadirannya.

Arvius adalah lelaki yang berikan dirinya nyawa juga membantunya untuk mengenali dunia yang indah.

Fernand merenung rumput yang hijau di atas tanah. Bunyi  gemersik daun-daun pohon dibelai angin-angin sepoi bahasa sungguh menenangkan. Subuhnya tumbuhan adalah kerana tertanamnya jasad yang mati di dalam tanah.

Di atas tanah tumbuhan hijau hidup dengan mekar.

Di bawah tanah tertanamnya mayat dan bangkai yang mereput.

Pengorbanan.

Dirinya perlu akur dan terima.

Lepaskan.

Lupakan.

Semua itu akan menghapuskan rasa galau dalam jiwa.

Biarkan kebahagiaan dan keindahan di dalam jiwanya mereput seperti bangkai di dalam tanah.

Semoga Arvius dan Marira akan hidup bahagia dan mekar seperti tumbuhan di atas atas tanah.

Ini adalah pengorbanan. Kata mereka pengorbanan itu indah.

Fernand mengigit bibirnya. Tapi kenapa sakit yang terasa?

🍎

***Hola guuys. Sorry abaikan Mata Merah. Saya join Fiesta April by Ambassador Malaysia. Marilah sama-sama sokong wattpad Malaysia! 💓

Lagipun saya masih kurang sihat. So, tak dapat nak fokus untuk update Sumpahan Mata Merah. Maafkan saya. Terima kasih buat yang setia menanti saya di sini.

Oh,

Ingat lagi saya share gambar Fernand?

Ingat lagi saya share gambar Fernand?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Atas ni gambar Fernand yang sekarang. How about Fernand ketika muda iaitu ketika flashback ini. Which is around 14-16. Dia sendiri tak pasti umurnya begitu juga dengan saptember.

So yeah. Ini gambaran wajahnya.

Makin tua makin handsome lak Fernand ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Makin tua makin handsome lak Fernand ni.

tusssshh!!

*Darah tersembur keluar dari hidung!*


Ikemennn......(●´∀`●)


All media used is © to the respectful owner.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now