056 ❃ HAJAT SEBELUM MATI

1.2K 160 44
                                    

"Dunia menjadi senyap,
Segala perasaan menjadi kaku,
Saat sesuatu itu lenyap,
Segalanya bersatu."

"Dunia menjadi senyap,
Segala perasaan menjadi kaku,
Saat sesuatu itu lenyap,
Segalanya bersatu."

"Dunia menjadi senyap,
Segala perasaan menjadi kaku,
Saat sesuatu itu lenyap,
Segalanya bersatu."

"Dunia menjadi senyap,
Segala perasaan menjadi kaku,
Saat sesuatu itu lenyap,
Segalanya bersatu."

Lama Fernand merenung teka-teki siluman itu.  Akhirnya Fernand menghembuskan satu keluhan.

"Dah tau jawapan dia?"

Cletus melurutkan rambutnya kebelakang.

"Kau pergi baliklah. Malas aku nak buang masa. Aku boleh cari siluman lain untuk terjemahkan apa Dhak kata."

Fernand akhirnya serah diri.

Cletus ketawa sinis.

Fernand sekadar menjongketkan keningnya. Apa yang lawak sangat.

"Kau tau tak menyerah kalah bermakna kau ingin menempah maut. Tak ada sesiapa berani tarik diri daripada teka-teki siluman."

Cletus memberitahu.

"Teka-teki kau bodoh. Aku yakin jawapannya mesti mengarut. Aku tak nak buang masa."

Fernand lantas berdiri. Sakit kepala berdamping dengan siluman.

'Ktak..'

Bunyi picu senjata ditarik memecahkan kesunyian kediaman tersebut. Pistol bermuncung panjang dihalakan ke arah Fernand.

"Jangan bermimpi untuk tarik diri.

Dhak mula menyalak.

Fernand membuntangkan biji matanya.

"Jadi kau betul-betul nak bunuh aku sebab perkara remeh ni."

Cletus sekadar tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

Satu hembusan keluh diluahkan. Rambut Fernand dilurutkan kebelakang.

"Baiklah, aku akur."

Fernand tersenyum sinis.

Salakan Dhak kian membingit telinga.

"Dhak...senyap!"

Fernand meletakkan jarinya di bibir.

"Ada apa-apa hajat sebelum mati?"

"Ada..banyak.. Kau nak tolong tunaikan ke?"

Fernand menyindir Cletus.

"Apa dia? Mungkin aku boleh tunaikan.."

Senjata digenggam kemas.

"Aku ada tiga hajat..."

Fernand bermain kata. Cuba untuk menguasai pemikiran seorang siluman.

"Yang pertama?"

"Aku tak nak Dhak tengok aku mati dibunuh."

"Keluarkan dia sekarang."

Cletus memberi arahan.

"Dhak..berambus!"

Fernand menghalakan tangannya ke arah ruang dapur kediaman tersebut

Dhak tertunduk akur dengan arahan Fernand. Anjing itu bergerak ke arah belakang dan terus keluar mengikut pintu belakang yang telah sedia ternganga.

"Hajat kedua?"

"Sekurang-kurangnya, sebelum aku mati, aku nak tau apa yang telah berlaku kepada Dhak."

"Ketika di dunia malam Dhak telah diserang vrykolakas sebab tulah kalung genma dia hilang. Oh, lagi satu Dhak kata rasanya dia tau lokasi medan sihir tu. Bila-bila masa senang dia boleh bawa kau ke sana.."

Cletus berterus-terang. Apa salahnya tunaikan hajat si mati.

"Ohh... "

Fernand tersenyum puas. Dapat juga dia tahu jawapannya! Namun, senyuman lebar Fernand kian mengendur.

"Malangnya, Dhak tak sempat nak bawa aku ke sana."

"Aku bersimpati. Baiklah, beritahu aku hajat terakhir kau."

Cletus acuh tak acuh. Tak sabar ingin membunuh.

Fernand tertawa melihat gelagat Cletus.

"Aku nak tau jawapan kepada teka-teki tu. Boleh?"

Cletus lantas tertawa besar.

"Tak lama lagi kau akan menjadi sebahagian daripada jawapan tu."

"Maksud kau? Kematian?"

Fernand berkerut seribu.

"Ya, jawapannya kematian.. Saat kau mati, dunia akan menjadi senyap, Segala perasaan akan menjadi kaku,
Saat sesuatu itu lenyap, Segalanya bersatu."

"Laaaah? Ye ke? Tapi apa yang bersatu?"

Fernand menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku tak dapat nak faham."

Tulus Fernand bertanya.

"Bila tiba saat satu kematiaan tu. Segalanya akan bersatu. Keluarga..saudara-mara..para sahabat serta jiran setempat.."

"Oh.........."

Fernand terangguk-angguk, cuba untuk faham. Dahi Fernand turut berkerut seribu.

"Tapi kan, rasanya macam tak boleh pakai je jawapan tu."

"Dah mati nanti kau akan taulah..Dah cukup membebel? Aku nak bunuh kau ni. Berhentilah bercakap."

Cletus menjuihkan bibirnya. Banyak songeh pulak orang nak mati ni.

"Jawapan tu tak masuk akal. Aku boleh buktikan."

Fernand mengusap dagunya. Seolah-olah rancak berfikir.

"Macam mana kau nak buktikan?"

"Kau bunuh aku nanti, kau duduklah sini dalam seminggu ke? Percayalah.. tak akan ada sesiapapun menziarahi aku."

"Alahai..kesiannya.. kau sebatang kera lah ni?"

Cletus membuat muka sedih. Senjata masih dihalakan pada wajah Fernand.

"Mungkin... Aku cuma ada Dhak. Itu pun belum tentu dia nak ziarah aku."

Fernand cuba meraih simpati daripada Cletus. Cuba untuk buat Cletus membatalkan niat untuk membunuhnya.

"Nasib kaulah manusia..dah alang-alang sebatang kera lebih baik kau mati. Tangan aku dah gatal ni.."

"Tunggu sekej-----"

Belum sempat Fernand menghabiskan kata-kata terakhirnya satu das tembakkan dilepaskan!

Darah merah tersembur keluar mengotori dinding. Peluru yang laju terbenam di dalam kepala Fernand.

Biji mata Fernand terbuntang luas. Tubuhnya turut rebah di atas lantai seiring dengan kelongsong peluru yang jatuh berhadapan dengan pendiang api.

Fernand mati begitu sahaja bersama peluru yang terbenam di dalam kepalanya.

Suasana serta-merta menjadi sunyi. Yang hanya kedengaran cumalah bunyi percikkan api daripada pendiang api.

Muncung pistol yang berasap disisipkan semula pada pinggang siluman itu. Cletus tersenyum.

"Semoga bersemadi dengan aman!"

Ujarnya riang.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now