015 ❃ KAMAR TIDUR PENYANGAK

2K 240 10
                                    

Dhak menggeliat sepuas-puasnya sambil matanya masih terpejam. Bantal gebu dipeluknya semula. Inilah tidur yang paling lena.

Ekornya yang gebu meliuk-liuk perlahan. Telinganya sedikit bergerak-gerak.

Lena yang selena-lenanya.

Sekejap?

Mata Dhak lantas terbuka.

Terbuka luas.

Terkebil-kebil.

Terpinga-pinga.

"Ini kamar tidur penyangak!" 😱

Pantas Dhak bangkit dari pembaringan.

"Aku perlu lari dari sini!"

Dhak cemas. Matanya galak merenung jendela dan untuk seketika Dhak terkedu. Matanya merenung katil di mana dia lena dibuai mimpi tadi.

"Mungkin aku perlu kemas dulu?"

🍻

Wajah Monica merah. Merah kerana tersipu malu yang melampau. Selwyn menghadiahkannya Coklat berbentuk hati dan didalamnnya pula terdapat lebih banyak coklat.

Ia makan masa selama seminggu untuk menyiapkannya dan dalam masa seminggu itu pula Monica mengisytiharkan perang dingin.

"Terima kasih..."

Gugup Monica bersuara.

"Hadiah saya?"

Selwyn pula bertanya.

Monica terdiam.

"Alamak... Lupa.."

"Lupa atau memang tak nak bagi?"

Selwyn menjongketkan keningnya.

Monica memutarkan bola matanya.

"Memang tak nak bagi pun."

"Habis tu? Yang dalam perut tu? Bukan hadiah untuk saya ke?"

Telinga Monica terasa panas.

"Saya nak hadiah lagi."

"Apa?!"

🍫

"Keji..keji.. keji..keji..."

"Jahat...jahat...jahat..jahat.."

Nymph ke hulur dan ke hilir sambil merungut. Bengang betul dia dengan Sylvan.

Sangat geram.

"Kejam..kejam...kejam..."

"Zalim..zalim..zalim.."

"Oh!"

Sedar tak sedar Nymph sudah jauh berjalan sehinggalah tiba di hujung Eplé.

"Kuda padi!"

Nymph teruja terlihat seekor kuda pada di situ. Comelnya!

Bersusah payah gadis bunian tersebut memanjat pagar kayu.

Dan saat dirinya berjaya melepasi pagar kayu tersebut----

"Aaaaaaahhhh! LEPASKAAAAANNNN"

Nymph menjerit sekuat hati!

🐴

Wajah Sylvan pucat. Tiba-tiba sahaja ada tugasan mustahak perlu dilakukan. Ada laporan mengatakan kanak-kanak hilang.

Bagaimana sekiranya Nymph terlibat?! Apakah makhluk penghisap darah Vrykolakas yang telah menyembunyikan kanak-kanak?!

Tidak! Dia tidak sepatutnya biarkan Nymph merajuk!

Dia tidak sepatutnya biarkan Nymph pergi seorang diri!

Bahaya!

Adakah benar sekiranya Nymph telah pergi ke hujung Eplé.

Dunia malam yang tidak harus didekati!

"Habislah kau....."

Ujar Beryl sambil tersenyum sinis.

Sylvan tersentak dari lamunan.

"Apa kau nak jawab pada nak Nymph nanti."

Beryl sengaja buat Sylvan bertambah risau.

"Senyaplah!"

Sylvan memutarkan bola matanya. Terus bunian itu melangkah keluar dari bar kecil tersebut.

"Betina mana tak menyusahkan orang."

Beryl hanya ketawa kecil sambil memerhatikan Sylvan melangkah keluar.

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.
SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now