135 ❃ MENGUMPAN IGNACE RAINAULT

Começar do início
                                    

"Ignaceeeee!!!!!!"

Suara seorang gadis kedengaran bergema di ruang udara.

Ignace berkerut dan pantas menoleh. Siapa yang memanggilnya?

"Ignace! Nasib baik jumpa awak!"

Beverly lantas mendakap lengan Ignace.

"Siapa awak ni?"

Ignace berkerut seribu dan terus menarik perlahan lengannya.

Sylvyen menjuihkan bibirnya. Drastik betul lakonan Beverly.

"Ini sayalah. Beverly. Ingat tak kau selamatkan saya haritu?"

Beverly menundingkan jari telunjuk pada wajahnya.

"Oh.."

Ignace terdiam. Ada ke dirinya memperkenalkan namanya pada gadis berambut merah ini tempoh hari? Rasanya macam tak ada.Atau mungkin ada. Tak dapat nak ingat.

"Terima kasih selamatkan aku. Saya terhutang budi dengan awak."

Beverly tersenyum.

Sylvyen berkerut seribu dari tepi. Ratu sandiwara apa ni? Kejap saya, kejap aku. Kejap kau, kejap awak. Langsung tidak berpendirian tetap.

Yang sebenarnya gemuruh. Takut terkantoi.

"Tak ada masalah. Apa-apa pun jagalah diri."

Ignace mula terasa ganjil. Pelik dan jelik. Lelaki itu mula mengatur langkah untuk pergi.

"Nantilah dulu, Ignace!"

Beverly menarik kain mafela Ignace. Langkah Ignace terhenti. Ui, sabarjelah.

"Ya? Ada apa?"

Tanya Ignace dengan nada mendatar. Kain mafela dibetulkan lilitan pada lehernya.

"Sebagai tanda terima kasih, sudi tak teman saya dan kawan saya ke sebuah festival?"

Beverly menarik kasar tangan Sylvyen.

Sylvyen tersentak!

Ignace  berkerut memandang Sylvyen dari atas sampailah ke bawah.Gadis bunian?

"Er..hai."

Gadis bunian tersenyum kambing pada Ignace Rainault. Terasa jaggal. Ignace kelihatan jauh lebih tinggi berbanding dirinya. Cis, tak guna.

"Ini Sylvyen. Sahabat baik saya!"

Beverly bersungguh-sungguh memperkenalkan Sylvyen kepada Ignace.

Ignace hanya memandang gadis bunian dan mengangguk. Bunian yang melarikan diri dari kerajaan bunian barangkali?

Beverly memutarkan bola matanya. Apahal Sylvyen malu-malu kucing ni?

Bak!

Belakang Sylvyen ditepuk dengan telapak tangan!

Sylvyen menggigit bibir menahan sakit.

"Marilah teman kami."

Agak gugup Sylvyen bersuara. Sakit dadanya terasa walau didebik dari belakang.

"Saya perlu pergi. Jaga diri baik-baik."

Ignace hanya sekadar tersenyum dan meminta diri untuk berangkat pergi.

"Habislah kalau lelaki gatal ganggu kami."

Beverly memuncungkan bibirnya. Sengaja mengumpan hati Ignace dengan rasa serba-salah.

"Betul tu. Lelaki miang ada di mana-mana."

Tambah Sylvyen lagi. Harap-harap dapat raih simpati Ignace dengan kecomelannya.

"Terpaksa batalkan niat nak pergi ke festival duyung."

Beverly mengeluh.

"Festival duyung?"

Ignace bertanya. Seakan-akan tertarik dengan subjek Festival Duyung..

"Ya, ada dianjurkan di Kerajaan Uldorin.Awak mahu sertai kami?"

Tanya Sylvyen dengan penuh lemah-lembut.

Ignace terdiam dan berfikir sejenak. Mungkin Beryl dan Sylvan ada di sana untuk dapatkan sisik duyung jantan yang bewarna hitam.

Ada baiknya juga kalau terserempak dengan mereka. Boleh maklumkan tentang Arvius kepada dua orang Rosamund itu.

"Uldorin tak jauh dari sini kan?"

Ignace bertanya.

"Tak! Lebih kurang sejam dua sahaja kalau pergi dengan kereta api."

Ujar Beverly ingin menyakinkan lagi pemuda berambut emas itu.

"Baiklah, saya akan ikut."

Ignace mengangguk dan tersenyum dengan manisnya.

"Yay! Berjaya!"

Beverly dan Sylvyen bersorak riang sambil melagakan tapak tangan mereka!

Hahaha. Habislah kau Ignace! Ke Festival Duyung!!

 Habislah kau Ignace! Ke Festival Duyung!!

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.
SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Onde histórias criam vida. Descubra agora