081 ❃ KALUNG MILIK DHAK

Start from the beginning
                                    

Telinga anjing itu bergerak-gerak saat ketika mendengar bisikan daripada dua orang bunian. Anjing husky itu terus terjaga dan mula menyalak ke arah tingkap.

"Dia mula buat bising lagi."

Firth mengomel.

"Dia cuba untuk masuk."

"Ya, itu yang aku katakan sebentar tadi."

Firth menjeling Sylvan.

"Oh,ya.."

Sylvan tersenyum seperti kerang busuk.

"Lebih baik kau lakukan sesuatu sebelum mengganggu orang lain."

"Aku bawa ia naik.."

Sylvan terus melangkah keluar dan turun ke bawah.

🍎

Sylvan menutupi pintu biliknya setelah membawa anjing itu masuk ke dalam.Si anjing mengibas bulunya yang diselaputi dengan salji putih. Habis salji putih berderai di atas lantai kamar.

Si husky terus menghampiri Firth dan mula menyalak.

"Apa yang kau nak anjing! Pergi jauh!"

Firth berkerut seribu dan berundur beberapa tapak ke belakang.

"Ia sukakan kau."

Sylvan tertawa.

"Mustahil! Aku rasa ada sesuatu yang lain ia mahu daripada aku."

Si anjing mula menghidu tubuh Firth. Telinganya bergerak-gerak.

Firth hanya sekadar memerhati dengan pandangan jelik.
Sylvan hanya sekadar tersenyum.

"Sylvan.."

Firth duduk di birai katil. Mengabaikan si anjing yang asyik menghidu tubuhnya. Si anjing kemudian mula menghidu rak yang tersusun di atas meja perabot.

"Hmm?"

"Bagaimana dengan pencarian medan sihir?"

"Hampir jumpa."

Telinga anjing bergerak-gerak.

"Aku risau. Aku risau sekiranya itu adalah medan sihir yang menyeru mereka yang sudah mati."

Saat Sylvan bercerita, anjing itu tiba-tiba sahaja menyalak ke arah laci meja. Tangannya mencakar-cakar laci meja.

"Bisinglah.."

Firth merungut. Ganggu betul. Baru nak dengar cerita Sylvan.

"Ia inginkan sesuatu?"

Sylvan berkerut. Laci dibuka. Seutas rantai kalung genma kelihatan. Sekejap. Ini kalung genma yang dijumpai Sylvan ketika membunuh seekor vrykolakas tempoh hari.

Si anjing kelihatan begitu teruja.
Ekornya bergoyang-goyang.

"Ini kau punya?"

"Kau curi?"

Firth tersenyum sinis.

"Aku terjumpa."

Sylvan tersenyum. Bunian berambut putih mula membongkok dan menyarungkan rantai pada leher anjing itu.

Tubuh si anjing mula bercahaya dan perlahan-lahan bertukar menjadi manusia.

Walaupun sudahbertukar manusia, telinga dan ekor anjingnya masih ada. Ekornya yang gebu terus menutupi  bahagian kemaluannya.

Tersenyum tersipu malu.

"Dhak?"

Sylvan berkerut. Ini budak anjing jadian yang telah menjahanamkan cabriolet Beryl!

"Kita berjumpa sekali lagi tuan. Terima kasih kerana sudi pulangkan semula kalung saya."

Dhak masih tersenyum. Rona pada wajahnya bertukar merah. Segan betul.

Firth melemparkan jubah berkerudung ke arah anjing separuh jadian itu.

"Terima kasih."

Dhak terus menyarungkan pada tubuhnya. Mujur ada pakaian untuk menutupi tubuhnya.

"Adakah kau diserang vrykolakas?"

"Ya."

Jawab Dhak sepatah menganggukkan kepalanya.

"Dan bagaimana kau boleh tahu kalung kau di sini?"

"Saya terhidu pada dia."

Dhak menundingkan jarinya pada arah Firth.

Firth tertawa.

"Sebenarnya aku telah mencuba kalung itu pada rambut aku. Aku sangkakan ia merupakan perhiasan rambut."

"Jangan malukan kaum bunian."

Sylvan turut tertawa. Firth pasti begitu bosan dan melaram di dalam kamarnya. Grisha pula entah ke mana.

Dhak tersenyum kelat. Dia perlu cepat beredar daripada sini dan maklumkan segalanya pada Fernand.

Oh...rasanya tadi Dhak terdengar tentang pencarian medan sihir? Adakah medan sihir yang dimaksudkan mereka itu medan sihir untuk menyeru Marira? Sekiranya ya...Dhak tidak boleh berlengah lagi.

"Aku sangka kau tidak  berani lagi jejakkan kaki di sini?"

Sylvan tersenyum.

"Kenapa pula?"

Dhak terpinga-pinga.

"Kau lupa tentang hutang kau pada Beryl?"

"Maksud tuan? Tuan penyangak itu ke?"

Dhak  berkerut. Alamak dia masih ingat! Alamak..alamak..Dhak. Cepat fikirkan cara untuk  berambus pergi!

Sylvan bantai tertawa.

"Ya! Kau masih berhutang dengnnya."

"Ini bayarannya."

Dhak menghulurkan sesuatu pada Sylvan.

Sylvan berkerut dan turut menadahkan tangannya. Firth yang hanya memerhati turut berkerut.

BOK!

Dhak pantas mengepalkan tangannya dan menumbuk hidung Sylvan!

"ADUI!!"

Sylvan terus menekup hidungnya!

Terus Dhak berlari dan melompat ke arah jendela.

"Saya akan cuba bayar nanti!!!!"

Dhak terus melompat keluar dari jendela.

"Dia sangat lincah..."

Firth memuji.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now