001 ❃ DIA BAGAIKAN COKLAT

7.9K 420 30
                                    

Dunia sumpahan adalah ruang yang begitu asing daripada dunia Ghais Lavanark.

Sepi.

Gelap.

Suram.

Hakikatnya ia merupakan sebuah dimensi kegelapan.

Kegelapan yang sunyi. Yang tiada apa-apa.

Secara logiknya, ia tidak wujud.

Tiada kelahiran di dunia kegelapan.

Tiada kehidupan di dimensi kegelapan.

Namun, tidak mustahil untuk kegelapan itu bangkit.

Yang akan bangkit itu digelar sebagai makhluk kegelapan.

Makhluk kegelapan itu mampu untuk bangkit dan bernafas.

Hanya dengan satu seruan makhluk kegelapan akan bangkit.

Walaupun seruan itu hanyalah sekadar melalui bisikan halus.

Ia akan bangkit.

Seandainya satu lafaz sumpahan berbisik.

Ia akan terjaga dari tidur yang lama.

Dan untuk hapuskannya bukanlah mudah.

Adakah ia boleh dihapuskan?

Makhluk kegelapan boleh dihapuskan.

Dan apabila ia sudah dihapuskan, tidak mustahil baginya untuk bangkit semula.

Siapa yang seru?

Sesiapa sahaja.

Ya, seseorang akan menyerunya.

Kerana apa?

Kerana nafsu dan coklat...

🍫

"Pfft! Tak masuk akal!"

Lelaki itu ketawa sendirian.

Ruang kamar itu kecil dan sepi. Namun suasana itu dipecahkan dengan bunyi ketawa yang membingitkan telinga.

Kamar itu hanya diterangi dengan cahaya lilin.

Fernand. Lelaki itu merenung cahaya lilin. Api daripada lilin itu meliuk-liuk dengan iramanya tersendiri. Fernand melurutkan rambutnya yang bewarna coklat kebelakang. Ya, kelihatan tidak terurus. Fernand menggelengkan kepalanya. Ketawanya semakin reda.

Pandangan matanya kemudian merenung portret seorang wanita yang dilukisnya sendiri.

Wanita yang anggun. Dia tidak akan lupakan wanita itu. Rindunya pada wanita itu bukan kepalang.

Jari jemarinya perlahan mengusap wajah pada portret tersebut. Pada bibirnya perlahan-lahan terukir satu senyuman.

Peristiwa 20 tahun yang lalu tidak pernah dilupainya. Sesiapa yang pernah ada di dalam kisah hidupnya tidak akan dilupakan. Baik yang dia benci mahupun sayang.

Hanya duduk di dalam penjara bawah tanah ini telah membuatkan dirinya sentiasa mengimbaukan segala kenangan lalu.

Kenangan yang menyakitkan hati.

Mengimbau segala kenangan lalu ibaratkan sumpahan yang mengerikan.

Sumpahan yang menyeksa hati.

Sumpahan hati.

Tak apa.

Duduk di dalam penjara bawah tanah ini bukannya selamanya. Ini semua tidak akan berkekalan. Ia akan berakhir.

Dia telah diberi kelonggaran untuk dibebaskan. Cuma beberapa hari sahaja lagi. Fernand tersenyum sendiri.

Nampaknya helahnya telah berjaya.

Tiada siapa tahu apa yang si gila mampu buat.

Selama ni tiada sesiapa pun tahu yang Fernand ada masalah kewarasan.

Oleh itu, Fernand berpura-puralah menjadi gila.

Dengan itu dia akan mendapat rawatan. Dapat pula penjara yang lebih baik kelasnya. Ya, untuk orang gila. Selesa sikit.

Setelah mendapat rawatan....

Apa lagi?

Fernand pun berpura-puralah sudah pulih daripada gila. Dan juga berpura-pura suci.

Padahal masih gila.

Tak sabar nak keluar dari penjara bawah tanah ni.

"Marira....aku rindukan kau.."

Potret wanita itu dikucup.

Seperti maksud nama Marira, ia telah memberi kepahitan buat hati lelaki itu. Ya, pahit. Kerana wanita bernama Marira, dia telah ditempatkan di penjara bawah tanah ini.

Marira.

Maksud nama Marira adalah pahit. Namun sepahit mana pun tetap ada manisnya. Macam coklat.

Ya, dia bagaikan coklat. Ada manis dan pahit.

Dan manisnya itu mengundang penyakit. Sakit apa? Sakit gigi. Kalau gigi dah patah. Sakit tak? Macam itulah sakitnya kalau patah hati. Kalau gigi berlubang? Sakit tak? Aduh. Tidak. Hati ini sudah berlubang.

Lelaki itu tersenyum sendirian. Bercakap seorang diri.

Portret itu disimpan elok di celah buku. Ia diletakkan dibawah bantal.

"Bagaimana Eplé agaknya?" 

"Bagaimana Eplé agaknya?" 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now