"Aku pilih untuk bayar dengan maruah."
Beryl bersuara mendatar.
Sylvan membuntangkan biji matanya. Harap-harap Beryl tidak bertindak kurang waras.
"Kau ada teman wanita, isteri atau anak gadis?"
Calix tertawa sinis.
"Kau rasa aku akan mengaku kalau aku ada?"
Balas Beryl mendatar.
"Aku kenal mereka yang cuba menipu aku.Itu kelebihan aku."
Calix menghunuskan pedangnya pada Beryl.
"Aku tak ada. Aku bujang terlajak."
Beryl mendepakan tangannya.
Sylvan tertawa mendengar pengakuan Beryl.
"Bodoh! Jangan buat lawak."
Sylvan berbisik sambil menahan ketawa.
"Kalau macam tu, tanggalkan pakaian kau."
Calix memberi arahan.
"Gila?! Tak bermaksud aku bujang kau boleh dapatkan aku!"
Beryl dengan pantas menarik kerudungnya kehadapan. Gila. Apa nak main-main tanggal baju ni? Beryl jejaka budiman!
Lagipun, identiti mereka haruslah dirahsiakan!
Calix tertawa.
"Aku boleh layan kau macam perempuan kalau aku nak."
Calix menjilat bibirnya.
"Erh...apa ni?"
Beryl mula terasa mual di tekak.
Beberapa orang anak kapal mula berbisikkan ayat-ayat yang mengandungi unsur seksual.Walaupun mereka hanyalah seramai tiga ke empat orang, sudah cukup buatkan Beryl dan Sylvan meremang.
Sylvan semakin terasa seram sejuk. Adakah lanun-lanun di sini suka meratah kunyit? Wajah Sylvan semakin kemerahan. Jantung berdegup kencang. Pelbagai adegan kotor sudah mengaburi minda Sylvan.
"Sylvan..."
Beryl meneguk airliur. Rasanya rancangan harus ditukar. Tak macam Sylvan, Beryl tidak sanggup membayangkan apa yang bakal terjadi.
"Baiklah.."
Sylvan akur.
Sepantas kilat Beryl menendang tangan Calix! Uncang yang mengandungi kuku banshee terlambung di udara.
Sylvan pantas mencapainya.
Saat anak-anak kapal mula menghampiri dan menyerang Sylvan, bunian itu lebih pantas menggunakan kuasa sihirnya. Medan sihir yang muncul di telapak tangannya terus menghasilkan cahaya dan angin bahang.
Anak-anak kapal semua tercampak kebelakang!
Mujur mereka tidak ramai! Mudahlah kerja Sylvan.
Ada yang terlangkup jatuh di dalam lautan air yang megandungi serpihan-serpihan air batu. Terhempas kepala mereka sehingga tidak sedarkan diri.
Calix cuba megeluarkan pedangnya namun Beryl lebih pantas menendang bilah senjatanya itu sehingga terpelanting jauh!
Dalam masa yang sama Beryl cuba mencapai pistolnya keluar. Kali ini, giliran Calix lebih pantas menghalakan tangannya ke hadapan. Dengan kuasa telekinesis yang dimilikinya senjata itu bergerak sendiri dan terus bertukar tangan!
Picu ditarik dan dihalakan pada arah Beryl.
Beryl mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah diri.
"BERYL!!"
Sylvan menjerit dan terus melompat turun dari kapal!
Saat tumpuan Calix teralih Beryl mengambil kesempatan untuk melarikan diri dan melompat turun dari kapal!
"Tak guna! Sial!"
Calix melepaskan bertalu-talu tembakkan babi buta! Saat peluru sudah habis, siluman tersebut terus menghempas pistol itu di atas lantai kapal!
Dia perlu bunuh manusia dan bunian itu!
Langkahnya dipercepatkan! Malangnya,siluman itu tergelincir dan jatuh tertiarap akibat terpijak nat besi berterabur di atas lantai kapal! Nak salahkan siapa? Salah sendiri!
"Baling serbuk tu pada mereka!!BALING! JANGAN BIARKAN MEREKA TERLEPAS BEGITU SAHAJA! SEKURANG-KURANGNYA BIAR HIDUP MEREKA MERANA!"
Seorang anak kapal berbangsa manusia yang terselamat di atas kapal terkial-kial melemparkan serbuk dari atas! Baiklah, sekurang-kurangnya kapten Calix puas hati.
"Beres,kapten! Mereka berdua dah terkena serbuk tu dan hidup mereka akan jadi kucar-kacir."
"Bagus."
Calix tersenyum puas dan tertawa seorang diri. Bayaran maruah telah pun diterimanya!
Maruah dua orang lelaki telah dirampas!
🍎
Beryl dan Sylvan merangkak keluar dari lautan dingin. Tubuh mereka basah kuyup. Terketar-ketar mereka menggigil kesejukan.
"Kuk-kukuu banshee!"
Sylvan menjulang kuku banshee. Berlaga-laga giginya menahan sejuk.
"Untuk pertama kalinya ak-aku rasa puas hati berdepan dengan siluman."
Beryl tertawa bersama gigi yang laju berlaga.
"Ak-aku telah put-putuskan tali sauh mereka dan mereka akan gagal untuk kembali ke sini."
"Bijak! Mo-moga-moga kapal mereka akan terlanggar ketulan air batu dan kar-karam!"
Beryl bersorak.
"Ber-Beryl, kit-kita perlu pulang sebelum kita bertukar menjadi air batu."
"Ss-setuju."
Beryl menanggalkan jubah berkerudungnya yang basah kuyup. Berat diserap air batu. Terasa susah untuk melangkah.
Sylvan terkedu merenung wajah Beryl.
"Be-Ber-Beryl? Sejak bila kau cukur jamb-jambang kau?"
Terketar-ketar Sylvan bertanya kerana sejuk yang luar biasa.
"Cu-cukur? Tak. Mana ada?"
Mengigil-gigil tangan Beryl meraba dagunya yang licin tanpa jambang.
"Adakah kerana serb-serbuk tadi?"
Sylvan dengan pantas menurunkan kerudungnya. Adakah serbuk yang dilemparkan oleh anak kapal siluman itu menyebabkan mereka hilang segala rambut mahupun bulu?!
"B-bb-bagaimana keadaan r-rambut aku?"
Sylvan meraba-raba kepalanya yang basah.
"Sylv-Sylv-v-v-van?!"
Beryl tergugup melihat wajah Sylvan. Terketar-ketar jarinya menunding pada arah Sylvan.
Sekilas kemudian tubuh mereka berdua diselubungi cahaya yang terang!
Bagaikan timur ke barat. Panas menjadi sejuk. Bulan di waktu siang. Suria di waktu malam.
Dua orang sahabat telah bertukar rupa!
Terkedu melihat wajah masing-masing. Jantung bagaikan direntap kasar oleh malaikat maut!
"Warghhhhhhhh!!!!!!!"
Nyaring dan bergema kedengaran jeritan dua orang sahabat di waktu pagi yang tenang.
🍎
Baiklah! Siapa yang pertama dapat teka apa yang terjadi pada dua ekor bendul tu?! Siapa dapat teka before saya update new chapter saya akan lukiskan something untuk dia. Yay! Saya akan lukis takat paras kepala je, Muahahhaha! Goodluck!
Dont forget to vomments for more! O(≧∇≦)O I love reading comments. *blush* it makes me heppi...
Love,
saptember